News Update :
Home » » BERMASALAH KAH AIR KOTA BELUD

BERMASALAH KAH AIR KOTA BELUD

Penulis : Datu pitung on Mar 12, 2010 | 12:10 AM


Dalam rumusan yang saya buat terhadap masalah air di daerah kota belud, saya dapati beberapa masalah yang di hadapi oleh masyarakat antaranya :

  • Saliran paip yang tidak sempurna
  • Tekanan air sangat rendah
  • Hanya sekitar pekan kota belud yang menikmati bekalan air bersih
  • Dana yang di salurkan tidak dapat di gunakan dengan sebaiknya
  • Berlaku pembaziran material contoh batang paip yang sedia ada diganti dengan yang baru
  • Kampung yang jauh dari pekan tidak di sediakan saliran air bersih
  • Banyak cakap tapi kerja kurang

Masalah ini antara masalah utama yang saya fikir, soal masalah dana, kerajaan telah meluluskan peruntukan pembaikpulihan masalah air bersih ini, saya rasa masalah dana tidak timbul dalam situasi seperti ini. Dalam pada itu juga, saya selit kan beberapa langkah penting untuk di ambil kira dalam menangani masalah ini. beberapa langkah yang proaktif ini untuk adalah untuk menangani dan meringankan masalah bekalan air bersih di derah kota belud.

Antaranya :

  • Bina saliran batang paip ke kampung yang tidak mempunyai saliran air dahulu
  • Gunakan material yang sedia ada, yang masih boleh di gunakan bagi menjimatkan kos pembinaan.
  • Dana yang di salurkan mesti di berikan kepada kontraktor yang mengutamakan kualiti pembinaan bagi pengunaan yang berterusan.
  • Tutup semua kebocoran dana yang di salurkan
  • Jangan politikan masalah bekalan air bersih kota belud

Setakat itu sahaja saya mampu memberi cadangan kenapa dan mengapa masalah air bersih di kota belud masih belum dapat di atasi dengan baik. Bukan sebab YB atau pemimpin tidak menyelesaikan dengan baik, tapi juga penduduk kota belud harus memberi kerjasama untuk memberi kelancaran dalam pembaikpulih system air di kota belud.

Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger