
beberapa hari yang lalu, saya telah berkunjung ke pasar malam kk untuk menikmati ikan bakar dan pelbagai jenis lagi untuk berbuka puasa, saya mendapati ramai penduduk tempatan juga yang sama sama berkunjung dan menikmati ikan bakar yang menarik selera para pengunjung di situ.
dalam sibuk mencari gerai yang sesuai, saya terkejut kerana saya mendapati, bukan sahaja orang tempatan yang meminati selera orang kampung ini, malah pelancong juga turut datang dan menikamati kelazatan ikan bakar itu. boleh di katakan ke semua gerai yang ada di situ tidak terlepas dari kunjungan para pelancong ini.
dalam soal harga, penjual menawarkan harga yang tinggi sehingga mencecah RM15-25 seekor yang yang tak berapa besar(sedang-sedang), berlainan pula harga yang di tawarkan oleh penjual kepada pelancong yang agak mahal sehingga saya terkejut kerna mendengar harga yang di minta oleh penjual itu ialah RM50 dua ekor ikan.
walau bagaimana pun, ia nya para pelancong dan orang tempatan tetap berpuasan hati dengan harga dan keselesaan ketika menjamu selera. mungkin ramai juga yang membeli ikan bakar itu tetapi berhasrat untuk berbuka bersama keluarga di rumah.
semoga saudara/i dapat memilih gerai yang berpatutan dan berpuasa hati dengan layanan serta kebersihan. selamat menjamu selere anda...
+ comments + 4 comments
salam...
ui mahal juga...??
klu sana kb murah2 jak..
d tongkod mcmmana pula??
wslm risktaker
memang pun mahal..sebab tu lumayan..
kat kb pun depends lah dengan ikan..di tongkod saya tak tau pula, mungkin lebih kurang ja tu..
salam sdr..
macamkenal orang dlm gambar ni..
slm depu depu
kenal ka??? dua2 tu orang eropah..