News Update :
Home » » 1Malaysia : Sabah/Sarawak Jadi Contoh

1Malaysia : Sabah/Sarawak Jadi Contoh

Penulis : Datu pitung on Aug 9, 2009 | 12:37 AM


Konsep 1Malaysia telah di cetuskan oleh PM datuk seri najib tun abd Razak sempena beliau memegang jawatan selaku PM malaysia ke 6. walau bagaimana pun konsep ini sebenarya telah lama di guna pakai di sabah dan sarawak, fakta nya, sabah sarawak hidup tak seperti masyarakat di semanajung malaysia, di sabah dan sarawak mempunyai bilangan suku kaum yang banyak berbanding di semenanjung, contohnya suku kaum bajau, bisaya,kadazandusun, iranun,murut, melanau, cina, brunei dan banyak lagi. mereka hidup dalam keadaan aman dan harmoni, tiada pencetusan fahaman politik mahu pun kaum. dalam erti kata yang lain masyarakat di sabah dan sarawak hidup secara harmoni dan berwawasan dalam hidup berbilang kaum.

seperti di kota belud, majoriti tiga suku kaum terbesar yang terdapat di sana, iaitu dusun, bajau dan iranun, ketiga2 suku kaum ini hidup tidak mementingkan suku malah menghormati antara suku kaum yang lain, ini terbukti dari segi politiknya bila mana pemilihan G7, calon yang berbangsa cina di calonkan dan seterusnya menjadi calon pilihan masyarakat di kota belud, begitu juga dengan calon dari suku kaum bajau, majoriti yang menang adalah dari suku itu, tidak juga ketinggalan calon dari suku iranun ini yang turut menjadi pilihan masyarakat kota belud. masing2 memilih dan mengundi dengan bijak ketika berlangsung sesi pemilihan itu.




berbalik kepada konsep 1Malaysia, di sabah dan sarawak tidak timbul isu perkauman yang serious berbanding di semenanjung, jika melihat isu perkauman di semenanjung sangat ketara bila mana sering berlaku pertingkahan antara kaum, dasar politik di sana pun di pengaruhi oleh isu perkauman, bukan seperti di sabah sarawak, mungkin juga ada isu perkauman tetapi tidak seperti di semenanjung malaysia. sebab itu saya katakan sabah dan sarawak adalah contoh dalam konsep 1Malaysia.

kehidupan di sabah dan sarawak sangat mempersonakan kerana masyarkat ini hidup bersatu walaupun berlainan bangsa mahupun agama, dalam satu negeri, bila mana masyarakat hidup berbilang kaum tanpa belaku perkara yang mengugat kewibawaan sesuatu negara, tidak lah keterlaluan bila mana negeri ini di katakan sebagai satu contoh konsep 1Malaysia. kerna dalam konsep 1malysia, wujudnya penyatuan masyarakat yang berbilang kaum di malaysia.


bersambung..


Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger