Dalam erti kata merdeka yang di laung kan setiap 31 ogos oleh rakyat malaysia sememangnya membawa erti yang begitu mendalam dalam jiwa yang merdeka. setiap insan mengimpikan jiwa dan mental yang bersih dari penjajah seterusnya mencetuskan jiwa merdeka.
namun jika di selidik dengan merangkumi semua aspek, akan dapat di temui beberapa aspek yang rakyat belum mengecapi erti merdeka yang sebenar. penjajah british meninggalkan tanah melayu 53 tahun yang lalu, namun sebenarnya hanya rakyat malaysia sahaja yang memerdeka kan jiwa, hakikat nya penjajah meninggalkan sentimen jajah mentalis yang sangat sukar untuk di ketepikan.
budaya penjajah mula di praktik kan di seluruh negara, jika ianya di perhalusi dengan betul, remaja cenderung untuk membudayakan budaya penjajah 53 tahun yang lalu. cara pemakaian ala barat, ini semua adalah bentuk bahwa penjajah tidak lagi menjajah malaysia, akan tetapi menjajah secara halus dan maya dengan menghancurkan budaya orang malaysia jika perkara ini tidak di merdeka kan.
bebas dari penjajah bukan senang jika jiwa dan mental tidak bebas dari segala anasir-anasir penjajah yang sentiasa bersifat menjajah dan perintah. mereka mengamalkan konsep ini untuk menunduk kan budaya bangsa dengan perintah. merdeka kan lah jiwa jika rasa belum merdeka.