News Update :
Home » » PERASMIAN BENGKEL ICT "MICROSOFT PUBLISHER" OLEH BERBAHAGIA RHM

PERASMIAN BENGKEL ICT "MICROSOFT PUBLISHER" OLEH BERBAHAGIA RHM

Penulis : Datu pitung on Jan 15, 2011 | 8:57 PM

Ilmu pengendalian teknologi komputer atau ICT adalah suatu keperluan di zaman IT tanpa sempadan ini. boleh di katakan setiap individu seharusnya mempunyai ilmu asas komputer untuk meluangkan masa dalam pengaksessan pelbagai maklumat. dengan itu, syarikat ict consult centre telah mengambil peluang untuk memberi khidmat kepada masyarakat untuk tidak ketinggalan di dalam dunia ict ini.

baru-baru ini, syarikat ict telah mula menganjurkan kursus berkenaan dengan pengendalian komputer, dan penggunaan pelbagai sofware pengkomputeran. kursus yang di jalankan itu bermula pada tarikh 15hb jan 2011 dari jam8.00 hingga jam 1.30ptg mengenai penggunaan microsoft publisher yang di kendalikan oleh tenaga pengajar yang bertauliah dan berpengalaman dalam bidang pengkomputeran.

seramai 16 peserta di dedahkan, cara dan kaedah mengunakan publisher, di antara nya, bagaimana mereka cipta "kad perniagaan" dan "kad pengiklanan" dengan effisent untuk di lihat lebih kemas dan menarik. Dan yang lebih penting, tenaga pengajar sangat menekan kan setiap peserta dapat mengaplikasikan dan menguasai kemahiran tentang sofware ini dengan baik. lebih di yakini syarikat ini adalah, bukan semua boleh mengunakan sofware ini dengan baik, dengan itu, proses kursus di jalankan dengan teliti dan cekap.

Antara visi dan misi syarikat ini, adalah berusaha untuk melahirkan golongan korporat. dengan itu, staff kepada syarikat ini, dengan tekun menjejaki komuniti yang hendak mengaplikasi kemahiran asas juga mendalam mengenai teknologi komputer. dengan penyelidikan dan pemantauan yang di jalankan, 87% di daerah ini masih belum dapat menguasai kemahiran yang semakin menjadi kepentingan dan tumpuan yang tidak kira golongan muda juga tua.

di hujung kursus ini, pihak syarikat telah mengundang tetamu terhormat En Roslan Haji Manshor selaku pengerusi biro pendidikan UMNO dan juga merangkap ajk bahagian UMNO Kota Belud untuk menyampaikan sijil kepada peserta yang tamat mengikuti kursus sehari bersama ict bertempat di pusat multimedia dengan jaya nya. harapan kepada para peserta untuk terus mempraktiskan kemahiran bagi menjadi individu yang cemerlang dan terbilang di antara yang gemilang. selaras dengan visi syarikat "berusaha melahirkan golongan korporat".
Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger