News Update :
Home » » Calon PRU13

Calon PRU13

Penulis : Datu pitung on Dec 1, 2009 | 5:27 AM


Saya berfikiran seketika bila membaca artikel yang sdr maruf keluarkan dalam isu memberi cadangan bagi wakil rakyat dalam PRU13 nanti, namun setiap orang mempunyai cadangan dan alasan kenapa dan mengapa seseorang itu layak atau pun tidak layak untuk di calon kan.

di sini saya turut juga memberi cadangan saya sebagai calon PRU13 nanti iaitu sdr ROSLAN HJ MANSHOR, sdr RAFLAN ASMARA, dan sdr ASLI BUKARIA. kenapa dan mengapa pilihan saya menjurus kepada wakil muda ini ialah kerana meraka ini mempunyai karisma dalam kepimpinan untuk memimpin rakyat terutama dalam daerah kota belud ini.

sdr ROSLAN HJ MANSHOR adalah tidak calang dan asing salam dunia politik KB, beliau cukup berpegalaman dalam asam garam politik, saya di faham kan beliau melibatkan diri dalam politik sewaktu zaman USNO lagi yang ketika itu bapa beliau juga salah seorang yang aktif berpolitik dan berpengaruh besar.dalam soal kepimpinan saya rasa beliau cukup arif apa lagi dalam memperaktikel kan nya dan kerana itu beliau di senangi oleh orang ramai. sebut sahaja Roslan hj manshor semua kenal malahan wakil rakyat seperti DMHJ, TSPA, DJU,DSSK,dan DARD sangat mengenali beliau kerana kempimpinan dan kejujuran dalam berpolitik. soal kepimpinan saya rasa tidak cukup untuk menjadi wakil rakyat, menjadi wakil rakyat mesti lah di terimah baik oleh rakyat, sdr Roslan ini sangat di senangi oleh tiga suku bangsa terbesar di daerah KB ini, di sebelah bajau, beliau sangat di sanjung dan hormati kerana kejujuran beliau, di sebelah idahan@dusun , beliau sangat di senangi kerana budi yang beliau taburkan dalam dunia pendidikan, dan dlm suku iranun beliau sangat di segani dengan kaliber kepimpinan masyarakat. dengan itu saya merasa kawasan yang sesuai beliau pengang adalah N.6Tempasuk kerana melibatkan 3 suku ini. saya rasa cukup untuk saya memberi sedikit berkenaan background sdr Roslan ini, secara jujur saya katakan walaupun saya tidak berapa rapat dengan beliau namun aura kepimpinan dapat saya rasa kan.

sdr RAFLAN ASMARA, beliau tidak asing dalam dunia perniagaan di daerah KB, walaupun beliau melibatkan diri dalam dunia politik beberapa tahun yang lalu namun aura kempimpinan terserlah semasa beliau menjadi ketua kepimpinan mahasiswa sabah di semenanjung ketika beliau masih menuntut pelajaran di USM. saya di faham kan juga beliau sangat aktif dalam politik kampus yang lebih dasyat dari poltik dunia luar, kerana apa saya katakan begitu, kerana politik orang muda yang berpendidikan lebih hebat cabaranya berbanding di luar sana. saya sendiri pernah merasa dan melibatkan diri dalam situasi semacam ini. tekanan dan cabaran yang melampau menjadi tentangan, hanya orang yang berjiwa kental dan sabar dapat menangangi situasi seperti itu, kepimpinan sdr Raflan tidak dapat di pertikai kan ketika itu kerana beliau terpksa membahagi masa belajar dan memimpin rakan seperjuangan dalam kampus. dalam keadaan yang begitu mencabar minda anak muda ini, beliau tetap tekun memperjuangan kan hak mahasiswa yang sepatutnya. jawapan situasi ini hanya melihat kepada jati diri seseorang itu dalam soal kepimpinan dan ketekunan memperjuangan hak bumiputera sabah. soal orang ramai menyenangi kehadiran beliau ini saya rasa tidak menjadi masalah kerana beliau sekarang ini menjalankan perniagaan, saya yakin dan percaya bermacam macam jenis orang yang beliau telah jumpa dan kenali, dgn kelebihan yang ada saya yakin tiga suku terbesar di kb mampu menerima beliau dgn baik dan saya mencadangkan sdr ini sesuai di tempatkan di N7 kedamaian kerana di faham kan sdr ini mempunyai ramai kenalan di sana, ini memudahkan lagi beliau berinteraksi dengan orang ramai.


sdr ASLI BUKARIA, siapa tidak kenal anak watan kg tamau ini, beliau aktif berpolitik sejak 5 tahun yang lalu, saya di faham kan beliau juag salah satu pemimpin mahasiswa semasa beliau masih menuntut pelajaran di UMS, sdr Asli juga sangat berpengalaman mengendali satu program kepimpinan mahasiswa ketika itu sehingga kan beliau mendapat anugerah dari cancelor UMS pada masa itu di atas kepimpinan yang di lakukan. saya juga turut di faham beliau sangat aktif dalam dunia politik kampus, sehinggakan pada satu ketika persatuan mahasiswa yang sering mengalami kegagalan di ambil alih oleh beliau telah mencipta nama dalam kampus dan setiap majlis rasmi diadakan beliau di berikan amanah untuk memimpin majlis itu. kini beliau aktif menjalankan perniagaan dan perkhidmatan, saya juga yakin bahwa setiap bakat semula jadi yang ada mampu memberi kepimpinan yang adil dan ikhlas kepada suku yang ada khususnya di daerah KB. sdr Asli pula saya cadangan untuk mengambil alih tempat DSSK iaitu P.169 kerana walaupun sdr ini tidak mempunyai pengaruh sebesar DSSK namun sdr ini sangat berpengalaman dalam soal berinteraksi dengan orang ramai, dan disitu pengaruh boleh di cetus kan dan di wujudkan. saya yakin bahwa sdr ini mampu melakukan nya seperti mana dia mempengaruhi mahasiswa dahulu nya yang begitu ego menegak kan pendirian masing2.

ini hanya cadangan dan pandangan saya, kerana wakil rakyat yang sedia ada telah memperlihat kepada kita ketidakjujuran dalam berpolitik dan berpolitik hanya untuk kepentingan peribadi semata mata, apa sala kita cuba calon yang baru untuk membela nasib kita sebagai penduduk KB yang selama ini menungguh lahirnya seorang pemimpin yang jujur dan amanah dalam tangungjawab yang di pertangungjawabkan itu, mungkin ada calon baru yang anda semua rasa yang berhak, utarakan pandagan anda untuk kebaikan kita bersama.
Share this article :

+ comments + 7 comments

December 2, 2009 at 12:02 AM

slm DP

klu sy lah. sy pilih sdr raplan, sbb apa? sbb kta melihat semua aspek, dlm kepimpinan sdr raplan jg berkebolehan, dlm sosial kemasyarakatan dia juga berpengalaman tp ini politik bha, kena atur sdh siapa calon dan siapa tdk, klu tdk sy sokong 100% sdr raplan jd calon PRU13 nti.

kta pakat ramai2 pilih boikot calon lama, sbb mereka ini telah memperlihat kta kerakusan mereka dlm berpolitik, kesian masyarakat Kb yg kurang berpengetahuan, kena umpan dgn janji2 paslu yg lapuk.

TQ.

December 2, 2009 at 12:23 AM

salam sdr pahlawan iranun

nama bkn main tau..mgkin ni kali pertama sdr PI mberi komen dlm blog saya. terimah kasih sy ucpkn.

soal sapa calon sapa, itu mmg sdh diatur oleh pemimpin pihak atasan, sekarang ini pun kta melihat kerajaan buat mcm2 strategi untk ambik balik perhatian rakyat terhadap parti.

sebenar rakyat yang berhak memilih calon, kerna mereka yg di wakili, nama nya pun sdh wakil rakyat jd rakyat yg di wakili bkn pemimpin atasan, klu di lihat sekarng pemilihan calon di buat atas keputusan dan restu pemimpin atasan, ni menimbulkan ketidak adilan terhadap sytem politik.


soal sdr raflan jd calon PRu13 nti, mmg sy setuju atas sbb2 yg releven knapa dan mgapa dia harus di jadikan calon. tp sapa2 pun yg jd calon nti, sy harap hak rakyat Kb tidak di salah guna kan dan persia kan. saya sbgai golongan muda sgt kecewa dgn lontaran janji palsu(seperti sdr musram katakan) yg berlaku setiap pilihan raya,masyarakat hanya mampu mganguk kepala tp akhir nya bla sdh menang, janji jd basi, lapuk. ni lah pemimpin kta skrg ini.


sy hrp calon yg mwakili N6 tempasuk,dan N7 usukan adalah dr golongan muda dan baru yang berwawasan dan beramanah. saya yakin calon yg saya cadangan kn adalah yg TERBAIK bgi calon pendatang baru dan yg bertangungjawab terhadap masalah rakyat.

saya rasa tdk salah kta mencuba pemimpin baru, mgkn di situ kta boleh melahirkan satu pemimpin yg btl2 prihatin dgn mslh rakyat.

thanks.

December 2, 2009 at 1:13 AM

saya setuju kalau ini calon pilihan saudara...baru diaorang tau calon2 pilihan saudara ini bukan sembarangan orang. Maklumat yang saya dapat, calon pilihan saudara iaitu Si Raflan ini terkenal juga di Semenanjung tau. malah dalam diam dia ni pun sedang diperhatikan oleh beberapa orang besar. Ramai juga pengikut calon saudara ini, kita tengok lah nanti macamana. Pada mereka yang tak percaya try lah risik2. Pasti YB pun terbeliak matanya, Jangan pandang orang ini sebelah mata.

December 2, 2009 at 1:57 AM

sdr semua..

Kelapa Mawar tak di cadangkah?

December 2, 2009 at 2:37 AM

salam sdr sipengau

mcm2 nama taw..nasib baik jelas juga sdr sipengau ckp taw..gurauan.

klu btl apa yg sipengau mention kn, ini saya rasa sgt membanggakn semua terutama golongan muda, kerana sdr raflan mempunyai link atau hubungan kuat di semenanjung ini membolehkan dia berkomunikasi dgn pemimpin pusat.

jika jalan telah terang dgn lampu suluh, apa lgi yg kta perlu dan tggu, kerna calon muda sedia untuk berkhidmat kpd masyarkat. saya harap sdr raflan akan mengikuti perbincangan kta ini bagi memberi dia ruang dlm perbincangan ini.

thanks.

December 2, 2009 at 2:41 AM

salam sdri KM

buat masa ni perempuan belum terfikir untuk di calon kn, mgkn di lain masa. tp jgn risau sdri KM mgkn sy cadangkan sebagai setiausaha politik sdr raflan jika beliau di calon kn kelak.

thanks.

December 2, 2009 at 3:04 AM

Salam DP,

Kalau saya pilih wakil bukit sebab banyak akal.

Post a Comment
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger