News Update :
Home » » Pemimpin Bangsa atau Pengkhianat!!!

Pemimpin Bangsa atau Pengkhianat!!!

Penulis : Datu pitung on Aug 29, 2009 | 6:46 AM


selama pemimpin2 ini berkecimpung dalam politik, masyarkat kota belud lah yang menaikan nama mereka hingga bergelar seorang DATUK/YB tapi malang nya apa yang mereka lakukan kepada jasa dan pengorbanan masyarkat kota belud yang mengundi mereka dahulu, sebahagian yang lebih rapat dengan mereka sahaja dapat hidup dengan selesa tapi bagaimana dengan masayarkat yang lain?, mereka juga berhak mendapat layanan seperti itu. keperluan makanan yang tidak kekurangan, begitu juga dengan pakaian serta keperluan asas yang lain. dimana Datuk/YB ini setelah mendapat pangkat yang di ingini?? Dimana peranan sebagai Datuk yang di undi masyarakat untuk mempedengar kan suara masyarakat kota belud ke pihak atasan atau pihak kerajaan bagi membela nasib mereka.



TS Pandikar Amin Haji Mulia kemana selama ini? Datuk Musbah haji Jamli kemana pergi? Datuk Japlin ukim kemana menghilang? Datuk Salleh kesana kesitu dan kini Datuk Rahman Dahlan pula muncul sebagai mutiara masyarkat kota belud yang baru, walhal Datuk rahman ini bukan penduduk asal kota belud.



empat tokoh politik ini langsung tidak memberi peranan yang betul kepada masyarkat, mereka hanya mementingkan kepentingan peribadi semata mata dan kini kemunculan Datuk Rahman Dahlan sebagai ahli parlimen kota belud telah membuka mata mereka untuk mula mendengar rintihan kesusahan masyarkat padahal selama ini mereka membisu jika masyarakat menyuarakan sebarang bentuk permohonan bantuan kemiskinan atau kemudahan2 yang lain.


kebanyakan masyarakat kota belud kecewa dengan sikap pemimpin2 ini yang tidak peka dengan masalah rakyat.




moga kemunculan Datuk Rahman Dahlan ini dapat sedikit demi sedikit membela nasib masyarkat Kota Belud dengan adil dan saksama, dan semoga amanah dan kepercayaai rakyta yang di berikan tidak di persia sia kan.
Share this article :

+ comments + 6 comments

August 29, 2009 at 7:45 AM

salam Datu Pitung

saya singgah sekejap kerna tertarik dengan isu yang sdr bawa kan..

memang boleh dikatakan mereka ini tidak berperanan dengan rakyat di kota belud, mereka asyik memikirkan kepentingan peribadi, anak2, isteri2, saudara2 dan juga menantu2 mereka.

pemimpin rakayt yang tidak berguna kpada rakyat tidak layak menjadi pemimpin, lebih baik duduk rumah ja, bagi orang lain memimpin. itu yang lebih baik.

berpolitik biar amanah, bukan pendusta. pengorbanan rakyat bukan senang nak dapat, jgn sampai rakyat bertada hati kepada pemimpin2 seperti ini.

wasalam.

August 29, 2009 at 8:07 AM

salam pahlawan iranun

thanks kerna sudi berkunjung..

actly, sy nak cerita panjang2 tapi takut ada pula yang mengamuk tak tentu pasal. lagi pun saya bukan mempertikai peranan mereka ini, tapi saya betul2 terkilan dengan apa yang mereka lakukan kepada masyarkat kota belud yang bertungkus lumus menaikan nama mereka suatu ketika dahulu.

tapi sekarang, habuk pun tiada. pekan kota belud, semakin hari semakin teruk kesesakan lalulintas. bekalan air berpuluh tahun di pohon, langsung tiada hasil,mcm2 lagi lah.

terimah kasih kerna memberi komen, pandangan sdr itu sgt bermakna kepada sy juga masyarakat KB.

August 29, 2009 at 6:19 PM

Salam sdr datu Pitung..

Datu segala datu..nampaknya tulisan sdr makin hari makin panas..macam sterika karan..
Jangan sampai terbakar pula baju yg disterika tu..

Sebagai seorang pemimpin, wajar sentiasa mengambil tahu masalah rakyat..jangan hanya bila diketuk barulah terjaga...

Rakyat pula perlu memainkan peranan yg betul memilih ketua yg benar2 berwibawa.

sdr boleh lawat blog saya..lagi panasssss..

August 29, 2009 at 6:36 PM

salam sdr Datu..

macam mana bah pemimpin kita nie...? asyik2 mahu ditegur saja. makin ramai yg tidak puas hati..kenapa tak buat kerja..?bagus kita pakat2 jangan undi mrk lagi..macammana..?

teruskan saya teruja membaca post sdr nie..

August 30, 2009 at 2:43 AM

salam sdri kelapa mawar..

terimahn kasih atas kunjungan dan komen sdr itu..

pemimpin adalah icon masyarkat, kalau icon itu tidak peka dengan masalah rakyat mcm mn nak jadi icon yang terbaik untuk rakyat?

kota belud bukan ramai yg educated, so susah untuk mereka mendapat maklumat yg tepat untuk pemimpin masing2. setakat petani, nelayan, pemimpin jenis ini hanya menutup sebelah mata mereka. isssh isssh kesian masyarakat KB yg di perguna atas kepentingan diri sendiri.

August 30, 2009 at 3:24 AM

salam sdr depu depu

tu lah masalah pemimpin kita ni..padahal dorg tahu, mereka tiada kuasa kalau bukan rakyat yang bagi mereka kuasa.

wakil rakyat ada 4 tapi seorang pun tiada peranan..bagus tidak payah jadi pemimpin, mungkin sdr depu depu boleh jadi pemimpin yang dedikasi dan prihatin terhadap masalah rakayt.

Post a Comment
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger