News Update :
Home » , » PISBA, PAGISA DAN PERISA TIMBUL TAPI IRANUN TENGGELAM

PISBA, PAGISA DAN PERISA TIMBUL TAPI IRANUN TENGGELAM

Penulis : Datu pitung on Sep 9, 2012 | 1:49 AM

persatuan PAGISA
Salam Eid Fitri. semoga saudara sekalian di beri kurnian kesihatan bagi mengharungi cabaran kehidupan yang mendatang. mendapat cuti raya selama seminggu telah membuat saya bercadang balik ke kampung yakni kampung di mana tempat saya di besarkan dan didik dengan penuh keasih sayang di samping keluarga yang di kasihi. kawasan rumah yang terlalu dekat dengan bangunan sekolah rendah kebangsaan Tamau telah memberikan saya satu analogi pemikiran dalam isu kelewatan pembinaan bangunan sekolah yang telah memakan masa  selama 3 tahun dari tarikh siap yang di tetapkan.

Memperhalusi isu ini yang di tenggelamkan kehangatannya di setiap sudut bicara telah membawa jiwa anak kampung seperti saya untuk menggapai pautan saluran bagi mengetahui status atau kedudukan sebenarnya yang membuatkan isu kelewatan ini di biarkan berlalu saban hari. tempoh 3 tahun sebenarnya adalah tempoh kelewatan yang terlalu lama bagi sesuatu projek mega kerajaan. masalah kelewatan ini seakan-akan telah di sembunyikan kepada pihak berkuasa kerajaan persekutuan. jika di rujuk kepada jabatan kerja raya jawapan yang di beri " sila rujuk kepada jabatan pendidikan" dan bila merujuk kepada jabatan pendidikan maka jawapan yang sering kita dengar adalah " kontraktor yang bermasalah". dan akhir sekali bila kontraktor pula bersuara mengeluarkan fatwa punca kelewatan maka tidak lain bukan adalah " claim tidak keluar" dan sebagai nya. jadi siapakah yang bertanggungjawab terhadap masalah kelewatan ini?

mengutarakan pandangan dari sudut politik sebenarnya membawa kepada permainan minda wakil rakyat dengan penduduk. mengapa saya mengatakan demikian kerana sewaktu perasmian penyampaian bantuan pelajar miskin (kuoam) SK Tamau pihak sekolah telah menjemput YB DARD sebagai perasmi dan seterusnya menyampaikan bantuan kerajaan itu. saya bukan ingin menyampaikan perihal tersebut akan tetapi seorang ahli parlimen Kota Belud seharusnya mengotakan janji yang di lontarkan semasa ucapannya waktu itu yakni " saya akan duduk semeja dengan YB TS Muyiddin untuk membincangkan isu kelewatan ini ". sehingga sekarang kata-kata itu hanya menjadi satu kenyataan yang bertibaran.

pendek kata, dari sudut jabatan pendidikan, jabatan kerja raya, kontraktor dan juga kuasa politik yakni wakil rakyat Datuk Musbah dan Ahli Parlimen Datuk Rahman telah terungkai habis untuk menarik perhatian dalam mempercepatkan pembinaan yang di bawa arus masa kelewatan. namun kesemua sudut itu tidak berjaya menembusi perhatian mereka tentang berapa penting nya isu yang melibatkan kepentingan awam khususnya kepentingan kepada penduduk sekitar kampung. jika di lihat secara harfiah bahawa politik adalah sinonim dengan kuasa. jika Rahman menyuarakan Ahli Parlimen Ipoh Timur gerun kepada beliau di pentas Parlimen dalam memperdebatkan isu rakyat. secara logik kenapa isu yang melibatkan salah satu kepentingan umum tidak di suarakan di parlimen?

cukup berbicara dari perspektif politik. mari membuka minda bangsa iranun seluruhnya untuk membincangkan langkah penyelesaian jika jabatan pendidikan, jabatan kerja raya, kontraktor dan juga wakil rakyat tidak mampu memberi kata penyelesaian malah hanya menabur retorik semata-mata. saya fikir yang paling kuat bersuara adalah penduduk kampung tamau juga penduduk sekitar nya seperti kotabungan, merabau, pintasan, tawadakan peladok wakap dan sebagainya dalam memperdengarkan suara hati kepada pihak yang berwajib. sebagai contoh pihak PIBG walaupun di dakwa lumpuh tanpa gerakan mengunakan platform untuk menarik perhatian media seperti TV3 untuk memberikan sedikit ruang dalam media perdana berkenaan dengan kelewatan ini. saya kira jika penduduk bersatu dalam menangani isu ini, kerajaan akan menyegerakan tindakan sewajarnya kepada bangunan  SK Tamau ini.
persatuan PERISA

selain penduduk kampung Tamau dan sekitarnya, iranun banyak mempunyai persatuan yang berdaftar sebagai non organization government (NGO) seperti PISBA, PAGISA, PERISA dan mungkin ada banyak lagi di daftarkan sebagai NGO. melihat pertubuhan suku etnik iranun di sabah ini telah membawa saya kepada satu tahap pemikiran yakni di mana persatuan atau NGO orang-orang iranun ini hanya berfungsi kepada pihak yang tertentu tidak kepada bangsa iranun itu sendiri. sebagai contoh yang jelas di pandangan anak mata kita adalah soal pendidikan anak-anak jati iranun di ketepikan daripada perhatian persatuan-persatuan tersebut. contoh paling dekat adalah isu kelewatan SK TAMAU yang menelan masa selama 3 tahun lewat dari tarik siap dan kini memasuki tahun ke empat bangunan itu. satu NGO iranun pun tidak tampil memperjuangan pendidikan anak bangsa malah kebajikan anak-anak bangsa iranun di nafikan  mereka-mereka yang berilmu tinggi tapi berjiwa sombong. siapa yang mempengerusikan PISBA, PAGISA dan PERISA? semua nya adalah seorang yang berlatarbelakangkan ilmu dan kerjaya. tak perlu di ungkap siapa orangnya, tepuk dada tanya selera.

saya suka melanjutkan hujah ini kerana persatuan-persatuan ini adalah sebagai enjin kepada kelangsungan orang-orang iranun sekarang dan juga masa hadapan. namun apa yang saya dapati, PISBA mati tanpa pusara, PAGISA mati tak mahu, hidup segan, dan PERISA ibarat seketul batu di dalam tin. di goncang kuat bunyi nya, tapi bila di lihat hanya seketul batu. bukan itu saja, pertubuhan PERISA di dakwa konon nya menyatupadukan bangsa iranun yang sekian lama berada di dalam kegelapan tanpa sulu dan cahaya. sebak rasa bila melihat iranun semakin pudar dan berkepentingan sendiri tanpa berpaling kepada anak-anak iranun yang masih terkapai-kapai menstabilkan kehidupan masing-masing. walau bagaimanapun, saya sebagai anak muda iranun mengharapkan PISBA, PAGISA dan PERISA menjadi bahtera kepada kelangsungan iranun yang ada sekarang juga akan datang dan kepada PERISA yang baru, saya harapkan semoga menjadi bahtera baru untuk memperbaiki bahtera lama yang lesuh dan rosak. ketepikan ideologi parti politik, luangkan sedikit masa kepada diskusi bangsa, laksanakan apa yang perlu dan paling penting sekali satukan anak-anak iranun di bawa satu rumpun ilmu untuk survival iranun di masa akan datang.



- Datupitung-




Share this article :

+ comments + 1 comments

September 10, 2012 at 12:31 AM

Persatuan Iranun perlu aktif dan progesif membantu dan membangkitkan isu2 masyarakat Iranun supaya Bangsa Iranun kekal berdayasaing

Post a Comment
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger