News Update :
Home » » Prinsip orang cina dalam perniagaan

Prinsip orang cina dalam perniagaan

Penulis : Datu pitung on Jul 4, 2009 | 6:01 AM


Benarkah orang cina dilahirkan untuk berniaga? Soalan ini timbul kerana orang cina sering dikatakan sebagai golongan yang pandai berniaga. Seolah-olah bakat berniga itu diperolehi secara semula jadi. Malah dikatakan orang cina handal berniaga. Mereka dapat berniaga di mana –mana sahaja termasuk di kawasan yang paling tidak produktif sekalipun. Sebab itu barangkali kita pernah mendengar ungkapan, “orang cina boleh berniaga di kampong melayu tetapi orang melayu belum tentu dapat berniaga boleh berniaga di kawasan orang cina.” Orang cina cenderung kepada perniagaan kerana ia adalah cara bagi status social dan kedudukannya dalam masyarakat. Minat dan kecenderungan itu tidak ada kaitan dengan genetik ataupun bakat yang diwarisi secara tirun menurun. Sebaliknya terdapat beberapa factor lain yang memainkan peranan dominan bagi membentuk minat, sikap, kemahiran dan kejayaan niaga orang cina. Antaranya adalah persekitaran, persaingan, kepercayaan, dan tuntutan hidup. Begitu juga dengan tekanan dan survival juga menjadi penyumbang kepada kejayaan orang cina dalam bidang perniagaan dan perusahaan. Namun begitu terdapat beberapa petua niaga yang turut menjadi asas kejayaan dan keterampilan orang cina dalam bidang perniagaan. Sebelum kita membongkar petua itu, maka eloklah kita tinjau terlebih dahulu beberapa criteria yang perlu ada pada seorang peniaga. Prinsip-prinsip ini selalu diguna pakai oleh orang cina bagi menilaI kewibawaan seseorang peniaga. Tanpanya seseorang tidak mungkin Berjaya dalam bidang perniagaan, kerjaya dan apa sahaja usaha yang dilakukannya. Prinsip-prinsip ini bersifat sejagat dan dijadikan panduan oleh orang cina bagi memajukan perniagaan mereka. Iaitu
Agresif, jangan lepaskan peluang, berani mengambil risiko, tahan lasak, jangan menyerah pada nasib,dan semangat melawan… adakah kebanyakan orang melayu mempunyai prinsip tersebut?
Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger