News Update :
Home » » Mengimbas Ketika Mengalami Kemalangan Jalan Raya

Mengimbas Ketika Mengalami Kemalangan Jalan Raya

Penulis : Datu pitung on Jul 17, 2009 | 2:20 AM


Gambar Hiasan


semasa saya balik ke kampung saya telah melihat satu kemalangan jalan raya, saya terus teringat kejadian kemalangan yang berlaku dengan kami pada sekitar tahun 2003,saya semasa itu bersekolah di tingkatan tiga di sekolah menengah Taun Gusi Kota Belud. tahun itu adalah tahun keramat kepada abang saya juga bapa saya kerana telah di murah kan rezeki untuk mengeluarkan sebuah kereta 4X4 toyota(storm) bagi menperhebatkan urusan business mereka..tidak sampai seminggu pun mereka(abg,bapa) telah merancang untuk pergi ke Tawau dan semporna untuk mengambil ikan serta membeli barang dapur bertujuan untuk di jual di kota belud..saya dan seorang lagi abg saya telah menemani mereka dalam perjalanan untuk ke tawau, kebetulan pula cuti pertengahan sekolah sudah bermula ketika itu..jadi sangat gembira kerana bukan sahaja dapat menolong mereka tetapi juga dapat melawat dan menziarahi seorang lagi abg saya yang tinggal di semporna ketika itu. kami memulakan perjalanan pada hari jumaat sekitar jam 4.30 subuh pagi, dalam perjalanan itu saya melihat pelbagai keindahan alam semula jadi yang menarik perhatian kami..dalam perjalanan itu beberapa daerah kami telah masuki. contohnya daerah ranau,telupid,lahad datu serta kunak..bila kami selamat sampai ke tawau, tanpa berlinga lagi, abg dan bapa saya terus jalan menuju ke pasar besar tawau untuk membeli barangan dapur, saya dan abg saya seorang lagi juga turut berjalan mengikuti mereka yang sibuk kelihatan tawar menawar harga dan mencari barang yang jarang di temui di daerah kota belud..bila sudah habis di servey, kami pun bertolak dari tawau untuk ke semporna tempat tinggal abg saya yang di maksud kan tadi. saya melihat jam sekitar 6.45 ptg pada masa itu,bap saya terus memandu laju kerana kami takut tersesat untuk mencari kampung kediaman abg saya yang tinggal selama 3thn di situ..Bila sampai ke rumah yang di tuju, kami di sambut oleh abg saya dengan baik serta isteri dan anak-anak mereka, kami berasa penat dan terus berehat..keesokan pagi nya kami telah bertolak di sana pada sekitar jam 3 pagi..abg saya telah mengambil alih memandu kereta kerna bapa saya kurang penglihatan pada waktu malam..abg saya memandu dengan laju untuk mengejar waktu,tiba-tiba saya melihat kain canves terlepas dari ikatan tali lalu terheret di sepanjang jalan,ketika itu kami telah memasuki kawasan yang sering orang ramai mengalami kemalangan dan juga di labelkan sebagai kawasan hitam,kawasan yang saya maksud kan itu iaitu kawasan TINGKAYU..bapa saya pun berkata" kita berhenti di sebuah rumah di depan sana,untuk membaiki canves itu" tidak sempat pun kami menuju ke rumah yang di maksud kan itu, tiba-tiba abg hilang kawalan dan merempuh tiang penghadang jalan raya,dan masa itu juga abg saya terkejut serta panik lalu memutar stering kereta untuk mengelak dari melanggar tiang panghadang jalan itu,tiba tiba bapa saya dengan lantas merampas stering kereta dari abg saya lalu terbabas dan kami terjatuh ke parit yang besar dan agak dalam..saya tidak sedarkan diri, abg saya yang memandu hanya patah tulang jari manis dan abg saya seorang lagi tidak mengalami apa2 kecederaan,bapa saya lukah di bahagian kepala,akibat tercampak keluar dari kereta, kemungkinan dia terhantuk dari batu yang berada berdekatan dengan dia..bila saya sedar kan diri saya mendapati tangan saya langsung tidak boleh di gerakan dan muka serta kaki berdarah kemungkinan terluka dari serpihan cermin yang pecah ,lalu abg saya mengangkat saya untuk keluar di tempat yang selamat..kejadian itu berlaku sekitar jam 4.30 pg dan abg saya seorang sibuk menahan kereta untuk meminta bantun mengeluar bapa saya yang masih berada di dalam parit yang agak dalam itu,malangnya hanya seorang yang turun membantu dan mengangkat bapa saya ke tempat yang tinggi.


Gambar Hiasan


tidak lama kemudian kami di bawa ke hospital daerah kunak oleh orang yang membantu dan menolong kami tadi mengunakan kereta nya sekitar jam 5.30 pagi.. abg saya meninggalkan kereta serta barang yang kami beli untuk tujuan dijual bila kami sampai di kota belud nanti.setibanya kami di hospital kunak, abg saya terus menelifon abg saya seorang lagi tempat kami menumpang untuk bermalam di rumahnya sebelum itu.hanya saya dan bapa saya yang mengalami sedikit kecederaan, kaki saya mendapat 4 jahitan oleh pembantu doktor manakala luka bapa saya pula tidak di jahit kerna pembantu doktor itu mengatakan luka bapa saya harus di bersihkan terlebih dahulu, jadi kami pun di bawa ke hospital besar tawau kerna doktor pakar semasa itu pun pergi bercuti..jadi kami menaiki van ambulan untuk ke hospital tawau, setibanya di sana kami dirawat dan bapa mendapat 6 jahitan di bahagian muka. sejurus itu, abg saya, isteri,anak2 serta menantunya sampai dan melihat keadaan kami yang masih trauma dengan kemalangan.kami berasa bersyukur kerana tiada sebarang pendarahan semasa kami berada di tempat kejadian.. kesemua kami selamat dalam kemalngan ini,Alhamdulillah..saya pula berada di hospital selama dua minggu lama nya,dan manakala bapa saya hanya selama seminggu..abg saya membuat keputusan untuk mendapat rawatan selanjutnya di hospital Queen elizebeth kota kinabalu..
Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger