News Update :
Home » » Budaya Lepak Remaja

Budaya Lepak Remaja

Penulis : Datu pitung on Sep 29, 2009 | 9:43 PM




Budaya LEPAK semakin menarik perhatian pelbagai golongan, terutama golongan pendidik iaitu ibubapa. Budaya ini sangat kuat di pengaruhi budaya liar yang bercanggah dalam kehidupan normal dan nilai hidup seorang remaja melayu islam. penularan budaya lepak ini membawa pelbagai bentuk keruntuhan akhlak dan moral seterusnya menyumbang ke arah peningkatan kes jenayah serta kes gejala sosial yang kritikal.

budaya lepak merupakan satu gejala atau fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan belia, modenisasi membawa nilai yang baru dalam keadaan tertentu dapat menimbulkan krisis moral di kalangan belia. Pembangunan yang pesat yang tidak terancang adalah penyumbang kepada gejala sosial yang kritikal kepada generasi muda dan dalam konteks penghijraan golongan muda ke luar bandar untuk mengejar perubahan menimbulakan kejutan budaya yang serious jika emosi dan mental tidak di kawal dengan baik.

Beberapa faktor gejala ini melanda belia iaitu sikap, keinginan, gaya hidup, kebendaan dan kepuasan, ini menjadikan belia hidup dalam delima. kebanyakan belia suka ke bandar untuk membuang masa, merayau rayau, berpeleseran, berfoya foya dan berlagak mencari kebebasan dan melepaskan diri dari tanggungjawab sebagai seorang individu.

menurut kajian yang di buat oleh Prof. Madya Dr. Samsudin A. Rahman mendapati 18 peratus daripada 6,110 remaja yang ditemubual menyatakan mereka mempunyai rakan-rakan yang pernah terlibat dalam hubungan seks sebelum kahwin. ini adalah pencapian yang sangat membimbangkan semua golongan kerana budaya lepak sangat menyumbang kepada seks bebas dan jenayah yang lain.

kebanyakan remaja yang masih menuntut terjebak di dalam gejala lepak yang beralasan lepak boleh menghilangkan stress ketika belajar. ini adalah anggapan yang salah oleh remaja sehingga tidak memikirkan kesan yang tidak memberi apa apa kebaikan malahan memberi kesan yang negatif kepada individu itu.

justeru semua pihak harus memikirkan langkah bagi mengawal budaya lepak ini terus bermaharajalela di minda remaja. ibubapa mempunyai peranan yang sangat penting dalam membendung awal gejala ini dari di jadikan sebagai budaya remaja dalam proses kematangan.




Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger