News Update :
Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

DMHJJ PRIHATIN

Penulis : Datu pitung on Jan 29, 2010 | 12:10 AM

Jan 29, 2010


Saya bangga dengan DMHJJ kerana setakat ini beliau antara wakil rakyat yang prihatin dengan masalah rakyat, dalam keadaan banjir hari tu, dia sanggup turun bagi melihat sejauh mana kerosakan yang di alami oleh kampung kampung yang terjejas dengan banjir. beliau melawat dan menyumbang beberapa sumbangan kecil namun besar bagi yang betul memerlukan kan ketika itu.

DARD juga turut turun padang meninjau masalah ini, harap kedua dua pemimpin KB ini terus dapat membela nasib rakyat sekitarnya. baru baru ini, DMHJJ telah melawat kampung yang terjejas teruk akibat banjir, di harap, beliau dapat menyumbang sedikit sumbangan bagi meringan kan beban dan masalah penduduk yang mengalami kerosakan harta benda dan juga tanaman.

saya sebagai wakil belia yang berwawasan sangat menyokong tindakan kedua dua pemimpin ini bagi membelah nasib rakyat KB. terimah kasih saya ucapkan kerana saya juga mendapat sedikit sumbangan daripada DMHJJ ketika bencana banjir tempoh hari.
comments | | Read More...

Calon PRU13

Penulis : Datu pitung on Dec 1, 2009 | 5:27 AM

Dec 1, 2009


Saya berfikiran seketika bila membaca artikel yang sdr maruf keluarkan dalam isu memberi cadangan bagi wakil rakyat dalam PRU13 nanti, namun setiap orang mempunyai cadangan dan alasan kenapa dan mengapa seseorang itu layak atau pun tidak layak untuk di calon kan.

di sini saya turut juga memberi cadangan saya sebagai calon PRU13 nanti iaitu sdr ROSLAN HJ MANSHOR, sdr RAFLAN ASMARA, dan sdr ASLI BUKARIA. kenapa dan mengapa pilihan saya menjurus kepada wakil muda ini ialah kerana meraka ini mempunyai karisma dalam kepimpinan untuk memimpin rakyat terutama dalam daerah kota belud ini.

sdr ROSLAN HJ MANSHOR adalah tidak calang dan asing salam dunia politik KB, beliau cukup berpegalaman dalam asam garam politik, saya di faham kan beliau melibatkan diri dalam politik sewaktu zaman USNO lagi yang ketika itu bapa beliau juga salah seorang yang aktif berpolitik dan berpengaruh besar.dalam soal kepimpinan saya rasa beliau cukup arif apa lagi dalam memperaktikel kan nya dan kerana itu beliau di senangi oleh orang ramai. sebut sahaja Roslan hj manshor semua kenal malahan wakil rakyat seperti DMHJ, TSPA, DJU,DSSK,dan DARD sangat mengenali beliau kerana kempimpinan dan kejujuran dalam berpolitik. soal kepimpinan saya rasa tidak cukup untuk menjadi wakil rakyat, menjadi wakil rakyat mesti lah di terimah baik oleh rakyat, sdr Roslan ini sangat di senangi oleh tiga suku bangsa terbesar di daerah KB ini, di sebelah bajau, beliau sangat di sanjung dan hormati kerana kejujuran beliau, di sebelah idahan@dusun , beliau sangat di senangi kerana budi yang beliau taburkan dalam dunia pendidikan, dan dlm suku iranun beliau sangat di segani dengan kaliber kepimpinan masyarakat. dengan itu saya merasa kawasan yang sesuai beliau pengang adalah N.6Tempasuk kerana melibatkan 3 suku ini. saya rasa cukup untuk saya memberi sedikit berkenaan background sdr Roslan ini, secara jujur saya katakan walaupun saya tidak berapa rapat dengan beliau namun aura kepimpinan dapat saya rasa kan.

sdr RAFLAN ASMARA, beliau tidak asing dalam dunia perniagaan di daerah KB, walaupun beliau melibatkan diri dalam dunia politik beberapa tahun yang lalu namun aura kempimpinan terserlah semasa beliau menjadi ketua kepimpinan mahasiswa sabah di semenanjung ketika beliau masih menuntut pelajaran di USM. saya di faham kan juga beliau sangat aktif dalam politik kampus yang lebih dasyat dari poltik dunia luar, kerana apa saya katakan begitu, kerana politik orang muda yang berpendidikan lebih hebat cabaranya berbanding di luar sana. saya sendiri pernah merasa dan melibatkan diri dalam situasi semacam ini. tekanan dan cabaran yang melampau menjadi tentangan, hanya orang yang berjiwa kental dan sabar dapat menangangi situasi seperti itu, kepimpinan sdr Raflan tidak dapat di pertikai kan ketika itu kerana beliau terpksa membahagi masa belajar dan memimpin rakan seperjuangan dalam kampus. dalam keadaan yang begitu mencabar minda anak muda ini, beliau tetap tekun memperjuangan kan hak mahasiswa yang sepatutnya. jawapan situasi ini hanya melihat kepada jati diri seseorang itu dalam soal kepimpinan dan ketekunan memperjuangan hak bumiputera sabah. soal orang ramai menyenangi kehadiran beliau ini saya rasa tidak menjadi masalah kerana beliau sekarang ini menjalankan perniagaan, saya yakin dan percaya bermacam macam jenis orang yang beliau telah jumpa dan kenali, dgn kelebihan yang ada saya yakin tiga suku terbesar di kb mampu menerima beliau dgn baik dan saya mencadangkan sdr ini sesuai di tempatkan di N7 kedamaian kerana di faham kan sdr ini mempunyai ramai kenalan di sana, ini memudahkan lagi beliau berinteraksi dengan orang ramai.


sdr ASLI BUKARIA, siapa tidak kenal anak watan kg tamau ini, beliau aktif berpolitik sejak 5 tahun yang lalu, saya di faham kan beliau juag salah satu pemimpin mahasiswa semasa beliau masih menuntut pelajaran di UMS, sdr Asli juga sangat berpengalaman mengendali satu program kepimpinan mahasiswa ketika itu sehingga kan beliau mendapat anugerah dari cancelor UMS pada masa itu di atas kepimpinan yang di lakukan. saya juga turut di faham beliau sangat aktif dalam dunia politik kampus, sehinggakan pada satu ketika persatuan mahasiswa yang sering mengalami kegagalan di ambil alih oleh beliau telah mencipta nama dalam kampus dan setiap majlis rasmi diadakan beliau di berikan amanah untuk memimpin majlis itu. kini beliau aktif menjalankan perniagaan dan perkhidmatan, saya juga yakin bahwa setiap bakat semula jadi yang ada mampu memberi kepimpinan yang adil dan ikhlas kepada suku yang ada khususnya di daerah KB. sdr Asli pula saya cadangan untuk mengambil alih tempat DSSK iaitu P.169 kerana walaupun sdr ini tidak mempunyai pengaruh sebesar DSSK namun sdr ini sangat berpengalaman dalam soal berinteraksi dengan orang ramai, dan disitu pengaruh boleh di cetus kan dan di wujudkan. saya yakin bahwa sdr ini mampu melakukan nya seperti mana dia mempengaruhi mahasiswa dahulu nya yang begitu ego menegak kan pendirian masing2.

ini hanya cadangan dan pandangan saya, kerana wakil rakyat yang sedia ada telah memperlihat kepada kita ketidakjujuran dalam berpolitik dan berpolitik hanya untuk kepentingan peribadi semata mata, apa sala kita cuba calon yang baru untuk membela nasib kita sebagai penduduk KB yang selama ini menungguh lahirnya seorang pemimpin yang jujur dan amanah dalam tangungjawab yang di pertangungjawabkan itu, mungkin ada calon baru yang anda semua rasa yang berhak, utarakan pandagan anda untuk kebaikan kita bersama.
comments (7) | | Read More...

TGNA Lali


Kenyataan Tok Guru Nik aziz Nik Mat dalam akhbar harakah mengenai perhimpunan yang didalangi oleh parti Umno daerah itu meminta supaya TGNA untuk meletak jawatan sebagai mursyidul am PAS kelantan, menurut ulasan TGNA, beliau telah lali tentang isu mendesak beliau meletak jawatan. menurutnya jika parti PAS sendiri yang mendesak beliau untuk meletak jawatan, dia akan meletak jawatan terus menerus tapi desakan ini datang dari pihak lawan iaitu parti Umno, kenapa saya harus melatak jawatan katanya dalam ulasannya di akhbar harakah hari pagi tadi.

persoalanya disini sebagai orang yang bebas dari di jajah pemikirannya, kenapa setiap media kerajaan yang menyiarkan penjelasan oleh pihak yang tidak tahu menahu kenyataan sebenar TGNA di setiap akhbar dab berita, cuba berita ruang TGNA dalam rtm1,2 atau tv3 untuk menjelaskan kenapa beliau membuat kenyataan seumpama itu? sebaliknya yang memberi ulasan ialah TS muyidin dan sekutu, perkara ini tidak logik bagi yang orang yang merdeka minda nya.
comments | | Read More...

Apa Nak Jadi Dengan Politik KB

Penulis : Datu pitung on Nov 27, 2009 | 9:57 PM

Nov 27, 2009


Melihat pergolakkan politik di semenanjung yang semakin hari semakin teruk pencaturan yg di buat oleh parti pembangkang mahu pun parti kerajaan yg masing2 mencuri kenyakinan rakyat untuk parti, isu yang hangat di perkatakn di setiap pelusuk berita perdana menyatakan pergolakkan yang berlaku terhadap parti pembangkang iaitu parti islam se malaysia atau PAS yang memecat salah satu anggota parti daripada terus menyertai pas, namun pergolakkan itu di tepis baik oleh tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.


Di kota Belud tidak kurang hebat nya sistem politik peribadi yang semakin hari semakin ketara dan jelas kepada golongan baru atau belia. saya beri pandangan terhadap isu penyokong yang fanatik. TSPA mempunyai pengikut yang tersendiri, DMHJ pun mempunyai pengikut kuat yang tersendiri, begitu juga DSSK ada pengikut setia sampai sekarang yang tidak jemu menyokong tanpa henti, apatah lagi pemimpin baru yang berjinak jinak dengan penduduk di sekitar Kota Belud bagi meraih undi. semua ini adalah senario politik mereka bagi memancing undi rakyat. tidak lah masuk akal bila mana isu ini di jadikan klimaks atau kemuncak politik mereka?


tidak ka kita terfikir jika isu penyokong/pengikut setia yang terlampau akan memberi kesan kepada politik KB khusus nya dan am nya di sabah jika penyokong2 berdiri betul dengan taat setia kepada pemimpin mereka, isu ini akan mengugat kewibawaan rakyat terhadap politik KB kerana masing2 mempunyai habuan dan ketua tersendiri. di mana ka hala tuju politik KB jika isu ini di jadikan empangan kekuatan politik peribadi? ini kah yang di war war kan oleh DS Najib konsep 1Malaysia? sedangkan kita melihat perpecahan kaum/penyokong yang begitu ketara.


jangan terpedaya sama sekali dengan penjajah yang mengamal kan konsep "jajah" dan "perintah" golongan belia yang berwawasan dan berpendidikan perlu membuka pemikiran yang waras untuk mendekati permasalahan politik kerana kesilapan yang berterusan akan membawa masalah yang lebih perit nanti. pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang di terimah baik oleh rakyat. fikir lah sejauh mana kita lebih berinovatif dalam berpolitik.


saya Tidak minat berpolitik tapi saya sebagai golongan belia memberi sedikit pandangan terhadap permasalahan politik khususnya di KB, dan jika apa yang saya katakan betul maka perubahan sistem politik oleh stiap pemimpin harus di lakukan bagi menjamin keamanan dan penyatuan rakyat di KB. paparan ini hanya waras kpd sesiapa yang minda nya bebas dari anasir penjajah.
comments | | Read More...

Ahli Politik Yang Ikhlas

Penulis : Datu pitung on Sep 30, 2009 | 4:19 AM

Sep 30, 2009


Satu ketika dahulu gagasan berpolitik sebagai satu ibadah pernah di uar uarkan, gagasan itu seharusnya menimbulkan kesedaran di kalangan parti politik untuk bermuhasabah apakah prinsip, pendekatan dan pelaksanaan agenda politik mereka sudah boleh dianggap ibadah.

"kerana Allah" dalam berpolitik sebagai satu permulaan, tujuan politik itu mestilah di kaitkan dengan tujuan utama manusia di jadikan oleh Allah yakni menjadi hambah Allah dan khalifah di atasa muka bumi. untuk menjadi hambah Allah, ahli politik hendaklah berusaha membawa diri dan masyarakatnya untuk mentaati, membesarkan dan tunduk kepadanya. (soal akidah)

sebagai khalifah ahli politik mesti mampu mengurus, mentadbir serta memakmurkan muka bumi ini secara bijaksana dan profesional berpandukan peraturan Allah. (soal syariat) dalam konteks berpolitik satu ibadah, Allah mesti menjadi paksi segala dorongan pemikiran dan tindakan dalam mengurus segala bentuk pentadbiran dan memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara.

jika melihat pemimpin politik yang ada pada sekarang ini, kebanyakan nya berpolitik hanya dengan kepentingan diri sendiri yang mengaut seberapa banyak kekayaan negara bagi menyara diri dan sanak saudara, sedangkan Allah akan menghitung segala tanggungjawab yang di pertanggungjawabkan di akhirat kelak.

bayangkan jika pemimpin politik yang menghayati konsep politik sebagai satu ibadah maka tidak timbul isu berpolitik untuk kepentingan diri sendiri dan dengan sendirinya kepentingan rakyat akan di dahulukan sepertimana konsep 1Malaysia "rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan" .

sikap mengutamakan kepentingan orang lain bukan mudah di capai kecuali bagi mereka yang benar benar beriman dan hanya orang yang beriman sahaja yang boleh mencintai orang lain sepertimana mencintai diri sendiri. yakin lah dengan pendidikan iman akan melahirkan ahli politik yang ikhlas dan mampu mendahulukan kepantingan rakyat.

comments | | Read More...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger