News Update :
Home » » Ahli Politik Yang Ikhlas

Ahli Politik Yang Ikhlas

Penulis : Datu pitung on Sep 30, 2009 | 4:19 AM


Satu ketika dahulu gagasan berpolitik sebagai satu ibadah pernah di uar uarkan, gagasan itu seharusnya menimbulkan kesedaran di kalangan parti politik untuk bermuhasabah apakah prinsip, pendekatan dan pelaksanaan agenda politik mereka sudah boleh dianggap ibadah.

"kerana Allah" dalam berpolitik sebagai satu permulaan, tujuan politik itu mestilah di kaitkan dengan tujuan utama manusia di jadikan oleh Allah yakni menjadi hambah Allah dan khalifah di atasa muka bumi. untuk menjadi hambah Allah, ahli politik hendaklah berusaha membawa diri dan masyarakatnya untuk mentaati, membesarkan dan tunduk kepadanya. (soal akidah)

sebagai khalifah ahli politik mesti mampu mengurus, mentadbir serta memakmurkan muka bumi ini secara bijaksana dan profesional berpandukan peraturan Allah. (soal syariat) dalam konteks berpolitik satu ibadah, Allah mesti menjadi paksi segala dorongan pemikiran dan tindakan dalam mengurus segala bentuk pentadbiran dan memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara.

jika melihat pemimpin politik yang ada pada sekarang ini, kebanyakan nya berpolitik hanya dengan kepentingan diri sendiri yang mengaut seberapa banyak kekayaan negara bagi menyara diri dan sanak saudara, sedangkan Allah akan menghitung segala tanggungjawab yang di pertanggungjawabkan di akhirat kelak.

bayangkan jika pemimpin politik yang menghayati konsep politik sebagai satu ibadah maka tidak timbul isu berpolitik untuk kepentingan diri sendiri dan dengan sendirinya kepentingan rakyat akan di dahulukan sepertimana konsep 1Malaysia "rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan" .

sikap mengutamakan kepentingan orang lain bukan mudah di capai kecuali bagi mereka yang benar benar beriman dan hanya orang yang beriman sahaja yang boleh mencintai orang lain sepertimana mencintai diri sendiri. yakin lah dengan pendidikan iman akan melahirkan ahli politik yang ikhlas dan mampu mendahulukan kepantingan rakyat.

Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger