News Update :
Home » » Malaysia pesan ubat antiviral H1N1

Malaysia pesan ubat antiviral H1N1

Penulis : Datu pitung on Aug 3, 2009 | 4:33 AM




Kerajaan akan memesan bekalan ubat antiviral 'Tamiflu' dan 'Relenza' daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan negara mempunyai bekalan ubat itu pada setiap masa bagi membendung wabak selesema babi atau H1N1.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebanyak 10 peratus simpanan stok antiviral ubat berkenaan buat masa ini tidak cukup memandangkan penularan ketara penyakit berjangkit itu.

"Melihat kepada trend penularan wabak itu yang semakin meningkat, kita perlu memesan ubat itu daripada WHO,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen MCA di Pulau Pinang. Katanya, kementerian juga turut menempah 200,000 dos vaksin H1N1 dan dijangka mendapat bekalan itu menjelang akhir tahun ini.

(Petikan dari akbar tempatan)



Saya ada beberapa persoalan yang timbul dengan isu wabak selesema babi ini, antaranya:-

Kenapa kerajaan tidak menutup pintu negara buat seketika untuk para pelancong demi meredahkan keadaan penularan wabak H1N1 ini?

Adakah saringan suhu badan di airport- airport antarabangsa berkesan dalam menangani wabak ini? Jika ya mengapa masih banyak lagi yang terjangkit?

Kenapa pihak kerajaan tidak memberi suntikan antivaksin kepada golongan yang berisiko tinggi contohnya rakyat yang menghidap pelbagai jenis penyakit?

Apakah ketika mana seorang itu di jangkiti wabak H1N1 ini baru di berikan suntikan?

Pihak atasan mungkin tidak memikirkan hal ini kerna mereka rasa diri mereka kebal dan bila bila masa sahaja mendapat antivaksin ini utnuk diri mereka tetapi bagaimana dengan orang ramai?

Saya harap semua dapat memberi feedback dengan hal ini kerana wabak ini bukan sebarang wabak tapi wabak dari kombinasi haiwan yang menjijikan umat islam yang akhirnya membawa maut jika di biarkan tanpa rawatan susulan.
Share this article :

+ comments + 2 comments

August 4, 2009 at 10:59 AM

waw!,..mantap ambu post ka aya..uhu..nyakalah saken tw..uhu..ba,yg pNtg setanu di' kamber su selesema aya..uhu..=) amiin..

Anonymous
August 5, 2009 at 5:46 AM

salam mujahidislam

terimah kasih kerna bertandang..komen yg mantap.

Post a Comment
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger