News Update :
Home » » CUCU TUNKU ABD RAHMAN TEMPELAK JAMAL

CUCU TUNKU ABD RAHMAN TEMPELAK JAMAL

Penulis : Datu pitung on Nov 21, 2016 | 6:45 AM

Cucu perempuan Tunku Abdul Rahman, Tunku Munawirah Putra menempelak Pengerusi gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana menggunakan imej datuknya itu.
Sambil menzahirkan rasa rimasnya ekoran tindakan Jamal itu meletakkan imej bapa kemerdekaan itu pada kemeja-T merah kumpulannya, Tunku Munawirah turut memanggil beliau sebagai 'loqlaq'.



Loqlaq adalah perkataan atau dialek yang biasa digunakan oleh masyarakat sebelah utara di negara ini yang membawa maksud tidak senonoh.
"Oi Jamal hang nak buat apa dengan gambaq Tok aku tu. Haishh! Loqlaq," katanya menerusi tweet sambil meletakkan #BERSIH5.
Tunku Munawirah turut meletakkan sekeping gambar Jamal sedang memegang kemeja-T berwarna merah yang menggunakan imej Tunku Abdul Rahman semasa melaungkan pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Jamal kini dikenakan perintah tahanan reman selama empat hari bersama-sama dengan dua orang lain bagi membantu siasatan berhubung insiden di Ampang Point.
Menurut penasihat undang-undang Mohd Imran Tamrin, kesemua mereka termasuk Jamal dibawa ke pusat tahanan Shah Alam.
Mereka disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh, Seksyen 186 kerana menghalang seorang pegawai awam dan di bawah Seksyen 353.
Dalam kejadian tersebut, hidung Jamal telah berdarah setelah berlakunya pergelutan antara beliau bersama kumpulannya dengan beberapa anggota polis yang berada di situ bagi mengawal keadaan.



#Malaysiakini
Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger