News Update :
Home » » Apa Nak Jadi Dengan Politik KB

Apa Nak Jadi Dengan Politik KB

Penulis : Datu pitung on Nov 27, 2009 | 9:57 PM


Melihat pergolakkan politik di semenanjung yang semakin hari semakin teruk pencaturan yg di buat oleh parti pembangkang mahu pun parti kerajaan yg masing2 mencuri kenyakinan rakyat untuk parti, isu yang hangat di perkatakn di setiap pelusuk berita perdana menyatakan pergolakkan yang berlaku terhadap parti pembangkang iaitu parti islam se malaysia atau PAS yang memecat salah satu anggota parti daripada terus menyertai pas, namun pergolakkan itu di tepis baik oleh tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.


Di kota Belud tidak kurang hebat nya sistem politik peribadi yang semakin hari semakin ketara dan jelas kepada golongan baru atau belia. saya beri pandangan terhadap isu penyokong yang fanatik. TSPA mempunyai pengikut yang tersendiri, DMHJ pun mempunyai pengikut kuat yang tersendiri, begitu juga DSSK ada pengikut setia sampai sekarang yang tidak jemu menyokong tanpa henti, apatah lagi pemimpin baru yang berjinak jinak dengan penduduk di sekitar Kota Belud bagi meraih undi. semua ini adalah senario politik mereka bagi memancing undi rakyat. tidak lah masuk akal bila mana isu ini di jadikan klimaks atau kemuncak politik mereka?


tidak ka kita terfikir jika isu penyokong/pengikut setia yang terlampau akan memberi kesan kepada politik KB khusus nya dan am nya di sabah jika penyokong2 berdiri betul dengan taat setia kepada pemimpin mereka, isu ini akan mengugat kewibawaan rakyat terhadap politik KB kerana masing2 mempunyai habuan dan ketua tersendiri. di mana ka hala tuju politik KB jika isu ini di jadikan empangan kekuatan politik peribadi? ini kah yang di war war kan oleh DS Najib konsep 1Malaysia? sedangkan kita melihat perpecahan kaum/penyokong yang begitu ketara.


jangan terpedaya sama sekali dengan penjajah yang mengamal kan konsep "jajah" dan "perintah" golongan belia yang berwawasan dan berpendidikan perlu membuka pemikiran yang waras untuk mendekati permasalahan politik kerana kesilapan yang berterusan akan membawa masalah yang lebih perit nanti. pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang di terimah baik oleh rakyat. fikir lah sejauh mana kita lebih berinovatif dalam berpolitik.


saya Tidak minat berpolitik tapi saya sebagai golongan belia memberi sedikit pandangan terhadap permasalahan politik khususnya di KB, dan jika apa yang saya katakan betul maka perubahan sistem politik oleh stiap pemimpin harus di lakukan bagi menjamin keamanan dan penyatuan rakyat di KB. paparan ini hanya waras kpd sesiapa yang minda nya bebas dari anasir penjajah.
Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger