News Update :
Home » » Uitm Lenduh di Tutup

Uitm Lenduh di Tutup

Penulis : Datu pitung on Jul 18, 2009 | 12:36 AM



Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka ditutup petang semalam selepas semakin banyak kes selesema A (H1N1) disahkan di kampus tersebut yang diserang gugusan kes penularan wabak. Dengan penutupan selama sembilan hari, ia akan dibuka semula 25 Julai ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican.

"Penutupan kampus UiTM Alor gajah, Melaka berkuatkuasa serta-merta sehingga Jumaat, 24 Julai.

"Arahan ini melibatkan semua pelajar kolej, pengajar dan kakitangan UiTM Alor Gajah," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Pagi semalam Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penularan wabak di kampus Lendu itu "amat membimbangkan".

Daripada 10 kes yang direkodkan, semuanya tempatan, sembilan daripadanya terjadi institusi pengajian tersebut. Kelmarin, lapan lagi mahasiswa disahkan positif diserang virus selesema A (H1N1). Pada 14 Julai, enam daripada pelajar institusi pengajian itu disahkan positif. Sekurang-kurangnya 150 pelajar di UiTM Lendu dilaporkan mengalami tanda-tanda diserang selesema sejak ia dikesan hujung minggu lalu.

Di petik dari Malaysiakini
Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger