News Update :
Hot News »
Bagikan kepada teman!

PDRM BERTEMPUR DENGAN ABU SAYYAF

Penulis : Datu pitung on Dec 9, 2016 | 8:34 AM

Dec 9, 2016

KEJADIAN PERTEMPURAN TIGER PLATOON BDE SBH PGA DENGAN KFR

1. Tarikh: 08.12.2016 @ 2140 hrs
2. Lokasi: 04* 41' 40.5"N/118* 45' 00.01"
Perairan Utara Bodgaya dgn TSR
3. Unit terlibat : TIGER PLATOON Bde Sbh PGA - Tugas OP CORAL V sektor Echo semporna
4. Suspek : disyaki 8 (L) KFR lengkap bersenjata berat
5. Bot : Speedbot, 80hp x 2, biru, 20'x4'
6. Ringkasan :
Pada 8.12.2016 jam  2140hrs semasa dalam tugasan berada di perairan antara Bodgaya dan TSR telah di datangi sebuah speedbot meluruh ke kapal Ikan bernama YAKIN 2. Ketua cs tgr pltn kpl Surya Darma terpaksa melepaskan tembakan ke arah musuh yg dikenal pasti bersenjata berkaki dan berselempang rantaian peluru ketika musuh tersebut merapat laju dan cuba memanjat kapal ikan awam.

(Melumpuhkan musuh)
Dimana pertempuran berlaku berlarutan beberapa ketika.

Setelah situasi terkawal dan musuh dilumpuhkan (yg bersenjata dimusnah) cs sub-unit tgr pltn membuat clearance area dan mendapati 3 suspek hidup dan ada beberapa org telah mati dalam pertempuran dan mula tenggalam hanyut. Petugas Tiger Platoon terlibat telah berhubung dgn cs support bot tgr pltn yang berada berhampiran perairan tersebut untuk bantuan.

Dilaporkan juga 1 anggota cs tgr pltn terbabit pertempuran cedera di bahagian kaki (betis) terkena tembakan daripada suspek semasa pertempuran.

 - 2145hrs Pusat kawalan ops coral telah berhubung dengan Echo Charlie PUSOP ESSCOM  supaya mengerakan semua aset laut berhampiran untuk memberi bantuan.

Dlm masa yg sama juga PP medan ops coral v (pp bn 15) mengawal dan perintah situasi ini dr bilik gerakan bn 15 dan memberi beberapa arahan langsung kpd cs terbabit..

- semua aset laut /bantuan bergerak ke lakasi kejadian
- anggota Tiger paltoon yang cedra di bawa ke TSR untuk rawatan awal.
- 09.12.2016 @ 0050hrs dimaklumkan anggota yang cedra tadi diterbangkan dengan pesawat daripada TSR ke hospital Semporna.

Sekian makluman awal dari PDRM
comments | | Read More...

MANGSA MASIH HIDUP WALAU RENTUNG DALAM KEBAKARAN

Penulis : Datu pitung on Nov 27, 2016 | 7:03 AM

Nov 27, 2016

Kemalangan mengakibatkan kenderaan meletup di tempat kejadian. Namun apa yang menghairankan. Mangsa yang terperangkap di dalam kereta sempat keluar dalam keadaan api marak. Mangsa masih hidup walaupun seluruh badan rentung terbakar.


Dalam laporan AIT news itu tempat dan lokasi tidak di nyatakan namun Sangat mengerikan bila menghadapi kejadian seumpama ini.

setiap kejadian itu atas kehendak Allah swt.



Sumber : AIT NEWS
comments | | Read More...

PETISEN ATAS TALIAN DESAK AS DEDAH MO1

Hampir 12,000 tandatangan sudah dikumpulkan secara atas talian untuk menyokong petisyen supaya Rumah Putih mendedahkan butiran individu dirujuk sebagai Malaysian Official 1 (MO1) dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) negara itu pada 20 Julai lalu.
Petisyen itu menyatakan dokumen mahkamah dikemukakan DOJ mendakwa sejumlah AS$681 juta (RM3 bilion) dipindahkan secara haram ke sebuah akaun milik MO1.
Bagaimanapun setakat ini tiada siasatan dibuat terhadap transaksi itu.
"Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri) Najib Razak enggan menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan bebas menyiasat skandal ini dan menghukum rakan separtinya, kakitangan kerajaan dan individu yang membangkitkan isu ini kepadanya.
"Lebih daripada itu Najib Razak secara berterusan menafikan beliau adalah MO1.
"Untuk menamatkan kleptorasi ini kami rakyat Malaysia mahu tahu siapakah MO1 itu," kata petisyen berkenaan.
Petisyen itu difailkan melalui halaman "Kami Rakyat" di laman sesawang Rumah Putih.
Jika petisyen itu memperoleh 100,000 tandatangan dalam tempoh 30 hari selepas difailkan - iaitu 24 November oleh seseorang dikenali sebagai "L.C." - Rumah Putih perlu mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.
Saman yang dibangkitkan itu adalah berkaitan penghasilan filem The Wolf of Wall Street yang didakwa DOJ dibiayai melalui wang yang disedut dari agensi pelaburan milik kerajaan, 1MDB.
Derma Timur Tengah
Ia adalah hasil tindakan Inisiatif Perolehan Semula Aset Kleptokrasi DOJ yang menganggapnya sebagai "kes paling besar setakat ini".
Antara dakwaan pada dokumen mahkamah itu ialah, dana 1MDB sepatutnya digunakan untuk kepentingan rakyat Malaysia.
Sebaliknya kata mereka dana itu digunakan bagi membiayai individu tertentu dan rakan mereka membeli kapal layar mewah, hotel, lukisan, perjudian dan menghasilkan filem The Wolf of Wall Street.
Berdasarkan data Unit Rasuah Antarabangsa Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Bahagian Siasatan Jenayah Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri, sekurang-kurangnya AS$1 bilion disalurkan melalui AS bagi membeli pelbagai aset di sana.
Bagi orang Malaysia dakwaan paling signifikan ialah dana berjumlah AS$731 juta (RM3.27 bilion mengikut nilai semasa) dipindahkan ke akaun MO1.
Nama MO1 disebut 36 kali dalam dokumen DOJ itu manakala hartawan kontroversi yang dikaitkan dengan Najib, Low Taek Jho - atau lebih dikenali sebagai Jho Low - serta anak tiri perdana menteri Riza Aziz dinyatakan secara jelas.
Secara kebetulan Najib sebelum ini pernah mengakui menerima "derma" bernilai RM2.6 bilion daripada seorang keluarga bangsawan Timur Tengah suatu ketika dulu.
Bagaimanapun Najib menafikan dana itu ada kaitan dengan 1MDB.
Perdana menteri juga menegaskan saman DOJ itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dirinya.


Sumber asal : malaysiakini
comments | | Read More...

NEGARA HARAM ISRAEL TERBAKAR

Penulis : Datu pitung on Nov 24, 2016 | 4:17 AM

Nov 24, 2016

Negara haram israel kini sedang terbakar. Punca kebakaran masih dalam siasatan. Media antarabangsa di halang untuk membuat liputan berkaitan accident tersebut.
Allah akan membalas kejahatan yahudi israel sepertimana yang di lakukan di palestin. Takbir..!

comments | | Read More...

ROHINGYA VILLAGES DESTROYED IN MYANMAR

Penulis : Datu pitung on Nov 22, 2016 | 12:25 AM

Nov 22, 2016

More than 1,200 homes have been razed in villages inhabited by Myanmar's Muslim Rohingya minority in the past six weeks, Human Rights Watch says.

The group has released a batch of new satellite images that it says show 820 structures were destroyed between 10-18 November.

The military is conducting security operations in Rakhine but the government denies it is razing homes.

The Rohingya are one of the world's most persecuted minority groups.

The BBC cannot independently verify the extent of destruction in Rohingya villages as the government has blocked international journalists from visiting the area, from where tens of thousands of people have fled.

But a BBC correspondent on the Bangladesh-Myanmar border has spoken with fleeing Rohingya families who described what was happening in northern Rakhine as "hell on earth".

The government of Myanmar, which is also known as Burma, says that the Rohingya are setting fire to their own homes to attract international attention.

#More in BBCNEWS.

comments | | Read More...

PANDIKAR BERI AMARAN KEPADA AHLI PARLIMEN

Penulis : Datu pitung on Nov 21, 2016 | 10:45 PM

Nov 21, 2016

Wakil rayat perlu menghentikan kata-kata nista dan cercaan sesama sendiri jika tidak mahu perbezaan pendapat mereka bertukar menjadi fizikal, kata Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Kalau saya tidak cakap keras begini, suatu hari (nanti) akan ada pergaduhan seperti di parlimen-parlimen lain.

“Secara fizikal bukan sahaja bertengkar secara mulut,” kata Pandikar.

Pandikar berkata demikian selepas berang dan menegur Dewan Rakyat semalam berhubung pertikaman lidah tercetus apabila Timbalan Menteri Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, Teresa Kok (DAP- Seputeh) adalah seorang wanita dengan 'Kok'.

Nama keluarga Kok adalah fonetik serupa dengan perkataan slanga untuk alat kelamin lelaki.

“Setiap kali saya mempengerusi, setiap kali timbalan-timbalan saya pengerusikan majlis, diingatkan, jangan guna perkataan-perkatan yang mengundang seperti begini,” katanya dengan nada yang tegas.

Pandikar memasuki Dewan untuk menggantikan Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said apabila Kasthuri Patto (DAP-Batu Kawan) bangkit dalam usaha untuk mengheret Tajuddin kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Kasthuri juga mendakwa Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee berkata beliau akan menangguhkan keputusan ke atas Tajuddin, dan membiarkan Pandikar membuat keputusan.

Pandikar bagaimanapun tegas memberitahu ahli parlimen DAP itu bahawa Hansard jelas menunjukkan bahawa Ronald telah membuat keputusan.

Ronald semalam enggan untuk mengarahkan Tajuddin supaya menarik balik kenyataannya terhadap Kok dan berkata timbalan menteri pertanian dan industri asas tani itu hanya merujuk kepada nama keluarga pemimpin wanita DAP itu.

Oleh itu, Pandikar berkata mengikut Peraturan Mesyuarat, usul perlu dibentangkan jika mereka mahu mengkaji semula keputusan Ronald.

Dalam menegur Kasthuri, speaker berkata tidak ada keperluan untuk membawa Tajuddin kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana apa yang diperkatakannya adalah jelas, dan bukan sesuatu yang perlu disiasat.

Beliau kemudian menegaskan bahawa Hansard menunjukkan kata-kata kesat telah dilemparkan dalam sesi semalam, termasuk perkataan sial.

Ini merujuk kepada Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) yang melabelkan Tajuddin sebagai sial selepas beliau tidak mahu memohon maaf kepada Kok.

Pandikar juga menegaskan bahawa beliau telah membenarkan Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) membidas Tajuddin ketika membahaskan bajet bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semalam.

Speaker berkata kejadian semalam harus menjadi pengajaran kepada semua ahli parlimen agar tidak mengundang tindakbalas negatif.

Petikan : malaysiakini.com

comments | | Read More...

CUCU TUNKU ABD RAHMAN TEMPELAK JAMAL

Cucu perempuan Tunku Abdul Rahman, Tunku Munawirah Putra menempelak Pengerusi gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana menggunakan imej datuknya itu.
Sambil menzahirkan rasa rimasnya ekoran tindakan Jamal itu meletakkan imej bapa kemerdekaan itu pada kemeja-T merah kumpulannya, Tunku Munawirah turut memanggil beliau sebagai 'loqlaq'.



Loqlaq adalah perkataan atau dialek yang biasa digunakan oleh masyarakat sebelah utara di negara ini yang membawa maksud tidak senonoh.
"Oi Jamal hang nak buat apa dengan gambaq Tok aku tu. Haishh! Loqlaq," katanya menerusi tweet sambil meletakkan #BERSIH5.
Tunku Munawirah turut meletakkan sekeping gambar Jamal sedang memegang kemeja-T berwarna merah yang menggunakan imej Tunku Abdul Rahman semasa melaungkan pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Jamal kini dikenakan perintah tahanan reman selama empat hari bersama-sama dengan dua orang lain bagi membantu siasatan berhubung insiden di Ampang Point.
Menurut penasihat undang-undang Mohd Imran Tamrin, kesemua mereka termasuk Jamal dibawa ke pusat tahanan Shah Alam.
Mereka disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh, Seksyen 186 kerana menghalang seorang pegawai awam dan di bawah Seksyen 353.
Dalam kejadian tersebut, hidung Jamal telah berdarah setelah berlakunya pergelutan antara beliau bersama kumpulannya dengan beberapa anggota polis yang berada di situ bagi mengawal keadaan.



#Malaysiakini
comments | | Read More...

LAPORAN AUDIT : PENGURUSAN KEWANGAN 2013 LEBIH BAIK

Penulis : Datu pitung on Nov 9, 2014 | 8:11 PM

Nov 9, 2014


KUALA LUMPUR - Prestasi pengurusan kewangan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi tahun 2013 adalah lebih baik berbanding dua tahun sebelumnya dengan peningkatan jumlah yang mendapat penarafan sangat baik (4 bintang).
  
Ketua Audit Negara Tan Sri Amrin Buang berkata sebanyak 194 kementerian, jabatan dan agensi mendapat penarafan itu (4 bintang) berbanding 143 pada tahun 2012 dan 111 pada 2011.
  
"Pencapaian ketara ini menunjukkan pelaksanaan Indeks Akauntabiliti (IA) memberi dorongan kepada pegawai untuk mengambil tindakan penambahbaikan terhadap pengurusan kewangan," katanya.
  
Beliau berkata demikian dalam kenyataan berhubung laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Tahun 2013 serta Aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun dan Kerajaan-kerajaan Negeri Siri 3 yang dibentangkan di Parlimen hari ini selepas mendapat perkenaan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
  
Amrin berkata bagi Siri 3 sebanyak 62 pengauditan prestasi dan 22 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri.

"Pengauditan yang dilaksanakan merangkumi bidang pembinaan, penyelenggaraan, penguatkuasaan undang-undang, perolehan, pengurusan aset, pengurusan hasil cukai, program peningkatan sosioekonomi, pertanian, infrastruktur, teknologi maklumat dan komunikasi serta pengurusan syarikat," katanya.
  
Amrin berkata dalam laporan Siri 3 itu, Jabatan Audit Negara mengemukakan 112 syor kepada kerajaan persekutuan, 22 (badan berkanun persekutuan) dan 136 (kerajaan negeri) bagi memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.
  
Beliau berkata untuk tahun ini setakat 10 Nov, pihaknya melakukan pengauditan terhadap 462 penyata kewangan kerajaan serta agensi kerajaan bagi tahun 2013 dan daripada jumlah itu 416 penyata kewangan diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran.
  
Sementara itu 12 penyata kewangan diberi Sijil Audit Berdasarkan 'Emphasis of Matter'; 20 diberi Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipenuhi sepenuhnya; 11 masih dalam proses pengauditan; manakala tiga lagi penyata kewangan belum dikemukakan.
  
Kandungan dan sinopsis laporan Siri 3 boleh dilayari dalam laman web Jabatan Audit Negara di http://www.audit.gov.my mulai hari ini dan sebarang pertanyaan atau pandangan boleh dialamatkan kepada Warkah Untuk Ketua Audit Negara.
  
Selain itu sesi 'townhall' bersama media mengenai laporan itu diadakan pada Rabu (12 November) di Angkasapuri di sini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.
  
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 1 dibentangkan di Parlimen pada 7 April 2014, manakala Siri 2 pada 16 Jun lalu. - Bernama
comments | | Read More...

RAFIZI : HUTANG 1MDB DIJAMIN RAKYAT

Penulis : Datu pitung on Nov 8, 2014 | 10:59 PM

Nov 8, 2014


PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan digesa supaya mendedahkan bahawa Kerajaan Persekutuan menjamin hutang-hutang 1Malaysia Developmen Bhd (1MDB) yang kini berjumlah RM41 bilion, kata Rafizi Ramli.
Menurutnya yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) terkejut apabila Ahmad Maslan terus menafikan bahawa Kerajaan Persekutuan menjamin hutang-hutang 1MDB yang kini berjumlah RM41 bilion.
“Saya mempunyai satu salinan perjanjian hutang tersebut yang secara jelas menunjukkan Kerajaan Persekutuan menjamin hutang 1MDB walaupun ia ditulis dalam lenggok kata yang berlainan.
“Hakikatnya, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak ingin bersembunyi di sebalik perkara teknikal untuk menyembunyikan bahawa hutang-hutang 1MDB sebenarnya dijamin oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau yang merupakan Setiausaha Agong PKR, beliau akan mendedahkan salinan perjanjian ini di Parlimen pada hari Isnin, 10 November 2014 jam 11:30 pagi.
“Jika Ahmad Maslan tidak membetulkan kenyataannya sebelum tarikh itu, saya tidak akan teragak-agak membawa usul tergempar merujuk beliau kepada Jawatankuasa Khas Parlimen kerana telah berbohong kepada Parlimen,” jelasnya.
Kata Rafizi, beliau meneliti jawapan yang diberikan Ahmad Maslan semalam mengenai kedudukan kewangan 1MDB dan beliau mengulas bahawa dana rakyat yang disimpan di Pulau Cayman sedang dalam proses untuk dibawa pulang ke Malaysia setelah didesak oleh rakyat.
“Semasa saya mula-mula membawa isu dana rakyat yang disimpan di Pulay Cayman ini iaitu dalam April 2013, pengurusan 1MDB menghantar surat mengugut untuk menyaman saya dan kini terbukti bahawa kebimbangan saya itu bertempat.
“Oleh itu, mulai minggu depan saya dan pasukan dari National Oversight & Whistleblowers (NOW) akan dedahkan individu dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam urusniaga menyimpan dana rakyat secara penuh rahsia di Pulau Cayman itu.
“Ini penting supaya menteri dan individu terbabit tidak dengan mudah mencuci tangan setelah dana itu mula dibawa kembali ke Malaysia. Individu yang terbabit di dalam keputusan tersebut perlu menerima pertanggungjawaban dari keputusan yang salah itu,” ujarnya.

comments | | Read More...

BAJET 2015 BERTEMAKAN " EKONOMI RAKYAT"

Penulis : Datu pitung on Oct 10, 2014 | 8:16 PM

Oct 10, 2014

Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat".
   
Bajet 2015 menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.
   
* Bajet 2015 memperuntukkan RM273.9 bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.

* RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* RM65.6 bilion untuk emolumen, RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.

* Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion

* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion).

* Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion)

* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.
    
* Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3 peratus.

* Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.

* Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST.  
    
* Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion.

* RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BRIM.

* Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta.

* Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif
bagi melonjak pelaburan domestik dan asing.

* Projek infrstruktur 2015 ; membina Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion; Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion); Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2 bilion); Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion); menaiktaraf landasan keretapi sektor Pantai Timur (RM150 juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya (56km/RM23 bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang (RM9 bilion).

* Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex dengan nilai pelaburan RM69 bilion, dijangka wujudkan lebih 10,000 pekerjaan.

* Dana pinjaman sustainable mobility fund RM70 juta bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, sebagai permulaan 50 bas elektrik akan diperkenalkan.
        
* RM100 juta Dana Industri Kandungan Digital Industri bagi memajukan industri kreatif negara. 

* RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi

* Kerajaan mensasarkan 29.4 juta pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM89 bilion, sempena 'Malaysia - Year of Festivals 2015'.

 * RM316 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

* TEKUN sediakan RM500 juta untuk pembiayaan keusahawanan iaitu RM350 juta (usahawan Bumiputera), RM50 juta (usahawan muda India), RM50 juta (usahawan wanita muda), RM50 juta (program pembangunan usahawan bekas tentera)

* Pinjaman mudah RM50 juta untuk PKS kaum Cina, manakala penjaja dan peniaga kecil (RM30 juta).

* Penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST.
   
* Kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama.
   
* Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga peratus, 300,000 pembayar cukai pendapatan, tidak lagi perlu membayar.
   
* Golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.
   
* Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 kepada 24 peratus, manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata daripada 20 kepada 19 peratus.


* Kerajaan memperuntukkan RM40.5 bilion untuk pelbagai subsidi pada 2014.
 
* Kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum dalam masa terdekat.

* RM56 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan untuk biayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran.

* Kerajaan akan bina 12 sekolah baharu iaitu  tujuh sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah dan dua sekolah berasrama penuh.
           
* RM1.2 bilion untuk program Transformasi Vakasional dan Teknik

* Akta Kerja 1955 dan akta perburuhan yang berkaitan akan dikaji semula bagi memastikan kebajikan pekerja terus terbela.

 * Kerajaan perkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan bagi membantu golongan pekerja yang diberhentikan.
 
* RM600 juta diperuntukkan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat swasta mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

* RM2 bilion diperuntukkan menerusi MARA kepada pelajar Bumiputera yang layak untuk tajaan pelajaran.

* Kerajaan akan mula membina Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 km melibatkan jajaran Sarawak sepanjang 936 km dan Sabah (727 km) dengan kos pembinaan RM27 bilion.

* RM660 juta diperuntukkan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bagi memperkukuhkan keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone).

* Landasan lapangan terbang di Lahad Datu akan dipanjangkan bagi membolehkan pesawat berkeupayaan tinggi mendarat, Skuadron Hawk akan dipindahkan dari Butterworth ke Labuan dengan peruntukan RM50 juta.

* RM2.26 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi pembangunan dan operasi.

* Kerajaan akan wujudkan 1Malaysia Youth City dengan peruntukan RM100 juta bagi membiayai tiga projek perintis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

* Skim Perumahan Belia secara perkongsian pintar di antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagamas diumumkan.

* Mulai Januari 2015, bantuan persekolahan RM100 seorang akan disalurkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak RM540 juta.

* RM6 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan.

* RM23.3 bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat seperti membina Hospital Dungun di Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak, menambah 30 Klinik 1Malaysia, mengganti 635 unit mesin hemodialisis di hospital dan klinik kerajaan.

* RM1.2 bilion bantuan kewangan disediakan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) .

* RM117 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak.

* 80,000 unit rumah PR1MA dibina dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion.

* Membina 26,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM644 juta.

* Membina 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat di atas tanah persendirian.

* RM4.5 bilion diperuntukkan bagi menyedia dan menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak.

* Kerajaan akan menyediakan National Water Blueprint bagi memastikan kelangsungan bekalan air di seluruh negara untuk jangka panjang.

* RM17.7 bilion diperuntukkan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (RM9.1 bilion) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia sebanyak  RM804 juta bagi meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam serta pertahanan negara.

* Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditingkatkan daripada RM650 kepada RM950 bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

* Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, bantuan BR1M akan ditingkatkan daripada RM450 kepada RM750.

* Pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 dan akan dibayar pada bulan Januari 2015, pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.- Bernama

comments | | Read More...

MUSLI OLI : BAGAIMANA SABAH HILANG HAK ROYALTI?

Penulis : Datu pitung on Oct 1, 2014 | 2:02 AM

Oct 1, 2014

Selepas  Akta Pembangunan Petroleum 1974 diluluskan di dewan rakyat, kerajaan negeri Sabah telah kehilangan hasil daripada petroleum setelah Kerajaan Persekutuan memindahkan hak milik dari negeri kepada Petronas. Kerajaan negeri telah diperuntukan bayaran tunai (wang ehsan bukan royalti) sebanyak 5% daripada sumber petroleum ini. Perjanjian kerajaan negeri dengan Petronas pada 14. 6. 1976 itu merupakan penyerahan hak royalti  negeri  Sabah kepada Petronas.
Minyak dan gas asli termasuk dalam senarai Negeri dalam perlembagaan Persekutuan dimana Kerajaan persekutuan dan Parlimen tiada kuasa seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 161(E) memperuntukkan tiada  pindaan perlembagaan Persekutuan boleh dilakukan tanpa persetujuan kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak jika pindaan itu menyentuh kepentingan kedua negeri.
Dalam hubungan ini pemimpin Sabah terutama Datuk Dr Jeffrey Kitingan menganggap PDA 1974 sebagai unconstitutional and illegal legislation kerana parlimen tidak boleh meluluskannya. Dalam satu forum bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh menegaskan dia diugut atau “forced”  menandatangani perjanjian dengan Petronas. Menurut Harris, dia diberi kata dua, tandantangan atau tidak, kerajaan Negeri tidak mendapat sebarang bayaran.  Kerajaan Persekutuan kata Harris, akan teruskan cadangan untuk mengistiharkan kawasan pesisiran pantai dan perairan negeri Sabah termasuk dalam sempadan kerajaan Persekutuan dan ia dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan mengikut Akta Darurat.
Oleh itu minyak dan gas yang ditemui dan diteroka di kawasan itu adalah hak milik kerajaan Persekutuan. Oleh itu menurut Harris, lebih baik dia bersetuju menerima 5%  daripada negeri tidak menerima apa-apa daripada hasil minyak. Ketua menteri sebelum Harris, Tun Mustapha, Tun Stephens termasuk Tun Said Keruak enggan bersetuju bayaran sebanyak 5%.
 Tragisnya, Harris menandatangi perjanjian dengan Petronas, seminggu selepas nahas pesawat yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens dan sebahagian anggota kabinet Sabah termasuk menteri kewangan, Datuk Salleh Sulong. Dalam suasana genting dan ketidakpastian tentang keselamatan dirinya, sudah tentu Harris Salleh tiada pilihan sebaliknya menurut kehendak Kerajaan Pusat pada ketika itu dan dia memilih jalan yang selamat.
Tun Stephens tidak pernah bersetuju dengan kadar 5%. Dalam upacara menandatangani perjanjian dengan Petronas di Pulau Labuan, Ketua Menteri Sabah itu mohon ditangguhkan keesokan harinya untuk ditandatangai di Kota Kinabalu State Dinner yang diberikan kepada pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. Sebenarnya menurut sumber yang rapat dengan Tun Stephens, penangguhan itu adalah satu helah kerana dia  mahu  membawa perkara itu dalam DUN Sabah untuk mendapatkan persetujuan. Dalam perjalanan balik dari Pulau Labuan, pesawat jet milik kerajaan kerajaan negeri terhempas di kampong Sembulan pada 6.6.1976.
 Sebelum itu, Tun Mustapha bin Datu Harun berkeras tidak bersetuju bayaran 5% dalam perundingan dengan Tun Razak. Atas sebab itu, KL menganggap Tun Mustapha  “pengkhianat” dan dituduh membawa Sabah keluar dari Persekutuan dan dikatakan akan mengistiharkan dirinya sebagai Sultan Sabah. Beberapa tahun kemudiannya, barulah diketahui rakyat Sabah, semua tuduhan keatas Tun Mustapha adalah rekaan semata-mata untuk menjatuhkan beliau kerana tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan Pusat dan Petronas yang  memberi 5%.
Dalam majalah Asiaweek, Tun berkata, “In 1974 when oil prices began to move up I went to Razak (Tun Abdul Razak) and said before we talk about other things let us talk about oil. Offshore oil we share 50-50 with federal. On shore we get 60%, Federal takes 40%. Razak said no. So I negotiated. After talks which went for months, Razak agreed on 80-20 for both onshore and offshore, 20% for us and 80% for them. But before it could be finalised they toppled USNO and one of the first things they did was to get Berjaya to agree on a deal that gave them 95% of all oil royalties”
 Satu lagi fakta sejarah yang tidak diketahui ramai ialah peranan Tun Mohd Said Keruak. Tunku Abdul Rahman adalah pemimpin yang dihormati Tun Mustapha. Tunku cuba selamatkan kerajaan USNO dengan memujuk Tun Mustapha meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah. Tun Mustapha setuju dengan syarat Kuala Lumpur menarik sokongan mereka kepada parti BERJAYA. Tunku merundingkan perkara itu dengan Tun Razak. Persetujuan dicapai dan Tun Mustapha memberi laluan kepada Timbalan Ketua Menteri dan Timbalan Presiden USNO, Tun Mohd Said Keruak mengambil alih jawatan Ketua Menteri.
Tun Razak  mengadakan pertemuan dengan ketua menteri Sabah yang baru, Tun Said Keruak di Kuala Lumpur yang diatur Tunku dan beberapa pemimpin Umno yang bersimpati dengan USNO. Pertemuan itu singkat sahaja kerana Tun Said juga berpendirian sama dengan Tun Mustapha tidak bersetuju menandatangani perjanjian dengan Petronas jika kadar 5%. Hasil pertemuan itu Tun Razak mengarahkan bendahari UMNO untuk memberi dana kepada parti  BERJAYA.
Ini bermakna tiga orang ketua menteri Sabah tidak bersetuju dengan syarat-syarat perjanjian kerajaan Negeri dengan Petronas. Dalam masa yang sama pembayaran 5% yang dipanggil royalty kepada kerajaan negeri bukan sesuatu yang berkekalan kerana kerajaan Pusat pernah menarik balik pembayaran royalty kepada Kerajaan Terengganu selepas berlakunya perubahan pemerintahan di negeri itu selepas PRU 1999. Manakala di Kelantan, kerajaan negeri tidak dapat bayaran 5% atas alas an sama yang pernah diberikan kepada Harris Salleh bahawa kawasan pesisiran pantai adalah termasuk dalam sempadan kerajaan persekutuan.

SUMBER : http://www.suarasabah.com/bagaimana-sabah-hilang-hak-royalti/
comments | | Read More...

MUSLI OLI KELUAR PKR

Penulis : Datu pitung on Dec 31, 2013 | 8:08 PM

Dec 31, 2013

KOTA KINABALU: Seorang penulis bebas, Musli Oli hari ini mengumumkan keluar dari PKR yang disertainya pada November 2011.
Katanya, walaupun secara rasmi beliau bukan ahli PKR , namun perlantikan beliau sebagai seorang anggota MPN (Majlis Pimpinan Negeri) Sabah dan Timbalan Ketua Penerangan PKR negeri oleh Pengerusi MPN Sabah yang lalu, Encik Thamrin Hj Zaini mengesahkan bahawa beliau adalah anggota parti itu.
“Saya menyertai PKR kerana terpengaruh dengan kandungan BUKU JINGGA  khususnya BUKU JINGGA versi Sabah yang dilancarkan Pakatan Rakyat pada tahun 2011,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.
Katanya, Buku Jingga adalah janji PKR untuk mengembalikan beberapa perkara yang beliau anggap wajar dikembalikan kepada rakyat dan negeri Sabah, khususnya mengenai Perkara 20, royalti minyak (20%), Cabotage Policy dan soal otonomi yang terkandung dalam Malaysia Agreement 1963 jika Pakatan Rakyat mengambil-alih Putrajaya.
“Saya mengambil keputusan menamatkan “pengembaraan” politik saya dalam PKR kerana mengambil kira banyak faktor,” katanya.
Katanya, faktor paling mustahak ialah soal keamanan dan kestabilan politik negara yang nampaknya sejak akhir-akhir ini seperti telur dihujung tanduk berikutan pertentangan politik yang tidak ada kesudahannya walaupun PRU telah berlalu dan pemerintah telah dipilih mengikut proses demokrasi berparlimen.
“Saya berkeyakinan, tuntutan rakyat Sabah boleh dilaksanakan tanpa perlu kerajaan baru mengambil-alih Putrajaya,” hujahnya.
Sambungnya lagi, rakyat Sabah melalui pemimpin-pemimpin negeri dibawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman boleh merundingkan soal hak-hak Sabah yang terlepas pandang oleh Kuala Lumpur.
“Prinsip perjuangan saya menuntut soal hak dan kepentingan rakyat dan negeri Sabah seperti apa yang terkandung dalam Buku Jingga tidak berubah, namun saya mengambil pendekatan sebaik-baiknya ialah melalui muafakat dan perundingan bukan secara konfrantasi seperti yang dilakukan PKR sekarang ini,” katanya.
Beliau amat percaya, dengan kepimpinan yang ada diperingkat negeri dan Pusat, kerajaan BN yang memerintah hari ini boleh melaksanakan janji-janji seperti terkandung dalam Buku Jingga secara berperingkat-peringkat.
“Umpamanya janji royalti minyak, kerajaan Sabah dijangka akan memperolehi lebih daripada  20% jika janji BN pada PRU lalu dipenuhi,” tegasnya lagi.
Musli menambah begitu juga dengan kenyataan Ketua Menteri Sabah baru-baru ini mengenai kos pengeluaran di Sabah yang 30% lebih mahal dari Semenanjung Malaysia.
“Ia merupakan petanda bahawa kerajaan Persekutuan mula mendengar dan sedia berbincang dengan pemimpin Sabah berhubung dengan beberapa dasar seperti Cabotage Policy,” katanya.
Sehubungan dengan itu beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa Umnoi Bahagian Kota Belud berkata berasaskan keputusan PRU lalu amat jelas bahawa berlaku perpecahan perpaduan yang begitu ketara di Malaysia.
Katanya, Kaum Melayu dan Bumiputera majoritinya masih menyokong Barisan Nasional yang ditunjangi Umno, manakala kaum bukan Melayu terutama kaum Tionghua memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.
“Trend sokongan dan undi seperti ini amat merbahaya kepada negara majmuk seperti Malaysia. Jika berlaku pertukaran pemerintah sekalipun, boleh berlaku huru hara dan persengkitaan kaum yang menjejaskan keamanan jangka panjang di negara kita,” ujarnya.
Musli menambah bahawa beliau belum berhasrat menyertai mana-mana parti politik tetapi beliau memberi sokongan kepada pucuk pimpinan Pusat dan negeri yang telah dipilih rakyat dalam PRU lalu.
“Saya bercadang untuk aktif dalam NGO dan membantu kerajaan menyediakan maklumat dan cadangan tentang permasalahan rakyat diperingkat akar umbi,” katanya yang juga bekas Naib Presiden Perkasa Malaysia.


comments | | Read More...

4 DALIL KENAPA DARD AKAN DITERIMA KEMBALI DI DAERAH KOTA BELUD?

Penulis : Datu pitung on Apr 22, 2013 | 5:58 AM

Apr 22, 2013


Maklum balas seorang anak muda kepada posting blogger Kelapa Mawar dan seterusnya kepada sdr Razak Rangkuman keatas 8 dalil yang di berikan. Saya pemerhati muda di pentas politik sangat bersetuju dengan 8 dalil tersebut mungkin lebih daripada itu. Apa yang saya dapat faham dan simpulkan keatas 8 dalil tersebut adalah :

1.       Bajau / iranun menolak penempatan DARD di parlimen KB.
2.       Isu tambatuon menjadi duri kepada kaum dusun dan seterusnya menambah perisa penolakan iranun kepada DARD dlm isu tanah adat rampayan
3.       Terlalu sukar di temui di pejabat malah tempat kediaman
4.       Diskriminasi peruntukan dan kroni menjadi keutamaan
5.       Tidak menjadi wakil BN dalam setiap majlis dan menyingkirkan pemuda UMNO KB dengan menaikan popularity Skuad P169.
6.       Tidak mesra dengan Ahli UMNO. Boleh saya katakan bersifat sombong.
7.       Mungkir janji terutama dalam janji menyelesaikan keperluan asas.
8.       Isu “ orang luar” yang menjadi pertikaian.

Pada saya, sudah cukup dalil ke empat, lima, enam dan tujuh membolehkan DARD akan GAGAL menakluki kerusi parlimen semula. Namun apa yang saya ingin kongsikan kepada semua adalah 4 dalil yang akan mengekalkan DARD dalam kerusi parlimen ini iaitu :

1.       Campurtangan pemimpin tertentu untuk meraih undi untuk DARD seterusnya memenangkan beliau dalam pertembungan kali ini walaupun hanya majoriti kecil.
2.       Penyokong SETIA PARTI yang inginkan  kemenangan. Pengundi tidak melihat secara total pada individu yang di turunkan akan tetapi melihat pada PARTI iaitu BN memenangi PRU ke 13 ini.
3.       taburan imbuhan mungkin berbentuk wang ringgit atau janji yang menarik pengundi memilih DARD sebagai Ahli Parlimen untuk kedua kalinya.
4.       Pencaturan strategi untuk menarik pengundi golongan muda dengan memainkan peranan skuad P169.

4 dalil ini pada saya sudah cukup menyaksikan kemenangan walaupun bermajoriti kecil kepada DARD dalam pertembungan yang penuh konspirasi ini. Saya meletakan campurtangan pemimpin tertentu sebagai dalil yang pertama kerana pemimpin mempunyai satu aura yang membolehkan nya mempengaruhi minda para pengundi di daerah ini. Mungkin kita akan dinampakkan penolakkan masyarakat dan Ahli umno sendiri di peringkat awal namun tidak dinafikan akan berlaku kejutan bila mana perubahan angin yang berlaku secara tiba-tiba seterusnya membenarkan BN merangkul kesemua kerusi ADUN juga PARLIMEN.

Ini hanyalah pandangan terbuka saya sebagai seorang pemerhati bebas. Tidak mempunyai sebarang tujuan mahupun kepentingan. Ianya hanya percambahan minda untuk masyarakat dalam konteks perkongsian idea.
 

comments | | Read More...

KELASAN PENYOKONG PARTI POLITIK KOTA BELUD

Penulis : Datu pitung on Apr 20, 2013 | 1:42 AM

Apr 20, 2013


apa yg saya dapat simpulkan tentang pengelasan penyokong kota belud semasa penamaan calon sebentar tadi selaku PEMERHATI BEBAS adalah :

1) penyokong TEGAR
saya mendapati kumpulan ini mempunyai prinsip utuh utk tidak berganjak walau apa pun terjadi, walau siapa calon mereka yg di turunkan dalam parti. biasanya penyokong ini telah lama di sara dan perlihara oleh pemimpin tertentu. mereka mengundi bukan atas pertimbangan realiti senario kini tapi atas jasa dan budi individi tertentu. penyokong ini lebih ramai pada golongan lama yakni veteran dan dilihat berlaku pada parti BN walau ada segilintir pada PR. kumpulan ini tidak mendambakan habuan tapi kemenangan yg hendak di kecapi.

2) penyokong berMUSIM
saya dapati penyokong ini hanya akan memberi sokongan bila calon mereka di turunkan. bukan itu saja, ada antara mereka menyokong atas dasar populariti calon dan parti. jika mendapat sokongan ramai, maka mereka pun menyibukkan diri menyokong yg lebih cerah masa depannya. katanya, sy akan undi si pulan kerna byk jasa budinya. biasanya penyokong jenis ini sangat mengharapkan "croni system" di jalankan selepas mencapai kemenangan. apa yg di lihat, penyokong jenis ini lebih berpihak pada BN kerna mengharap masa depan yg lebih cerah.

3)penyokong TANPA PRINSIP
kumpulan ini bahaya kerna bila-bila masa akan bertukar angin mengundi individu tertentu bila mana mendapat habuan yg di impikan. selalunya penyokong ini hanya mengharapkan " in return" bila jika mengisthiarkan diri menyokong pemimpin itu atau ini. golongan ini bukan saja berlaku pada BN, tapi juga kerapkali berlaku pada PR.

4) penyokong ATAS PAGAR
ini antara kumpulan penyokong yg paling di takuti oleh para pemimpin. menarik perhatian mereka adalah sangat sukar dan berstraregi. walaupun golongan ini secara "fizikali" menyuarakan sokongan belum tentu secara " mentality" mereka menetapkan sokongan. biasanya mereka di beri janji dan imbuhan tetapi yg melunaskan sokongan adalah kertas undi yg di masukan di peti undi. golongan ini menjadi kegilaan semua parti dan pemimpin kota belud bagaimana menggamit kumpulan ini utk meraih sokongan. kumpulan penyokong ini di anggotai oleh golongan2 intelek, akademik dan anak-anak muda yang impikan perubahan dan keadilan dlm sistem pentadbiran kuasa.

5) penyokong KELUARGA
ini adalah penyokong di kalangan kekeluargaan, sahabat, rakan perjuangan dan ahli-ahli parti yg setia menjunjung perjuangan. berlaku pada semua parti tidak kira muda atau tua. mereka sama-sama menyokong tanpa jemu.

# rumusan ini adalah pandangan hujah bila meilhat golongan penyokongan yang datang ketika penamaan calon yg berlangsung sebentar tadi di daerah ini. dan bukan lah prinsip yg hakiki, sesiapa saja boleh memberi pandangan dalam konteks ini DEMI MENGENAL DIRI DALAM SKOP PEMILIHAN TEPAT INDIVIDU YANG DI PILIH MENJADI PEMIMPIN. PANDUAN UNTUK MEMLIMIH PEMIMPIN SUDAH DI GARISKAN TINGGAL KITA MELUNASKAN. di mana saya antara pengelasan diatas. sudah tentu saya tidak memihak kepada mana-mana parti politik. saya akan menyokong aspirasi yg memberi impak positif pada golongan masyarakat kota belud khususnya dan am kepada negara pada masa akan datang. bukan itu saja, sy juga melihat kreadibiliti pemimpin yg di pilih. justeru sy mengundi bukan atas TEGAR, MUSIM, PRINSIP, ATAS PAGAR ATAU KELUARGA TAPI SAYA MENGUNDI ATAS DASAR ILMU DAN KEPAKARAN DEMI GENERASI AKAN DATANG. terima kasih.
comments | | Read More...

KUATKUASA CUKAI DI KB : SALLEH SAID

Penulis : Datu pitung on Mar 28, 2013 | 6:58 AM

Mar 28, 2013


Ketua UMNO KB yang juga speaker Dewan Undangan negeri Sabah, Datuk Salleh Tun Said menyarankan agar MDKB bergiat aktif dan menjambatani rakyat dengan kerajaan. Datuk salleh hadir dalam majlis angkat sumpah ahli-ahli majlis daerah kota Belud (MDKB). Datuk Salleh juga meminta agar kawasan keseluruhan pekan Kota Belud dikenakan cukai mengikut perkadaran tertentu yang telah ditentukan. selain daripada untuk menambah sumber kewangan MDKB, beliau juga memberikan contoh negeri Melaka yang telah melakasanakan cukai mengikut perkadaran tertentu di negeri itu.

Saranan Datuk Salleh ini tentunya mendapat pelbagai response termasuk apakah dengan pelaksanaan cukai menyeluruh di pekan Kota belud itu akan meningkatkan prestasi ahli-ahli Majlis daerah yang sebelum ini mendapat kritikan kerana lembab dan sering curi tulang yakni pegawai-pegawainya jarang berada di Pejabat. keadaan Pekan Kota belud juga nampak tidak terurus mislanya dari segi penyeragamana pemasangan papan-papan iklan sehingga mencatatkan pemandangan awam.

Selian itu keadaan tandas awam dan pasar besar Kota belud yang kotor selain penguatkuasaan undang-undang yang memilih bulu. Antara yang menjadi isu ialah larangan menjual barang dagangan di kaki-kaki lima premis perniagaan. Kuatkuasa undang-undang itu dilakukan ke atas peniaga kecil di asar besar Kota Belud, sedangkan premis lain seperti kedia runcit Gui Brothers dan yick Ming dengan sewenang-wenangnya meletakkan barang di kawasan kaki lima premis mereka. dan ini tidak diambil tindakan oleh MDKB.

Sebagai rekod, Datuk Salleh dalam sejarahnya di Kota Belud pernah menjadi Pegawai daerah. 

KOTA BELUD: Ahli Majlis Daerah haruslah proaktif dan mereka harus mengambil peranan untuk mengemukakan permasalahan yang dihadapi oleh komuniti, kata Speakar Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Salleh Tun Said.

Beliau berkata, ahli-ahli majlis daerah hendaklah menjambatani rakyat dengan kerajaan.
“Di negara-negara besar dunia, wakil rakyat dan ahli parlimen dipilih daripada kaunselor (ahli majlis daerah) kerana mereka lebih mengetahui dan faham akan permasalahan yang melanda masyarakat,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah Kota Belud (MDKB) di sini kelmarin.

Turut hadir ialah Abd Gari Itam, Pengerusi MDKB merangkap Pegawai Daerah Kota Belud dan Hamsad Abd Wahab, Pegawai Eksekutif MDKB. Salleh turut menggesa agar semua Ahli Majlis Daerah yang dilantik peka dengan perkembangan semasa, seterusnya perlu tahu perkembangan majlis daerah di tempat lain.

Tambahnya lagi, sudah tiba masanya keseluruhan daerah Kota Belud dijadikan kawasan perkadaran (percukaian) supaya dengan pengambilan cukai berkenaan MDKB dapat menjalankan program-program untuk kemakmuran daerah ini.
“Di Melaka, seluruh negeri tersebut adalah kawasan perkadaran, namun kadar percukaiannya berbeza mengikut kawasan. Sistem ini boleh diaplikasikan di sini,” katanya.


sumber : http://kelapamawar.blogspot.com/2013/03/datuk-salleh-tun-said-mahu-majlis.html
comments | | Read More...
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger