News Update :
Home » » Hospital, Klinik GAGAL Berperanan

Hospital, Klinik GAGAL Berperanan

Penulis : Datu pitung on Aug 5, 2009 | 9:50 PM


pagi tadi saya pergi menghadiri kuliah human resourse, setibanya di kelas saya melihat seorang kawan saya memakai penutup muka, dia mendakwa beberapa hari ni dia mengalami demam dan selesema. bila di tanya dia sudah pergi ke klinik atau hospital bagi mendapat rawatan. dia mendakwah sebelum ini dia telah pergi ke klinik swasta untuk mendapat rawatan tetapi doktor yang merawat nya seakan akan mengendah kan masalah ini dengan memeriksa nya sebagai pesakit biasa, sedanagkan dunia di gemparkan dengan virus wabak maut ini. doktor itu seharusnya memeriksa dengan lebih teliti walaupun ini bukan H1N1, doktor mengatakan hanya demam dan selesema biasa.

dia tidak berpuas hati, lalu dia pergi ke hospital kerajaan yang berdekatan, cerita yang sama berlaku dengan nya, doktor hanya memeriksa sambil lewa dan menyatakn ini hanya demam biasa. dia mengatakan kepada kami sekelas mungkin pesakit yang hendak mati sahaja di pandang serious oleh doktor doktor seperti ini. ( penyakit betul2 serious)

di sini timbul persoalan nya..jika selesema yang di hadapi oleh kawan saya itu adalah wabak H1N1 kenapa tidak di periksa dengan teliti oleh doktor yang bertauliah? jika tidak ia pun harus di periksa dengan teliti kerna ini melibat kan nyawa seseorang. dia cukup kesal dengan klinik dan hospital kerna gagal menjalankan rawatan kepada pesakit secara profesional.

pengalaman yang dia alami dengan salah seorang rakan cousin nya yang mendapat virus selesema babi ini di katakan ketika dia mendapatkan rawatan, doktor hanya mengatakn demam biasa, walhal dema itu ialah H1N1 bila di periksa dengan teliti. dengan itu sekolah menengah bandaraya serta merta di tutup. kawan saya khuatir akan berlaku perkara yang sama dengannya.

dia di suruh oleh pegawai unit kesihatan uitm untuk tidak menanggal penutup muka nya sehingga betul betul sembuh, kerana jika selesema ini adalah H1N1, sekali lagi kita melihat uitm di tutup serta merta.

dengan langkah berjaga jaga kami di suruh untuk turut memakai penutup muka setiap menghadiri kuliah. saya dan rakan yang lain berdoa moga selesema ini bukan lah wabak H1N1 yang semakin hari semakin menakutkan kami bila melihat ramai sudah yang mati akibat penyakit ini.

pengurusan uitm dan unit kesihatan serta unit keselamatan telah berkerjasama dengan memeriksa setiap pelajar yang keluar masuk ke uitm, tidak ketinggalan juga orang awam yang datang. kami berharap semoga kes H1N1 ini tidak berlaku di sini dan schedule pembelajaran yang di rangkan baru oleh pengurusan uitm berjalan dengan baik. inhsa Allah.


Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger