News Update :
Home » » Mahasiswa Pemerhati atau Turun

Mahasiswa Pemerhati atau Turun

Penulis : Datu pitung on Jul 17, 2009 | 8:55 PM


Gerakan mansuh ISA (GMI) mengumumkan Perhimpunan besar besaran hari ini pada 1 ogos 2009 ini di dataran jalan kuala lumpur bagi menyatakan pemansuhan penghapusan Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA). saya bukan ahli politik dan minat nak berpolitik sampai boleh menganalisa setiap gerak geri politik di negara kita yang tercinta ini, namun saya tertarik dengan kata-kata saudara mohd Amin dalam tulisan nya yang memetik kata-kata Timbalan Naib cancelor HEP UTM sperti berikut:

“ Pemimpin mahasiswa dalam era globalisasi ini perlu lebih matang dan memandang lebih jauh lagi dalam memperjuangkan isu dan perkara berkaitan mahasiswa. Pemimpin mahasiswa yang ingin dilahirkan adalah mereka yang mampu melihat sesuatu persoalan itu menerusi pandangan yang lebih holistik (helicopter view) berbanding dengan sudut pandangan yang lebih kabur ( myopic view).”

“Di samping membincangkan isu dan perkara berkaitan dengan hal ehwal tempatan, mahasiswa juga diharapkan mampu membicarakan isu-isu yang bersifat global dan sejagat seperti isu kemanusiaan, alam persekitaran, pertembungan budaya dan agama dan ekonomi dunia.”

ini bermakna mahasiswa harus membuka dan melebarkan horizon pemikiran bagi memberi sebarang respon kepada masyarakat yang dahagakan informasi yang betul.saya juga ingin memetik ungkapan saudara Mohd Amin iaitu:

"ISA yang hampir setengah abad umurnya bagi saya bukan sekadar wajar untuk dikaji semula, malah telah sampai tempoh yang terbaik untuk dimansuhkan secara total. Dunia hari ini yang berkisar dengan persoalan fakta dan maklumat tepat serta bukti yang kukuh dalam menjatuhkan sesuatu hukuman mencerminkan betapa tidak relevannya ISA ini diguna pakai."

Jadi persoalannya adakah Mahasiswa wajar untuk turun berarak mendesak pemansuhan ISA negara kita?
Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger