News Update :
Home » » RAFIZI : HUTANG 1MDB DIJAMIN RAKYAT

RAFIZI : HUTANG 1MDB DIJAMIN RAKYAT

Penulis : Datu pitung on Nov 8, 2014 | 10:59 PM


PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan digesa supaya mendedahkan bahawa Kerajaan Persekutuan menjamin hutang-hutang 1Malaysia Developmen Bhd (1MDB) yang kini berjumlah RM41 bilion, kata Rafizi Ramli.
Menurutnya yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) terkejut apabila Ahmad Maslan terus menafikan bahawa Kerajaan Persekutuan menjamin hutang-hutang 1MDB yang kini berjumlah RM41 bilion.
“Saya mempunyai satu salinan perjanjian hutang tersebut yang secara jelas menunjukkan Kerajaan Persekutuan menjamin hutang 1MDB walaupun ia ditulis dalam lenggok kata yang berlainan.
“Hakikatnya, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak ingin bersembunyi di sebalik perkara teknikal untuk menyembunyikan bahawa hutang-hutang 1MDB sebenarnya dijamin oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau yang merupakan Setiausaha Agong PKR, beliau akan mendedahkan salinan perjanjian ini di Parlimen pada hari Isnin, 10 November 2014 jam 11:30 pagi.
“Jika Ahmad Maslan tidak membetulkan kenyataannya sebelum tarikh itu, saya tidak akan teragak-agak membawa usul tergempar merujuk beliau kepada Jawatankuasa Khas Parlimen kerana telah berbohong kepada Parlimen,” jelasnya.
Kata Rafizi, beliau meneliti jawapan yang diberikan Ahmad Maslan semalam mengenai kedudukan kewangan 1MDB dan beliau mengulas bahawa dana rakyat yang disimpan di Pulau Cayman sedang dalam proses untuk dibawa pulang ke Malaysia setelah didesak oleh rakyat.
“Semasa saya mula-mula membawa isu dana rakyat yang disimpan di Pulay Cayman ini iaitu dalam April 2013, pengurusan 1MDB menghantar surat mengugut untuk menyaman saya dan kini terbukti bahawa kebimbangan saya itu bertempat.
“Oleh itu, mulai minggu depan saya dan pasukan dari National Oversight & Whistleblowers (NOW) akan dedahkan individu dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam urusniaga menyimpan dana rakyat secara penuh rahsia di Pulau Cayman itu.
“Ini penting supaya menteri dan individu terbabit tidak dengan mudah mencuci tangan setelah dana itu mula dibawa kembali ke Malaysia. Individu yang terbabit di dalam keputusan tersebut perlu menerima pertanggungjawaban dari keputusan yang salah itu,” ujarnya.

Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger