
ibadah puasa adalah sebagai perisai dan pelindung diri daripada api neraka, hadis mengatakan :
Daripada Abu hurairah r.a..,Nabi s.a.w bersabda:
"puasa adalah pelindung daripada neraka. sekiranya seseorang daripada kamu berpuasa pada suatu hari, maka janganlah bercakap kotor dan janganlah menengking. jika seseorang mencela atau ingin bergaduh denganya, katakanlah ' sesungguhnya aku berpuasa'.
dalam bab bersahur pula, kita di sunatkan untuk bangun untuk bersahur kerna sahur itu terdapat banyak keberkatan di dalam nya, hadis mengatakan :
Daripada Anas bin malik r.a.., Nabi s.a.w bersabda:
"bersahurlah! sesungguhnya terdapat padanya keberkatan".
di samping kita menunaikan ibadah berpuasa, kita di galakan untuk memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk mendapat keredhaan Allah swt. hadis mengatakan:
Daripada Zaid bin khalid al juhani r.a.., Nabi s.a.w bersabda:
"siapa yang memberi makanan kepada seseorang untuk berbuka puasa, nescaya ia mendapat ganjaran yang sama dengan orang yang berpuasa itu".
semoga kita mendapat ganjaran daripada Allah swt an di jauhi segala kemungkaran yang di larang nya..dan semoga juga di bulan mulia ini kita dapat mendekat kan diri kepada Allah swt. insha Allah. selamat menunaikan ibadah puasa kepada muslimin dan muslimat.