News Update :
Home » » Pelapis Usahawan Iranun

Pelapis Usahawan Iranun

Penulis : Datu pitung on Aug 2, 2009 | 2:41 AM



saya di faham kan ada dua orang graduan dari USM dan UMS telah bergabung kepakaran menjadi usahawan yang boleh di katakan usahawan yang semakin hari semakin ada peningkatan dalam karier yang di ceburi, dengan rasa ingin tahu saya pun berkunjung ke pejabat mereka dan berbual bual untuk mengetahui macam mana mereka terfikir nak menceburi bidang keusahawan atau pun dalam dunia perniagaan ini sedangkan mereka mempunyai kelulusan yang berlainan dengan perniagan yang mereka jalankan..





RAFLAN ASMARA
kelulusan IJAZAH SARJANA MUDA USM


mereka itu adalah saudara Raflan bin Asmara dan saudara Asli bin bukaria, saya di fahamkan mereka ini berkawan sejak di bangku sekolah lagi dan langsung tidak memasang niat pun untuk menjadi ahli perniagaan kerna mereka ini juga jelas dengan hala tuju mereka
masing2 hanya untuk berkerja dalam perkhidmatan dan jabatan kerajaan kerana mereka mempunyai segolong ijazah sarjana muda di universiti tempatan dalam menjawat sebarang jawatan yang di berikan.

Dunia ICT siapa tidak kenali? ini lah dunia yang mereka ceburi untuk bergelar sebagai seorang usahawan yang berwawasan, saya di fahamkan saudara raflan pernah menjawat jawatan dalam kerajaan sebagai pegawai dalam KPDNHEP selama setahun akan tetapi mungkin kerana minat saudara raflan, dia mencari kerja yang agak mencabar kepakaran dan dengan itu tertubuh lah syarikat ICT CONSULTANT di kota belud yang tidak lekang dengan pengguna komputer.


begitu juga dengan saudara asli yang saya di faham kan pernah di tawarkan sebagai pegawai akaunt di syarikat SHELL akan tetapi dia menolak tawaran tersebut mungkin kerana minat dalam dunia ICT ini beliau sanggup menolak tawaran itu. oleh itu mereka bersepakat menubuhkan syarikat ICT CONSULTANT atas kepakaran yang mereka ada.






ASLI BUKARIA
kelulusan IJAZAH SARJANA MUDA UMS

memang ini lah realiti manusia yang berbeza pemikiran dan minat dalam setiap perbuatan yang di ceburi. saya dengan tulus ikhlas berbangga dengan pencapaian mereka ini kerana bukan sahaja mereka adalah golongan terpelajar tapi saya berbangga kerana mereka adalah dari suku kaum iranun, jika melihat ekonomi iranun jarang sekali ada yang berjaya dan berterusan, boleh dikatakan hanya 10% sahaja suku kaum iranun ini berjaya dalam perniagaan. ini membuka mata saya dan orang ramai kerana bukan sahaja iranun pintar dalam berpolitik tapi dalam dunia keusahawanan mereka ini juga turut berbakat dan tidak ketinggalan dengan suku kaum yang lain.

jika saudara/i ada mempunyai masalah atau kemusykilan tentang komputer (hardware/sofware dlln) jangan malu dan segan datang lah ke pejabat mereka atau jika saudara/i di luar sana ingin mengenali dengan lebih jelas lagi, boleh lah layari blog mereka di http://paikankb.blogspot.com dan http://batugadung.blogspot.com mungkin ada sebarang cadangan dan komen atau pun sebarang pertanyaan.


Share this article :

+ comments + 11 comments

August 2, 2009 at 7:19 AM

Salam Langah,
Terima Kasih kerana menjemput saya untuk memberikan respon.Saya nak cari mereka ni di KB. Tapi tak jumpa-jumpa.Nak juga duduk semeja dengan mereka ni.Bertukar-tukar pendapat.Seperti biasa saya salah seorang blogger termuda di Malaysia akan memberikan respon mengikut kemampuan saya berfikir..hehe..,

Alhamdulillah,
Manusia boleh berubah-ubah,mungkin suatu ketika dulu mereka minat bidang A.Sekarang mungkin mereka sudah berminat dengan bidang B.Mungkin mereka akan menjadi usahawan iranun dimasa akan datang.

Jika mereka berjaya kelak,mereka perlu mengangkat semua kaum ke menara gading.Bukan iranun sahaja,tapi semua kaum di Kota Belud. Supaya kita bersama-sama dapat menikmatinya.

Sekian Terima Kasih.

-Abdul Maruf Ismail-

August 2, 2009 at 6:31 PM

salam....

Ini muka saya...tidak boleh komen tau nanti masuk bakul angkat sendiri...

saudara maruf...

selagi saudara nak mencari pasti akan jumpa....pejabat kami berhadapan dengan pasar besar ikan kb. sila lah berkunjung...thnks

August 2, 2009 at 7:32 PM

Salam sdr datu..

saya setuju dengan pandangan sdr bahawa..dalam memertabatkan bangsa bukan sahaja dalam bidang politik tetapi juga dalam aspek ekonomi...saya juga tahu bahawa kedua orang ini adalah antara blogger di kb yang berkelibar ..teruskan...

August 2, 2009 at 7:32 PM

Salam,

Terima kasih atas kesudian sdra Datu Pitung menjemput saya untuk mengulas...pertama sekali saya sebagai orang tua... sungguh bersyukur dan berbangga kerana lahirnya uasahawan ICT Iranun.

Diharapkan mereka2 ini menjadi pelopor usahawan Iranun dalam bidang ICT. Sebagai orang tua saya sentiasa meberikan galakan pada perkara2 sebegini.

Seperti Adik Maruf...saya pun jika ada keizinan masa, teringin berjumpa dgn mereka ini...mana tau ada perkara yang boleh dikongsi bersama dan jika mereka ini memerlukan sebarang nasihat atau bantuan bolehlah emailkan ke sambalbelacan96@yahoo.com.

Teruskan usaha sdra2...semoga berjaya

August 2, 2009 at 7:41 PM

Salam,

Sdra Datu Pitung......ini gambar saya....susah mau ulas tau...mana boleh ulas diri sendiri...apa pun, thanks...

Selamat.........

August 2, 2009 at 10:06 PM

salam langah maruf

terimah kasih kerna memberi respon dan pandangan yang baik..semoga iranun menjadi pelopor ekonomi bangsa mahu pun negara..

August 2, 2009 at 10:11 PM

salam sdr paikankb

tak ulas pun tak apa yang penting persepsi orang terhadap kita..adakah kita di terimah oleh masyarakat atau sekadar bahan batu loncatan..thanks

August 2, 2009 at 10:23 PM

salam...

Oi na..rupa-rupanya rakan bloger kita ini usahawan mahu berjaya sudah lah pula...

Apapun teruskan usaha...bantulah sesiapa yang perlu dibantu..cuma saya ingin bertanya...? Saudara Rslan Haji Manshor ada membantu saudara paikankb dan batugadung juga ke?...ingat kita BIsnes ni kena ada sikap "WIN-WIN"....

Saudara Roslan Haji Manshor...sila bantu mereka ini...tq

August 2, 2009 at 10:23 PM

salam sdr depu depu dan sambal belacan

terimah kasih kerna mengutarakan pandangan..saya bersetuju kpd sdr depu depu yang mereka ini bukan setakat hebat dlm dunia ICT malah dan Dunia Blogger pun mereka terus melakar nama..mereka ini juga menjadi ikon kepada masyarakat iranun khasnya dan amnya bagi suku kaum etnik di kota belud dlm bidang perniagaan mahu pun politik..semoga mereka suksesss..

August 3, 2009 at 12:22 AM

Saya gembira jikalau lebih ramai lagi orang muda dari kalangan sukubangsa Iranun yang berjaya dalam bidang keusahawanan.Sebelum ini, ramai yang mencuba tetapi saya berharap saudara Raflan dan Saudara Asli berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Sepanjang pengetahuan saya, hanya saudara Tuan Haji Mohd.Akhir Tikok, usahawan Iranun dari Tungku Lahad Datu yang berjaya dalam perniagaan. Di Kota Belud, usaha yang dipelopori Tuan Haji Mustapah Haji Asmah dalam bidang pembersihan dan perladangan juga boleh dipuji.Saudara Razak Haji Rakunman juga, hampir berjaya dalam bidang perniagaan jika tidak terganggu oleh kerenah politik dan kini beliau masih bertungkuslumus untuk membina usahaniaganya. Saya berharap Saudara Paikankb dan Batugadung yang kebetulan rakaan blogger ini terus melipatgandakan usaha dan juga mempelajari kejayaan dan terutamanya kelemahan masyarakat kita dalam bidang keusahawanan. Jika mereka terus komited, masyarakat kita boleh berharap kepada anak-anak muda untuk mengangkat harkat dan martabat bangsa.Salam

August 3, 2009 at 3:34 AM

salam sdr nadin

terimah kasih kerna memberi informasi dan pandangan
yang bernas..usahawan2 iranun ini harus di beri sokongan bg memartabat kan iranun di persada ekonomi terutam di kota belud. saya pun berharap sdr paikankb dan batugadung berjaya dlm bidang yg di ceburi dan terus bartahan membawa nama iranun di dunia perniagaan mahupun poltik..

Post a Comment
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger