Maklum
balas seorang anak muda kepada posting blogger Kelapa Mawar
dan seterusnya kepada sdr Razak Rangkuman keatas 8 dalil yang di berikan. Saya
pemerhati muda di pentas politik sangat bersetuju dengan 8 dalil tersebut mungkin
lebih daripada itu. Apa yang saya dapat faham dan simpulkan keatas 8 dalil
tersebut adalah :

1. Bajau / iranun menolak penempatan DARD di parlimen KB.
2. Isu tambatuon menjadi duri kepada kaum dusun dan seterusnya menambah perisa penolakan iranun kepada DARD dlm isu tanah adat rampayan
3. Terlalu sukar di temui di pejabat malah tempat kediaman
4. Diskriminasi peruntukan dan kroni menjadi keutamaan
5. Tidak menjadi wakil BN dalam setiap majlis dan menyingkirkan pemuda UMNO KB dengan menaikan popularity Skuad P169.
6. Tidak mesra dengan Ahli UMNO. Boleh saya katakan bersifat sombong.
7. Mungkir janji terutama dalam janji menyelesaikan keperluan asas.
8. Isu “ orang luar” yang menjadi pertikaian.
1. Campurtangan pemimpin tertentu untuk meraih undi untuk DARD seterusnya memenangkan beliau dalam pertembungan kali ini walaupun hanya majoriti kecil.
2. Penyokong SETIA PARTI yang inginkan kemenangan. Pengundi tidak melihat secara total pada individu yang di turunkan akan tetapi melihat pada PARTI iaitu BN memenangi PRU ke 13 ini.
3. taburan imbuhan mungkin berbentuk wang ringgit atau janji yang menarik pengundi memilih DARD sebagai Ahli Parlimen untuk kedua kalinya.
4. Pencaturan strategi untuk menarik pengundi golongan muda dengan memainkan peranan skuad P169.
Ini hanyalah pandangan terbuka saya sebagai seorang pemerhati bebas. Tidak mempunyai sebarang tujuan mahupun kepentingan. Ianya hanya percambahan minda untuk masyarakat dalam konteks perkongsian idea.