News Update :
Home » » Gula : Kemana Menghilang??

Gula : Kemana Menghilang??

Penulis : Datu pitung on Aug 22, 2009 | 8:37 PM

Datuk ISMAIL SABRI YAAKOB


Saya rasa terkilan bila mana ada pihak yang lebih mementingkan keuntungan, golongan ini sangat tidak berperikemanusiaan kerna kemudahan dan keperluan asas orang ramai di sekat dan di had kan oleh pihak ini dengan sewenang wenang nya.

Dalam isu GULA : Kemana Menghilang?? saya cukup kecewa dengan apa yang berlaku sekarang ini, negara malaysia menpunyai masalah kekurangan gula, dalam akhbar dan berita perdana telah merungkai isu ini, Datuk ismail sabri yaakob, sebagai menteri KPDN telah menyatakan bahawa tiada masalah kekurangan gula di negara ini tetapi sebaliknya gula di negara di sorok untuk kepentingan peribadi.

Baru-baru ini saya balik ke tempat kelahiran saya, iaitu di kota belud. bila mana saya berkunjung ke kedai, saya mendapati tiada sebungkus gula pun yang terpampang di atas rak mahu pun di kaunter jualan. ini menimbulkan banyak persoalan kepada saya, antaranya nya "kemana Gula?".

Dengan rasa tidak puas hati saya, bertanya beberapa soalan kepada pekerja yang berkerja di tempat itu, dalam perbualan kami itu, dia memaklumkan, gula yang di hantar hanya sedikit bilangan sahaja, dan orang ramai yang ingin membeli hanya di benarkan membeli DUA(2) paket sahaja untuk satu keluarga.



Dari segi ekonomi nya, jika sesuatu barang itu mempunyai "demand" yang tinggi secara automitik harga akan melambung tinggi. mungkin ini apa yang saya katakan bahawa golongan ini hanya mengaut keuntungan tanpa memikirkan keperluan orang ramai.

"gula" adalah keperluan asas bagi semua orang, tapi jika perkara sedemikian terus terusan berlaku, maka ini memberi banyak impak dan masalah kepada orang ramai amnya dan khususnya kepada suri rumah bagi menyiadakan makanan keperluan.

Ramadhan sudah tiba, tidak lama lagi hari raya pula menjelang tiba, jika gula masih seperti ini, apa akan terjadi jika gula masih lagi di sorok oleh pihak yang tidak berperikemanusian ini, mungkin air sirap tanpa gula? kuih tanpa gula? biskut2 tanpa gula? atau sebagainya...

Saya berharap benar moga masalah ini dapat di atasi dengan baik untuk kebaikan orang ramai dalam mengurus kehidupan kerna "gula" adalah salah satu keperluan asas dalam menyiadakan makanan atau minuman sewaktu berbuka mahu pun hari2 yang lain.



(di tulis oleh Datu pitung berdasarkan sumber yang boleh di percayai)
Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger