News Update :
Home » » Hari Raya : Harga 18 jenis Barang dikawal

Hari Raya : Harga 18 jenis Barang dikawal

Penulis : Datu pitung on Sep 12, 2009 | 11:31 PM


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Sebanyak 18 jenis barangan yang dikawal harganya dan disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya tahun ini, bermula hari ini sehingga 27 September 2009 bertujuan untuk melindungi pengguna daripa pihak peniagan yang mengaut keuntungan yang lebih semasa musim perayaan ini.

Barang-barang yang disenaraikan itu ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu tempatan, daging kerbau import India, telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, kubis bulat,Cili merah, tomato, kelapa biji, kelapa parut, ubi kentang import Indonesia dan China, kacang tanah import, bawang merah kecil dari India, bawang putih dari China dan ikan kembung.

DS ismail sabri yaakob berkata bekalan barangan itu mencukupi kerana para pembekal barangan itu menjamin menghantar barangan itu secukupnya. Oleh itu, seramai 2,000 pegawai pengkuatkuasa KPDNKP juga telah diarah supaya meningkatkan pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga barang,” katanya.

dalam pada itu kekurangan GULA masih lagi di hantui oleh pengguna terutama di daerah daerah kecil untuk menyediakan makanan keperluan semasa musim perayaan ini dengan secukupnya. kekurangan kuantiti gula di kedai atau pun supermarket yang besar menghairankan pengguna kerana sebelum ini kerajaan telah menyatakan tiada kekurangan gula di negara ini. pelbagai persoalan yang timbul apatah lagi hari raya bakal menjelang tiba pada hari ahad 20hb ini.

justeru itu pihak berkenaan harus memantau perkara ini bagi memudahkan rakyat menyambut hari raya dengan baik.
Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger