News Update :
Home » » Blogger Kota Belud: Releven?

Blogger Kota Belud: Releven?

Penulis : Datu pitung on Aug 3, 2009 | 10:16 PM




setiap hari,dan setiap tahun negara semakin maju dengan sains dan teknologi, boleh dikata semua maklumat dan ilmu pengetahuan dapat di kongsi kan kepada semua orang melalui teknologi ict. tapi sejauh manakah maklumat ini di guna pakai dalam kehidupan seharian? berapa banyak penyelewengan maklumat di lakukan? apakah sumber dari maklumat ini boleh di percayai?


dunia semakin canggih dan begitu juga dengan manusia yang mengenal kemajuan ini, orang ramai boleh menghantar surat atau dokumen ke satu tempat yang jauh tanpa melalui pos dengan menggunakan Faks, inforamsi boleh di dapati melalui email yang di hantar, suara boleh di dengar tak kira di mana jua dengan penggunaan telepon bimbit dan banyak lagi kemudahan melalui sains dan teknologi ini.



saya bukan menceritakan hal teknologi dunia mahupun kemajuan negara yang di kecapi nya sekarang tapi saya ingin mengulas sedikit tentang blogger yang semakin hari semakin menulis pelbagai isu panass, siapa tidak kenal apa itu blog? sebut sahaja blog seluruh negara tahu apa itu blog. saya kecilkan skop kepada blog yang terdapat di kota belud ini. sebagai contoh sdr depu depu,paikankb,mushram,musli oli,sambalbelacan,batugadung,abdnaddin,hajin, sirengit,kelapa mawar,dayangwulan dan banyak lagi, mereka2 ini adalah blogger kota belud yang tidak asing dalam penulisan isu hangat mahupun yang sensitif. tapi sejauh manakah para blogger ini releven dalam mengutarakan isu dan mencari penyelesaian yang efektif dalam sesuatu isu yang di bincangkan?

bukan semua para blogger kota belud ini setuju dengan apa yang di bincangkan, ada yang menegak kan ideologi sendiri tanpa berfikir secara rasional dan ada yang memberikan kritikan serta komen yang terlampau sedangkan para blogger ini adalah orang yang bertauliah dalam apa2 bentuk masalah yang di hadapi.


rata-rata latar belakang para blogger ini berpendidikan yang tinggi mungkin mereka memilih dunia blog ini sebagai sebuah meja kopi perbincangan dalam menangani sesuatu isu, tapi adakah mereka memikirkan risiko nya? bukan semua blogger di kenali. mereka2 yang tidak dikenali inilah yang menghentam dalam isu yang dibangkitkan. buka sebab mereka ini tidak setuju tapi mungkin balas dendam mahupun dengki.

mungkin ada yang bertahun tahun berkecimpung dalam dunia blog ini dan ada juga yang abru mengenal apa itu blog, yang bertahun tahun ini apakah yang mereka perolehi dari setiap isu yang di bangkitkan? setakat perbincangan online atau pun ada susulan tindakan yang di buat? fikirkan lah..

mereka yang berkomited dalam setiap isu yang di utarakan mesti ada tindakan dan penyelesaian yang efiktif dan berterusan. tapi bila setiap sesuatu isu habis di bincangkan, kemana para bloger sekalian? dimana tindakan susulan? dari segi penilaian saya ini realiti yang berlaku dalam dunia blogger kota belud.

mungkin juga para blogger ini menulis isu bukan hanya untuk mencari penyelesaian malah mempromosi diri sendiri kepada orang ramai demi kepentingan sendiri, dari segi peratusan isu yang di utarakan, POLITIK YANG PALING TINGGI. pendidikan? masalah sosial? agama? ekonomi? KEMANA MENGHILANG?

sebab itu saya mengatakan blogger ini RELEVEN kepada permasalahan atau pun sebaliknya, cuba beri sedikit masa untuk merenung masalah yang pernah di bincangkan dengan para blogger yang lain, sampai mana penyelesaian nya yang dapat di perolehi hasil perbincangan online ini?


oleh itu mari sama sama bersatu dalam satu kelompok yang kreatif menyelesaikan masalah yang di bincangkan, jangan tegakan iedologi sendiri tanpa memcari feedback yang positif. mungkin satu pertubuhan blogger kota belud dapat di hasil kan melalui kaedah ini. luangkan sedikit masa untuk bersemuka unutk mencari serta bertindakan menyelesaiankan setiap masalah. siapa lagi yang kita harapkan untuk bangkit menyelesaiakan masalah dalam sesuatu isu? masalah kita mesti kita yang selesaiakan. bukan orang lain. penyelesaian masalah bukan setakat perbincangan dengan pihak tertentu tapi di sertakan dengan tindakan yang berterusan.



hidup biar berjasa dengan agama, negara dan bangsa, baru rakyat mengenang kita sampai bila bila, kita tidak rugi untuk berbakti kepada bangsa kerna kita mempunyai pewaris takhta di masa hadapan.
Share this article :

+ comments + 17 comments

August 4, 2009 at 1:59 AM

Salam,

Ini susah mau komen...nanti angkat bakul sendiri...sama ada releven atau tidak bergantung kepada penilaian masyarakat...yang penting kita menulis berdasarkan fakta dan logik...

boleh tambah nasi ke?....kalau boleh nanti saya tambah...

August 4, 2009 at 2:44 AM

salam...

Terima kasih atas jemputan saudara...pendapat saya...pendapat saudara sangat menarik dan perlu difikirkan bersama...Yang paling penting bersatu kita teguh bercerai kita roboh...tq

August 4, 2009 at 3:31 AM

salam batugadung

nasi ble tambah tapi tk tau lauk cukup ka tidak..
terimah kasih atas ulasan sdr batugadung..

August 4, 2009 at 3:35 AM

salam paikankb

terimah kasih kerna memberi respon..bersatu itu yang susah tapi kalau nak bercerai sekelip mata. kerjasama penting dlm penyatuan..ibarat beras tiada air tk kan masak..

August 4, 2009 at 6:36 AM

Datu Pitung,
Salam perkenalan dan thanks atas jemputan yang pada mula nya, membuat saya keliru mencari; blog yang mana satu harus saya bagi komen. Akhir nya terjumpa juga ( itu pun kalau tidak salah blog).

Walau pun saya bukan blogger dari KB yang releven atau tidak, namun secara tidak langsung saya ada hubungan juga dengan KB.

Untuk rekod, ayah saya di lahir dan di besar di Kg. Pirasan KB. Manakala Nenek (ayah kepada ibu saya) berasal dari kg Timbang Dayang/Sembirai KB juga.

So, dalam kontek 'customary right' saya ada hubungan bau-bau bancang juga dengan daerah KB. That is that.

Berbalik kepada isu dalam blog sdra ini, bagi saya sangat-sangat menarik. Apa lagi bilamana sdra membahaskan kaedah 'transformasi' dari dunia penulisan ke dunia realiti.

Saya tidak tahu sdra bloggers yang lain, bagi saya itu lah yang sepatut nya. Saya memulakan penulisan dalam blog ini ada lah dengan tujuan untuk menyampaikan maklumat penting yang boleh di kongsi bersama dan kalau rasional di praktik kan di luar sana.

Untuk pengetahuan sdra, perkara ini pernah kami lakukan. Dimana kami berhubung melalui blog dengan bertukar-tukar maklumat cara-cara menangani masaalah SK Tamau.

Beliau, blogger sdra Depu-Depu dan kawan-kawan beliau yang lain telah merealitikan nya dengan bertemu pegawai JKR dll, untuk mendapat maklumat selanjut nya. Perkara saperti ini, kita boleh ambil sebagai contoh untuk strategi kita di masa akan datang.

Sebelum saya akhir ulasan saya, ingin saya nyatakan bahawa bloggers dari KB sangat proakif, intelligent dan boleh bawa berbincang.

Hal-hal yang berkaitan dengan perbezaan pendapat itu, bagi saya ada lah lumrah. Yang penting, kita akan dapat bersefahaman di hujung-hujung nya.

Salam untuk semua dan semuga berjaya

August 4, 2009 at 7:28 AM

salam sdr solymone

first of all tahnks very much kerna memberi reaksi yang sgt baik n then sudi menerangkan serbah sedikit background sdr..

tak kira dimana pun sdr berada bukan bermakna tidak boleh memberi pandanagan lagi pun place is not barrier to give the some idea to some issues.

saya ada membaca komen dari sdr serta blogger yg lain terutama komen sdr dan sdr depu depu yg menulis isu SK TAMAU itu. itulah yang sebaik baiknya, perbincangan di akhiri tindakan.. congratulation!

i believe also, blogger kota belud is very proaktif n intelligent n hv high committement in some issue is given. lastly semoga para blogger bukan hanya sebagai tin kosong yang bising tanpa tindakan yang di buat berdasarkan isu yang di bincangakn..

thanks..

August 4, 2009 at 8:18 AM

Yeah, you have some point there. Many of them are just NATO (No Action Talk Only). On second thought, don't we all?

BTW I like your "Mari Belajar" column. Keep it up.

August 4, 2009 at 6:17 PM

salam...

Pada saya satu penulisan yang cukup menarik dan perlu diber perhatian..Pendapat saya sama dengan saudara solymone..cuma saudara kita ini dah lama tidak turun di KB...tq

August 4, 2009 at 9:52 PM

Dalam tulisannya kali ini, Datu Pitung bertanya sama ada blogger Kota Belud relevan atau tidak relevan.Saya berpendapat soal relevan atau tidak relevan itu ditentukan oleh khalayak blog kita, sama ada mereka mendapat sesuatu manfaat atau tidak selepas membacanya. Saya kira yang menilai kita ialah pembaca, iaitu mereka yang dengan setia mengikuti perkembangan blog kita. Oleh itu, saya tidak dapat menjawab persoalan ini dengan pasti.Saya hanya terpancing untuk memberi komen setelah melihat gambar karikatur saya terpampang dalam posting ini. Saya berterima kasih kerananya meskipun pada pendapat saya,blog saya kurang relevan untuk konteks di kota Belud, kerana saya jarang mengutarakan isu-isu berkaitan daerah Kota Belud. Saya ingin mencintai Kota Belud dengan cara saya sendiri.

August 5, 2009 at 12:13 AM

Salam sdr datu Pitung..

Rasanya saya terlewat memberikan idea atau ulasan,namun begitu saya berpandangan bahawa kerelevenan blogger di KB bergantung kepada penerimaan khalayak pembaca yang melawat laman blog mereka..
Soal benar atau tidak isu yg diutarakan adalah sesuatu yang subjektif kerana masing2 dengan pendapat mereka..

kebanjiran blogger di Kb sesuatu yang amat luar biasa pada perkiraan saya..kerena banyak juga daERAH DI Sabah nie,hanya blogger di KB yang begitu aktif dan bertenaga..dari soal2 kemsyarakatan, politik, suku bangsa , agama,dunia hiburan dan rekreasitermasuklah kesemua isu-isu semasa..para blogger di KB tidak ketinggalan..sesuatu yang amat membuatkan kita begitu teruja dan bersemangant..antaranya sdr datu sendiri yang memaparakan banyak isu sema..


selamat berjuang dalam penulisan..semoga berjaya.

August 5, 2009 at 12:55 AM

kenapa gambar saya tiada?hahaha

August 5, 2009 at 1:46 AM

Salam sdr datu..

makin banyak blogger makin bagus..banyak pendapat kita dapat kongsi...saya ramalkan akan bertambah lagi blogger di kb..

August 5, 2009 at 2:59 AM

salam sdr naddin dan depu depu

pandangan yang cukup bijak.. sy berpendpt juga memang pembaca yg menentukan ketidakrelevenan sesuatu penulisan itu. malah saya sendiri merasa blog saya juga tergolong dlm ketidakreleven ini cuma yg mengaburi mata para blogger dan masyarakat kota belud ialah kemana penyelesaian (tindakan) after dicussion? 4 example, sdr depu depu, sloymone serta blogger lain mengotakan perbincangan dgn tindakan, ini yg sebenarya kita mahu. bukan seperti melepaskan batuk di tangga.

terimah kasih atas kesudian memberi pandangan..

August 5, 2009 at 3:02 AM

salam langah maruf

mungkin tercicir kot gmbr sdr, maaf kan saya tapi walaupun tiada gmbr boleh bagi pandangan dan komen..

terimah kasih kerna berkunjung..

August 5, 2009 at 3:05 AM

salam sdri kelapa mawar

saya sependapat dengan sdri. kita tggu ja kemunculan blogger baru ini..

thanks..

August 5, 2009 at 8:19 AM

salam Datu Pitung, maaf lambat dapat komen. Saya sibuk sgt dengan PERKASA. saya sebenarnya spendapat dengan sdra Nadin, terpulanglah kepada pembaca menilai relevan atau tidak tulisan blogger.

Post a Comment
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger