
Saranan Datuk Salleh ini tentunya mendapat pelbagai
response termasuk apakah dengan pelaksanaan cukai menyeluruh di pekan Kota
belud itu akan meningkatkan prestasi ahli-ahli Majlis daerah yang sebelum ini
mendapat kritikan kerana lembab dan sering curi tulang yakni pegawai-pegawainya
jarang berada di Pejabat. keadaan Pekan Kota belud juga nampak tidak terurus
mislanya dari segi penyeragamana pemasangan papan-papan iklan sehingga
mencatatkan pemandangan awam.
Selian itu keadaan tandas awam dan pasar besar Kota
belud yang kotor selain penguatkuasaan undang-undang yang memilih bulu. Antara
yang menjadi isu ialah larangan menjual barang dagangan di kaki-kaki lima
premis perniagaan. Kuatkuasa undang-undang itu dilakukan ke atas peniaga kecil
di asar besar Kota Belud, sedangkan premis lain seperti kedia runcit Gui
Brothers dan yick Ming dengan sewenang-wenangnya meletakkan barang di kawasan
kaki lima premis mereka. dan ini tidak diambil tindakan oleh MDKB.
Sebagai rekod, Datuk Salleh dalam sejarahnya di Kota
Belud pernah menjadi Pegawai daerah.
KOTA BELUD:
Ahli Majlis Daerah haruslah proaktif dan mereka harus mengambil peranan untuk
mengemukakan permasalahan yang dihadapi oleh komuniti, kata Speakar Dewan
Undangan Negeri, Datuk Seri Salleh Tun Said.
Beliau berkata, ahli-ahli majlis daerah hendaklah menjambatani rakyat dengan kerajaan.
“Di negara-negara besar dunia, wakil rakyat dan ahli parlimen dipilih daripada kaunselor (ahli majlis daerah) kerana mereka lebih mengetahui dan faham akan permasalahan yang melanda masyarakat,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah Kota Belud (MDKB) di sini kelmarin.
Turut hadir ialah Abd Gari Itam, Pengerusi MDKB merangkap Pegawai Daerah Kota Belud dan Hamsad Abd Wahab, Pegawai Eksekutif MDKB. Salleh turut menggesa agar semua Ahli Majlis Daerah yang dilantik peka dengan perkembangan semasa, seterusnya perlu tahu perkembangan majlis daerah di tempat lain.
Tambahnya lagi, sudah tiba masanya keseluruhan daerah Kota Belud dijadikan kawasan perkadaran (percukaian) supaya dengan pengambilan cukai berkenaan MDKB dapat menjalankan program-program untuk kemakmuran daerah ini.
“Di Melaka, seluruh negeri tersebut adalah kawasan perkadaran, namun kadar percukaiannya berbeza mengikut kawasan. Sistem ini boleh diaplikasikan di sini,” katanya.
sumber : http://kelapamawar.blogspot.com/2013/03/datuk-salleh-tun-said-mahu-majlis.html