News Update :
Home » » MASALAH JALAN RAYA KOUNG RANAU BYPASS

MASALAH JALAN RAYA KOUNG RANAU BYPASS

Penulis : Datu pitung on Nov 26, 2010 | 10:13 PM

KOTA BELUD: Seramai 1,852 orang yang terdiri daripada penduduk Kampung Koung, Kampung Lobong-Lobong dan Kampung Gahui atau Kiau Bersatu, bukan sahaja menyambut baik pembentangan bajet 2011, malah mereka menyifatkan bajet itu, sebagai bajet dapat merealisasikan makna Satu Malaysia, yang kemungkinan boleh mengubah lanskap infrastuktur di kawasan Kadamaian, khasnya jalan raya Koung, hingga ke jalan raya Ranau bypass, yang sehingga sekarang belum lagi diturap, seperti yang dijanji-janjikan sebelum ini.

Pada 16 Oktborer lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Rajak berkata, bagi membina dan menaiktaraf jalan luar Bandar di Sabah dan Sarawak sebanyak RM2.1 bilion disediakan manakala di Semananjung RM676 juta pula diperuntukkan bagi Semenanjung Malaysia.

“Sebagai Ketua Cawangan Parti Bersatu Sabah(PBS) dan penyokong kuat Barisan Nasional(BN), ingin meminta jasabaik Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Pembangunan Infrastuktur, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, menggunakan kedudukannya dalam komponen BN, untuk memohon tambahan peruntukan lebih untuk Jabatan Kerja Raya(JKR) daripada bajet infrastruktur membina dan menaik taraf jalan luar Bandar di negeri ini,” kata mantan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung(JKKK) Kampung Lobong-Lobong, Paulus @ Saudin Solinu.

Sehubungan itu katanya, beliau juga mengesa Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian Datuk Helbert Timbon Lagadan, bersuara terus untuk mendapatkan peruntukan khas bagi menaiktarafkan jalan raya Koung hingga ke Ranau bypass, yang sehingga sekarang belum ada penyelesaian secara serius oleh agensi-ageni kerajaan.

“Saya juga, yakin sunggu dengan kepekaan dan kelantangan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga tidak kurang polulartinya di kawasan Kadamaian, agar dapat membawa sebahagian daripada bajet 2011 itu di Kadamaian, khususnya, mengeluarkan masyarakat di tiga buah perkampungan ini, daripada belenggu masalah jalan raya sejak, bertahun-tahun lamanya,” katanya, sambil merujuk prestasi pencapaian pembangunan keseluruhan di daerah itu, peratusnya bertambah baik, sejak beliau menjadi MP dalam jangka masa kira-kira 25 bulan.

Beliau berkata demikian selepas mereka bergotog-royong membaiki mana-mana jalan raya Koung yang tidak rata dan membuang batu-batu besar lagi tajam, yang mereka dakwa sepanjang jalan raya itu, sukar dilalui oleh kenderaan miskipun pacuan empat roda, apatak lagi pada musim hujan.

Paulus berkat, Kampung Lobong-Lobong yang merupakan salah satu distinasi perlancongan disekitar itu, tersenarai dibawah program Home stay negeri dan sejak agensi-agensi berkenaan mengetahui masalah jalan raya di Koung itu, tidak lagi menghantar pelancongan, kerana bimbang dengan keselamatan pelancong, walaupun pelanggan itu suka inap desa di kampung-kampung berkenaan.

Saimbin Dawat, 46, yang juga salah seorang peniaga hasil tani, secara kecil-kecilan berpendapat sama dengan jirannya Paulus, berkata,beliau masih ingat ucapan Datuk Helbert Timbon Lagadan, ketika merasmikan Pesta Kaamatan di Kampung Lobong-lobong pada 2008, dimana Naib Presiden PBS itu, telah berjanji akan berusaha menaiktarafkan Jalan Raya Koung hingga ke Ranau Bypass, tetapi sampai sekarang belum tertunai.

“Timbul dalam fikiran kami, akan mengumpulukkan semua ahli fikir di mukim Nabalu, untuk mengwujudkan satu badan bertindak, akan mendakwa mana-mana pihak agensi termasuk kerajaan, individu, atau yang terbabit, jika terdapat peruntukan undang-undang dan jika perlu, untuk mendapatkan ganti rugi harta benda, harta intelek , hilang pendapatan , nyawa dan sebagainya, kerana disebabkan janji-janji politik yang tidak tepat sehingga terjadi seperti tersebut diatas,” seriusnya.

Menurut Saimbin, selain pelajar sekolah yang kerapkali terkandas setiap kali pergi ke SMK Narinang, pernah terjadi dua orang ibu sarat mengandung, berlainan masa dan tahun telah melahirkan anak mereka di jalan raya Koung yang bermasalah itu, ketika perjalanan ke Hospital Kota Belud, dan orang sakit ada yang tidak sampai ke jalan raya Ranau bypass kerana mati di jalan raya Koung itu.

“Kami yang berniaga tanai secara kecil-kecilan ini, lebih banyak kerugian daripada keuntungan apabila, hasil tani yang pada mulanya kelihatan segar, tetapi semua menjadi buruk kerana bertindi-tindi dalam bas, sehingga pelanggan biasapun tidak ingin menawar apa lagi membeli, itulah yang membuatkan kami kesal dan keciwa dengan keadaan jalan raya,” katanya

Kenny Rogers Sikin, 29, seorang belia yang menghabiskan masa sepenuhnya di kebun getah seluas tuju ekar, juga kesal dengan keadaan Jalan raya koung yang beliau dakwa, jalan raya itulah yang sebahagian mengagalkan cita-citanya melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.

Malah sehingga sekarang katanya, beliau yang bangun sekitar jam 5.00 pagi untuk menoreh kebun getahnya yang hanya melalui jalan raya Koung itu, terpaksa basnya ditinggalkan ditengah jalan raya itu apabila tidak dapat naik dan berjalan kaki hingga ke kebunnya,

“Bayangkan, hasil torehan kami, semuanya tidak berbaloi dengan usaha-usaha yang kami lakukan, setiap hari menoreh getah di kawasan ini, kalaulah jalan raya ini, diturapkan oleh kerajaan, sudah tentu kami dapat menoreh getah seawal jam 5.30 pagi, ini, hampir jam 7 pagi, mana ada susu getah lagi,” kesalnya.

Rogers berkata, ramai teman-teman belianya yang sebaya dan senasip dengannya, yang meninggalkan kebun getah mereka, disebabkan keadaan jalan raya Koung yang tidak memberi berfaedah kepada generasi mudah lalu berhijarah ketempat lain.

Ketua Kampung Lobong-lobong Laudi Dalani berkata, pengguna jalan raya Koung itu kini, seramai 1,852 orang daripada 355 keluarga yang juga penduduk daripada tiga buah kampung Koung, Lobong-Lobong dan Kampung Gahui, manakala pengundinya, tidak kurang daripada 682 orang tidak termasuk daftar baru.

Laudi berkata, penduduk di ketiga-tiga buah perkampunga itu tidak ingin ketinggalan dalam arus pembangunan Negara, semuanya ingin berubah dalam semua hal ehwal termasuklah dalam bidang ekonomi, social dan politik.

Beliau yakin bahawa kerajaan tidak mahu mewariskan Negara yang bermasalah kepada generasi akan datang, lantaran itu kerajaan perlu sedar dan insaf bahawa masa depan rakyatnya khususnya di luar Bandar ini, terlalu bernilai dan mahal harganya, untuk diserahkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab, sekiranya rakyat itu berpaling tedah.

Sehubungan itu katanya, beliau meminta kepada pihak berkuasa khasnya JKR yang dipertanggungjawabkan untuk menyelenggara mana-mana jalan raya di tiga perkampungan itu untuk menjalankan tanggungjawab apabila berlaku kerosakan jalan raya, khususnya di jalan raya Koung.

“Kami juga minta kepada JKR di sini, menghamburkan batu-batu yang diletak ditepi jalan raya Koung itu di gunakan menimbus kasawan-kawasan yang bermasalah, sekiranya tumpukan batu-batu itu milik JKR, kalau bukan milik JKR, kenapa batu-batu itu dibiarkan berbulan-bulan di tepi jalan raya,seperti perhiasan lalu lintas sahaja,” katanya.


Oleh Gindanau Sakat.

Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger