News Update :
Home » » Bila Berakhir Pembunuhan Umat Islam??

Bila Berakhir Pembunuhan Umat Islam??

Penulis : Datu pitung on Jul 6, 2009 | 4:51 AM


orang islam di seluruh dunia adalah bersaudara seperti dalam hadis nabi yang menyatakan “orang islam itu bersaudara” apa pun jua bangsa iranun ka,bajau,dusun,bugis dan sebagainya, jika beragama islam ianya adalah saudara kita. Maka kita wajib menunaikan tangungjawab saudara kita tanpa sedikit perasaan dengki dan sebagainya..pada zaman jahilia lagi pemulauan dan penindasan masyarakat islam oleh kaum quraisy telah belaku beberapa tahun lamanya..umat islam di seluruh dunia di tindas dan di bunuh dengan sangat kejam tidak mengira bayi,orang tuah atau pun seorang ibu yang sarat mengandung di bunuh dengan tidak berperikemanusiaan. Di indonesia, umat islam di tindas dan di bunuh tanpa belas kasihan, persoalannya apakah salah umat islam sehinggakan di bunuh dengan kejam??? Sehinggakan pada satu ketika seorang umat islam di tetak mengunakan parang tanpa belas kasihan hingga gugur sebagai syuhada..askar dan tentera pengaman langsung tidak mengendah kan perbuatan mereka yang kejam seperti binatang yang menerkam mangsa nya..dimana peranan sebagai tentera pengaman yang di tugaskan untuk menyelesaikan konflik umat islam dan kristian ketika itu?? Tidak ka mereka kasihan kepada umat islam bila ia di bunuh dan di bakar hidup-hidup tanpa belas kasihan??? Dimana terletak nya naluri sebagai manusia yang mengasihani antara satu sama lain??? Ini hanya konspirasi yang belaku di indonesia, apaka pula nasib umat islam di selatan thailand, mungkin lebih teruk daripada apa yang berlaku di indonesia. Umat islam di selatan thailand di tembak sehingga mati tak kira bayi atau dewasa, rumah- rumah di bakar, masjid juga turut di bakar seperti umat islam tidak layak untuk hidup dan harus di hapuskan sama sekali. Dalam berita TV3 melaporkan seorang imam dan makmumnya di tembak ketika sujud di sebuah perkampungan islam di selatan thai..begitu juga penindasan dan pembunuhan umat islam di kosovo yang banyak mengorbankan nyawa, adakah islam satu kumpulan pengganas yang mesti di hukum bunuh?? Di palestien, kekejaman rejim ziones tehadap umat islam yang telah berlarutan selama 100 tahun lagi belum mendapat satu persepakatan perdamaian, ratusan ribu umat islam di gaza, palestien telah terkorban atas serangan bertubi-tubi yang di lakukan oleh rejim ziones laknatullah..saya secara peribadi sangat kesal dengan persatuan bangsa-bangsa bersatu( PBB) yang sering kali berbincang tetapi satu langkah pun tidak diambil untuk menghentikan konflik serangan rejim ziones terhadap umat islam di sana.. apakah ada satu permasalahan yang tidak dapat di selesaikan dalam rundingan PBB antara wakil seluruh dunia tentang isu ini sehinggakan serangan berlarutan sehingga sekarang?? Kita seharusnya bersyukur kerana di malaysia tidak lah seteruk apa yang di lakukan oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan, membunuh dan membakar rumah-rumah serta memusnahkan harta benda, kerana Malaysia adalah negara merdeka dan mempunyai penduduk yang hidup aman harmoni. Tetapi adakah kita hanya berpeluk tubuh dan menutup mata dan telinga apa yang berlaku terhadap saudara-saudara kita di sana?? Kita sebagai umat islam yang bertamadun harus berfikir dan mencari langkah untuk menghentikan kekejaman dan kezaliman terhadap umat islam di seluruh dunia kerana kita adalah bersaudara..seperti kata pepatah “cubit kaki kiri,kaki kanan terasa” pelbagai bantuan dan sumbangan boleh di hulurkan kepada mangsa kekejaman itu sebagai contoh pakaian, makanan, keperluan perubatan dan sebagainya..bantulah saudara kita yang memerlukan supaya mereka terus hidup dan berjuang untuk menegak kan hak mereka sebagai manusia..saya berdoa semoga saudara kita dapat terus hidup dan semoga Allah memberi mereka kesabaran yang tinggi untuk meneruskan hidup..Amin..
Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger