
pihak uitm telah memperuntukkan 'mask' kepada warga uitm termasuk pelajar untuk langkah awal dalam pencegahan wabak selesema babi atau H1N1 dalam penularan wabak ini. orang ramai yang keluar masuk ke uitm di periksa dengan teliti oleh pihak keselamatan dan di nasihatkan supaya memakai 'mask' ketika melawat dan menjemput anak-anak, saudara-saudara, atau pun adik dan sebagainya.
banyak bajet yang di keluarkan oleh pihak uitm untuk membeli 'mask' ini kepada staff dan para pelajar uitm. oleh yang demikian. semua yang terlibat dengan uitm wajib untuk memakai 'mask' dalam membendung penularan wabak ini. di anggarkan RM1 juta di belanjakan oleh pihak uitm bagi kesemua kampus untuk membeli 'mask' ini.

minggu ini telah di kuatkuasa kan untuk pemakain mask oleh semua warga kampus, tak kira semasa proses pembelajaran di jalankan, pemakain ini wajib di pakai dan di patuhi oleh semua pihak. pemakaian ini diwajibkan memakai selama dua (2) minggu sebelum balik cuti raya pada 16hb ini. kerjasama oleh semua pihak sangat di harapkan.