News Update :
Home » » DARD HADIR KE SK TAMAU HANYA MEMENUHI JEMPUTAN

DARD HADIR KE SK TAMAU HANYA MEMENUHI JEMPUTAN

Penulis : Datu pitung on May 25, 2012 | 2:20 AM


Saya menghadiri sesi ramah mesra Datuk Rahman dengan warga penduduk Tamau dan sekitar kampung yang berdekatan kelmarin bertempat bangunan sementara sekolah itu. Banyak input yang saya dapat ketika YB itu memulakan ucapan tak panjang dan tak pendek waktu nya. Beberapa isu yang timbul ketika rahman mengutara ucapan kepada beberapa ibubapa yang hadir dalam majlis itu. Saya di fahamkan yang hadir hanya untuk memenuhi kehendak sekolah yakni penyampaina KOAM kepada ibubapa yang anaknya mendapat sumbangan kerajaan itu tapi bukan untuk tujuan mendengar politik rahman di sekolah itu.

Banyak isu yang di bangkitkan oleh rahman antaranya mengenai kelewatan sekolah dan tidak ketinggalan isu politik yang panas merata tempat.  Saya mulakan dengan isu kelewatan Sk Tamau yang di sentuh oleh rahman dalam ucapan nya kelmarin. Beliau memberi alasan ketika YB Tan Sri Muyiddin Yassin bermesra dengan warga kota belud pada 28 april lalu, beliau tidak sempat dan ada ruang yang lebih luas untuk membincangkan isu kelewatan ini kepada Muyiddin waktu itu, apa yang di katakannya, beliau banyak membawa isu yang pelbagai kepada Muyiddin waktu itu. Isu Tanah Adat Rampayan (NCR) dan kelewatan Sk Tamau pula keciciran. Ini adalah isu suku pesisir pantai yang beliau ketepikan kepada muyidin waktu itu.  Kita sedia tahu suku persisir telah menolak kepimpinan beliau pada PRU12 yang lalu. Namun isu bangunan sekolah bukan isu sokongan penduduk iranun kepada beliau akan tetapi beliau semestinya tampil menyelesaikan isu ini secepat mungkin kerana isu kelewatan ini boleh mencalarkan imej kerajaan mahupun diri beliau sebagai Ahli parlimen kota belud. Sebelum kedatangan TPM ke kota Belud, penduduk telah menyaksikan satu lawatan rahman kepada bangunan baru Sk Tamau yang juga turut serta YB Musbah Adun Tempasuk akibat tekanan isu ini di alam cyber. Beberapa perkara telah rahman dan musbah sepakat antara nya memberi  tempoh kepada kontrkator untuk menyiapkan secepat yang mungkin. Dalam lawatan kedua pemimpin itu, pihak JKR dan Kroni yang lain juga turut serta sebagai saksi.

11 jun 2012 adalah tarikh untuk beliau dan muyiddin duduk bersama seperti yang rahman dakwa dalam ucapan nya kelmarin. Secara rasional, apakah sebelum ini beliau mengetepikan dan sekarang baru membincangkan perkara ini kepada TPM yang juga menteri pelajaran Malaysia. Bangunan sekolah ini sudah menjangkau kelewatan selama 3 Tahun dari tarikh yang sepatutnya di siapkan oleh kontraktor. Jadi kenapa 11 jun ini baru duduk bersama dengan muyiddin?.  Rahman tidur kah di kerusi parlimen? Saya cukup kesal mempunyai wakil rakyat seperti ini. Terlalu tidak rasional jika sekarang baru membincangkan isu ini kepada pimpinan pusat. Saya bukan mengambil tindakan menuding jari kepada YB Datuk Rahman tetapi secara rasional isu ini tidak perlu di lengah-lengahkan oleh beliau memandang insfrastruktur bangunan sementara Sk Tamau yang begitu tidak selesa kepada pelajar dan berhabuk. Saya akui kepimpinan rahman di Kota Belud yang berstatus import di daerah telah membuka mata para pemimpin budiman kerana sehingga 60% masalah air yang panas beberapa tahun ini telah mula kenampakan kesan positif yang di bawa oleh rahman di daerah ini. Namun itu saya tidak mengambil secara total menilai bahwa beliau Berjaya menyelesaikan isu asas di daerah ini. Banyak lagi isu panas dan gersang di daerah ini yang timbul tenggelam jadi nya oleh beliau.

Kita sekali lagi di taburkan satu janji manis YB Rahman mengenai isu kelewatan sekolah Tamau ini, beliau datang ada janji baru, tak datang duduk diam membisu. Itu ungkapan yang saya dapati kepada beliau. Piliharaya umum tidak lama lagi, jika isu ini berlarutan, saya yakin 100% bahawa sekali lagi kita di kejutkan bahwa penduduk Tamau akan menolak kepimpinan Barisan Nasional dan UMNO seperti yang berlaku pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu Datuk Musbah Kalah di kawasan daerah mengundi Tamau.


Dalam ucapan nya itu, dia sempat menekan kan dua isu yang membuat beliau tidak tidur lena yang pertama isu computer riba 1Malaysia. pada mula nya hanya 1000 ribu unit untuk fasa pertama dan fasa kedua 1100 unit.  Rahman mendakwa banyak panggilan telepon yg beliau terima daripada orang ramai telah memohon dan layak mendapatkan nya namun belum memilikinya. Pelbagai bentuk mesej dan panggilan maki hamun dan tengkingan dari orang ramai mengenai isu ini kata nya tapi sebagai wakil rakyat beliau sabar dan bersifat keterbukaan.

Isu yang kedua ialah, soal pembangunan di daerah kota belud. Dalam ucapan nya beliau berpuas hati apabila melihat sepanjang perjalanan ke Sk Tamau ada kontrator memasang paip air untuk bekalan air bersih di setiap pelusuk kampung. Beliau merasa bangga kerana satu masalah asas yang begitu penting semakin dapat diatasi.

Saya doakan semoga ada pemimpin cendikiawan iranun muncul untuk memperjuangkan bangsa sehingga kedengaran sehingga ke pimpinan pusat.

Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger