News Update :
Home » » Tambang Naik

Tambang Naik

Penulis : Datu pitung on Jul 17, 2009 | 4:30 AM



saya terkejut membaca utusan malaysia hari ini apabila menyatakan pengumuman kenaikan kadar tambang di seluruh negara berkuat kuasa 1 ogos 2009 ini. kerajaan telah memansuhkan kadar tambang pengangkutan seperti berikut:

Pada masa ini, kadar tambang bas ekspres yang dikenakan ialah 6.5 sen untuk setiap kilometer dan apabila berkuat kuasa 1 Ogos kelak, tambangnya akan menjadi 8.5 sen setiap kilometer.
untuk bas sekolah kategori bandar, ia mengalami kenaikan sebanyak RM6.33 bagi bayaran bulanan, manakala untuk setiap kilometer berikutnya ia dinaikkan sebanyak 47 sen.Bagi bas sekolah kategori luar bandar, kenaikan yang diluluskan ialah sebanyak RM4.76 bagi bayaran bulanan diikuti dengan kenaikan sebanyak 47 sen bagi setiap kilometer.

Untuk kategori bas sekolah luar bandar, bayaran bulanan yang dikenakan ialah sebanyak RM15.85 bagi setiap kilometer pertama dan RM1.55 bagi kilometer berikutnya dan untuk bas berhenti-henti berhawa dingin selain dari Kuala Lumpur pula, kenaikan yang diluluskan adalah sebanyak 22 sen bagi setiap dua kilometer diikuti kenaikan 2.2 sen bagi setiap kilometer berikutnya dan yang tanpa berhawa dingin, tambangnya dinaikkan sebanyak 14 sen bagi dua kilometer pertama diikuti 2.2 sen bagi setiap kilometer berikutnya. bagi bas mini, kadar tambangnya dinaikkan sebanyak 20 sen bagi satu arah perjalanan dan bas pengantara turut mendapat kenaikan tambang sebanyak 10 sen untuk setiap pusingan perjalanan.


Bagi kereta sewa tanpa hawa dingin, kadar barunya menyaksikan kenaikan sebanyak 10.1 sen untuk setiap kilometer menjadikan 21.6 sen selain caj tambahan 50 sen bagi setiap penumpang dan sementara itu, bagi kereta sewa yang berhawa dingin, kadar baru yang diumumkan menyaksikan kenaikan sebanyak 11.7 sen menjadi 25 sen setiap kilometer selain 50 sen caj tambahan bagi setiap penumpang.

Datuk seri Mohamed Nazri selaku menteri di jabatan perdana menteri telah mengumumkan demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian Surat Tawaran Kelulusan Fasa 3 kepada 831 pemandu teksi Lembah Klang hari ini. saya harap keputusan kerajaan ini di teliti bagi mengurangkan bebanan rakyat yang kurang berkemampuan,sebagai contoh golongan para pelajar yang masih belajar di dalam mahu pun di luar negeri,keputusan kenaikan kadar tambang baru ini harus merangkumi segala aspek.

Betul lah apa yang di nyatakan oleh parti pembangkang sebelum ini iaitu
BN=BILA NAIK BN=BERAPA NAIK BN=BARANG NAIK
Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger