News Update :
Home » » English syarat wajib lulus SPM

English syarat wajib lulus SPM

Penulis : Datu pitung on Jul 4, 2009 | 5:39 AM



Malaysia adalah satu Negara yang berbilang kaum diantaranya suku kaum yang terbesar yang terdapat di dalam Negara ini ialah suku kaum melayu, cina, dan india. Disini saya bukan nak ulas panjang kepelbagaian suku kaum di Malaysia tetapi saya nak bagi pandangan, komen dan cadangan tentang English syarat wajib lulus sijil pelajaran Malaysia atau spm, disini saya coretkan beberapa pandangan, komen dan cadangan tentang isu ini di antaranya ialah, saya berpandangan bahawa syarat yang kerajaan meletakkan kepada calon supaya wajib lulus bahasa inglish untuk mendapat sijil pelajaran Malaysia atau spm kepada calaon yang mengambil spm ini adalah bukan mudah untuk mereka melepasi syarat ini, jikalau kita melihat dari sudut kaum, suku kaum cina dan india lebih fasih dan lebih menguasai bahasa inglish, ini bukan retorik tetapi ini lah reality, dan ini lebih mudah bagi mereka untuk lulus, sebaliknya orang melayu kurang yang menguasai bahasa inglish ini dan akan tengelam dalam persaingan,ini hanya sebahagian dari orang melayu yang tinggal berhampiran dengan Bandar belum lagi kita melihat orang melayu yang tinggal di luar Bandar dan pedalaman mereka akan lebih ketinggalan jauh kerana mereka sangat susah mendalami bahasa inglish ini di sebabkan kurangnya pendedahan dari segi kemudahan teknologi sebagai contoh internet dan kepakarn guru yang mengajar bahasa tersebut. Jika melihat di mana-mana sahaja suku kaum cina dan india lebih menguasai ekonomi terutama dalam perniagaan berbanding orang mealayu sendiri. Tak kan dari segi pembelajaran pun orang melayu ketinggalan seperti mana dalam soal berekonomi, saya berpandangan bahasa inglish ini hanya di pertingkatkan dan di perhalusi dengan teliti supaya bangsa stabil dan seimbang dengan bangsa lain. Kaedah pembelajaran dengan menggunakan internet boleh membantu pelajar dalam mendalami bahasa inglish kerana hanya satu bahasa yang di gunakan dalam dunia cyber di seluruh dunia dan banyak lagi cara yang dapat kita temui jika melihat dari segi kesemua aspek dalam pembelajaran. Saya berpendapat hanya bahasa melayu yang wajib lulus sijil pelajaran Malaysia, kerana sesuai dengan keharmonian bangsa di Negara Malaysia tercinta, lagi pun Malaysia terkenal dengan bahasa melayu bukan bahasa penjajah.
Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger