News Update :
Home » » Coretan hati di Uitm

Coretan hati di Uitm

Penulis : Datu pitung on Jul 5, 2009 | 12:27 AM

p
kuliah dah nak bermula pada keesokan hari, ramai pelajar-pelajar baru telah mendaftar sebagai mahasiswa dan mahasiswi uitm..mereka sangat-sangat beruntung kerana bukan semua lepasan sijil pelajaran malaysia,sijil tinggi pelajaran malaysia,dan dari institusi- institusi yang lain dapat mendaftar ke uitm khusus nya dan amnya ke ipta&ipts di seluruh negara..saya ucapkan selamat datang dan selamat menjalani arus kehidupan sebagai mahasiswa dan mahasiswi di kampus ini. harapan keluarga sentiasa di junjung demi menrubah kehidupan keluarga, saya yakin dan percaya bukan kesemua pelajar yang mendaftar adalah berasal dari latar belakang keluarga yang senang, ini adalah titik permulaan bagi mereka untuk berjaya dan untuk mereka mencorak masa depan masing-masing dengan adanya ilmu yang di curah kan oleh tenaga pengajar di kampus ini kepada mereka. saya sendiri salah seorang pelajar lama dalam jurusan pengurusan perniagaan yang mengambil masa lebih kurang setahun lagi untuk menghabiskan pengajian ini dan seterusnya menjunjung segolong sijil sepertimana pelajar yang telah lama menghabis kan pengajian mereka, dan ini bukan lah titik terakhir untuk saya menuntut ilmu akan tetapi saya akan melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi untuk merealisikan impian dan cita-cita saya untuk menjadi seorang prof yang terkenal yang mampu memberi buah fikiran dan sumbangan kepada golongan di luar sana yang memerlukan nya..dalam diri saya tedapat satu prinsip iaitu "menang menang" saya mahu, jika suatu hari nanti saya berjaya,saya pastikan orang lain juga turut berjaya terutamanya keluarga saya yang juga berlatar belakang kan kemiskinan dan kesusahan.tetapi ini bukanlah satu halangan untuk saya memberi alasan untuk tidak memberi tumpuan dalam pembelajaran akan tetapi ini adalah satu motivasi dan pembakar semangat saya untuk terus melangkah kehadapan dan dengan adanya tabung pendidikan PTPTN saya mampu duduk dan belajar bersama kawan-kawan dan sahabat handai..saya harap pelajar baru dapat menghabiskan pengajian dan mencapai cita-cita mereka..insha Allah
Share this article :

+ comments + 2 comments

July 5, 2009 at 1:33 AM

salam datu..

Biar kita miskin harta yg penting tidak miskin jiwa..bakar semangat dengan kemiskinan itu lebih baik daripada bakar dengAN DADAH DAN ROKOK..
betul kan datu...Assalmuwalaikum!!!!

July 5, 2009 at 1:42 AM

membakar semangat dengan kemiskinan sangat perit untuk di lalui hnya jiwa sahaja yang mengetahui dan dadah dan rokok sentiasa di haramkan di dalam jiwa..kesusahan dalam kemiskinan adalah satu semangat untuk kejayaan..waalaikumsalam depu-depu...

Post a Comment
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger