
belum redah lagi wabak H1N1, kini timbul pula satu simptom atau virus anjing (virus pneumonia) yang tersebar di negara china. kini 3 orang telah mati akibat virus anjing ini, manakala 10,000 di kuarantin. apakah ini satu bala ari Allah kepada hambahnya yang melaku ingkar kepadanya atas kejahilan manusia itu sendiri? saya sempat memetik laporan dari akhbar tempatan seperti berikut:
Bandar Ziketan yang terletak di pedalaman wilayah Qinghai dikuarantin sejak Sabtu lalu sebagai usaha untuk mengekang penyebaran wabak yang sangat berbahaya itu.
Seorang pesakit berada dalam keadaan kritikal dan lapan lagi yang dijangkiti terdiri daripada sanak saudara mangsa pertama.
Mangsa pertama yang berumur 32 tahun bekerja sebagai penternak.
Ujian awal mendapati anjing milik lelaki tersebut mungkin menyebabkan wabak berkenaan.
Pengarah Biro Kawalan Penyakit Qinghai, Profesor Wang Hu berkata, anjing berkenaan dipercayai mati selepas memakan seekor tupai yang dijangkiti bakteria tersebut.
Lelaki berkenaan mati tiga hari selepas menanam anjingnya.
"Mangsa pertama mati kerana dipercayai (digigit kutu daripada anjing) kerana tidak memakai sebarang alat perlindungan.
Semuanya kita perlu berbalik kepada yang asas iaitu agama, mungkin ini ada hikmah kepada manusia untuk lebih lagi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Allah SWT tidak menurunkan bala jika bukan atas kejahilan yang di buat oleh hambahnya di dunia ini. renung2kan lah dan selamat beramal..
+ comments + 2 comments
salam sdr datu..
satu post yg menarik..maklumat baru...teruskan sdr..supaya kita boleh berkongsi maklumat..
salam sdr depu depu
maklumat memang untuk semua..
terimah kasih..