News Update :
Home » » KUATKUASA CUKAI DI KB : SALLEH SAID

KUATKUASA CUKAI DI KB : SALLEH SAID

Penulis : Datu pitung on Mar 28, 2013 | 6:58 AM


Ketua UMNO KB yang juga speaker Dewan Undangan negeri Sabah, Datuk Salleh Tun Said menyarankan agar MDKB bergiat aktif dan menjambatani rakyat dengan kerajaan. Datuk salleh hadir dalam majlis angkat sumpah ahli-ahli majlis daerah kota Belud (MDKB). Datuk Salleh juga meminta agar kawasan keseluruhan pekan Kota Belud dikenakan cukai mengikut perkadaran tertentu yang telah ditentukan. selain daripada untuk menambah sumber kewangan MDKB, beliau juga memberikan contoh negeri Melaka yang telah melakasanakan cukai mengikut perkadaran tertentu di negeri itu.

Saranan Datuk Salleh ini tentunya mendapat pelbagai response termasuk apakah dengan pelaksanaan cukai menyeluruh di pekan Kota belud itu akan meningkatkan prestasi ahli-ahli Majlis daerah yang sebelum ini mendapat kritikan kerana lembab dan sering curi tulang yakni pegawai-pegawainya jarang berada di Pejabat. keadaan Pekan Kota belud juga nampak tidak terurus mislanya dari segi penyeragamana pemasangan papan-papan iklan sehingga mencatatkan pemandangan awam.

Selian itu keadaan tandas awam dan pasar besar Kota belud yang kotor selain penguatkuasaan undang-undang yang memilih bulu. Antara yang menjadi isu ialah larangan menjual barang dagangan di kaki-kaki lima premis perniagaan. Kuatkuasa undang-undang itu dilakukan ke atas peniaga kecil di asar besar Kota Belud, sedangkan premis lain seperti kedia runcit Gui Brothers dan yick Ming dengan sewenang-wenangnya meletakkan barang di kawasan kaki lima premis mereka. dan ini tidak diambil tindakan oleh MDKB.

Sebagai rekod, Datuk Salleh dalam sejarahnya di Kota Belud pernah menjadi Pegawai daerah. 

KOTA BELUD: Ahli Majlis Daerah haruslah proaktif dan mereka harus mengambil peranan untuk mengemukakan permasalahan yang dihadapi oleh komuniti, kata Speakar Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Salleh Tun Said.

Beliau berkata, ahli-ahli majlis daerah hendaklah menjambatani rakyat dengan kerajaan.
“Di negara-negara besar dunia, wakil rakyat dan ahli parlimen dipilih daripada kaunselor (ahli majlis daerah) kerana mereka lebih mengetahui dan faham akan permasalahan yang melanda masyarakat,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah Kota Belud (MDKB) di sini kelmarin.

Turut hadir ialah Abd Gari Itam, Pengerusi MDKB merangkap Pegawai Daerah Kota Belud dan Hamsad Abd Wahab, Pegawai Eksekutif MDKB. Salleh turut menggesa agar semua Ahli Majlis Daerah yang dilantik peka dengan perkembangan semasa, seterusnya perlu tahu perkembangan majlis daerah di tempat lain.

Tambahnya lagi, sudah tiba masanya keseluruhan daerah Kota Belud dijadikan kawasan perkadaran (percukaian) supaya dengan pengambilan cukai berkenaan MDKB dapat menjalankan program-program untuk kemakmuran daerah ini.
“Di Melaka, seluruh negeri tersebut adalah kawasan perkadaran, namun kadar percukaiannya berbeza mengikut kawasan. Sistem ini boleh diaplikasikan di sini,” katanya.


sumber : http://kelapamawar.blogspot.com/2013/03/datuk-salleh-tun-said-mahu-majlis.html
Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger