News Update :
Home » » BN mungkin Pupus dari hati Rakyat

BN mungkin Pupus dari hati Rakyat

Penulis : Datu pitung on Sep 11, 2009 | 9:14 PM


Mengikut kenyataan dan keterangan bekas perdana menteri malaysia Tun Dr mahathir, BN akan hilang di hati rakyat jika tidak di tangani dengan baik dan serious.walaupun menyatkan bahawa para pengundi melayu begitu setia kepada BN, tetapi Dr Mahathir mengingatkan wujudnya bukti di dalam pilihan raya umum tahun lalu bahawa para pengundi yakni rakyat telah memberi undi mereka kepada parti pembangkang.

Pilihan raya umum ke13 akan tiba tidak lama lagi dan jika pemimpin BN tidak menangani masalah ini, kemungkinan parti BN ini akan di tolak rakyat sepenuhnya dan parti pembangkang pula menjadi pemimpin baru seluruh rakyat seperti apa yang berlaku di negara jepun, LDP di tolak sepenuhnya oleh rakyat di sana.

masalah yang begitu ketera dalam parti BN itu ialah masalah kebocoran atau RASUAH dan keghairahan pemimpin pemimpin BN untuk terus berkuasa sehingga mengabaikan tangungjawab sebagai pemimpin yang di pilih rakyat untuk memimpin negara serta rakyat dengan amanah.

walaupun mulut pemimpin BN berbuaih dengan ucapan berbilion bilion ringgit di belanjakan untuk pembangunan koridor dan sebagai nya namun rakyat belum nampak hasil yang boleh menyakin kan rakyat dengan kadar peruntukkan itu.

dalam pada itu juga Tun Dr Mahathir hairan apabila negara Malaysia ketinggalan jauh dari negara jiran yang lain. persoalan nya di sini dimanakah karisma kepimpinan pemimpin BN untuk memimpin negara dan rakyat supaya dapat berdaya saing dengan negara negara luar? adakah kerajaan BN tidak mampu lagi untuk memimpin negara dan rakyat? atau para pemimpin ini hanya mengejar harta dan pangkat untuk kepentingan peribadi? di mana di letak slogan 1MALAYSIA; rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan?


Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger