News Update :
Home » » RAKAN MUDA BN SASARAN GOLONGAN BELIA

RAKAN MUDA BN SASARAN GOLONGAN BELIA

Penulis : Datu pitung on Nov 24, 2010 | 11:36 PM

Dewan Tertinggi Umno telah membuat pindaan dasar dengan keahlian terus dalam parti politik itu yang umumkan oleh perdana menteri Malaysia di kuala lumpur yang lalu. Pindaan dasar ini membolehkan sesiapa saja yang mengemukakan permohonan boleh menjadi ahli umno secara serta merta. Dengan ini sokongan di dalam semua lapisan masyarakat terhadap parti ini akan berterusan.

“Sesiapa pun boleh menjadi ahli bersekutu BN tetapi sebagai contoh jika dia dari parti pembangkang hendak masuk, Dewan Tertinggi BN kena bagi kelulusan. Ini satu syarat yang kita tetapkan supaya tidak ada mana-mana orang yang masuk dengan niat tidak baik terhadap BN. Selain itu, ahli parti komponen BN juga tidak boleh masuk (menjadi ahli bersekutu). Maknanya jika sudah menjadi ahli UMNO, tidak boleh tinggalkan UMNO (kerana) hendak menjadi ahli bersekutu. Jika MIC pun begitu”.

"Kita turut memutuskan bahawa mana-mana pertubuhan politik, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh menjadi ahli gabungan BN. Ini adalah usaha kita kepada kumpulan lain yang ingin bekerjasama dengan BN kerana mereka percaya kepada matlamat perjuangan parti," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang lalu.

Petikan ucapan DS Najib di dalam Akhbar Berita Harian.

Selain daripada itu, UMNO juga telah memutuskan sebulat suara ini menubuhkan Rakan Muda BN kepada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menjadi rakan atau sahabat kepada BN. Rakan Muda BN ini mensasarkan golongan muda berumur 18 tahun hingga 21 tahun yang masih belum layak mendaftar untuk mengundi.

Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger