News Update :
Home » » USAHA UITM TUBUHKAN HOSPITAL SUPER

USAHA UITM TUBUHKAN HOSPITAL SUPER

Penulis : Datu pitung on Sep 20, 2010 | 11:52 PM


MONTREAL (Kanada) – Universiti Teknologi Mara (UiTM) bakal maju setapak lagi melalui usaha penubuhan ”Super Hospital” yang dilihat mampu melonjakkan nama dan kredibiliti institusi pengajian tinggi itu ke persada dunia. Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, UiTM sudah bersedia untuk menjadi perintis kepada projek hospital yang dianggar menelan belanja RM22 billion itu.

“Projek ini diramalkan meletak UiTM di peta dunia,” katanya yang ditemui pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara UiTM dan Pusat Kesihatan Universiti McGill (MUHC) di sini semalam. Perjanjian persefahaman itu bakal menyaksikan kedua-dua institusi berkenaan berkongsi pengetahuan dan kepakaran untuk membangunkan sebuah hospital pengajar yang menyediakan kemudahan perubatan bertaraf dunia yang terkini dan terbaik.

Perjanjian kerjasama seumpamanya akan turut ditandatangani UiTM dengan dua lagi institusi pengajian tinggi antarabangsa iaitu Universiti Harvard dan Hospital John Hopkins dalam masa terdekat. Pada majlis sama, UiTM turut menandatangani perjanjian dengan Institusi Penyelidikan Pusat Kesihatan Universiti McGill (RI MUHC) bagi mendapatkan kerjasama dalam bidang kardiologi, kanser dan penjagaan kesihatan warga tua selain perjanjian persefahaman untuk pertukaran tenaga teknikal, penyelidik dan pelajar di antara kedua-dua institusi berkenaan.

Beliau berkata, sekiranya projek itu diluluskan, ”Super Hospital” UiTM yang merupakan projek Fakulti Perubatan dan akan dibina di kampus UiTM di Puncak Alam, Shah Alam dan bakal menjadi hospital pertama di negara ini yang mencapai status ”Hospital Super”. – Bernama

sumber : kosmo online

Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger