News Update :
Home » » ISU ANJING PELIHARAAN MDKB

ISU ANJING PELIHARAAN MDKB

Penulis : Datu pitung on Nov 13, 2010 | 11:29 PM

Masalah anjing di kawasan pekan kota belud ini bukan perkara baru, akan tetapi telah lama berlaku sejak 2 tahun lepas. Suasana kesibukan pekan kota belud di sibukan lagi dengan bunyi nyalak kan anjing yang berkeliaran dan menghambur longgokkan sampah di merata tempat. Perkara ini seharusnya tidak di pandang ringan oleh penguatkuasa daerah ini.

Jika MBPJ mengadahkan pemburuan burung gagak selama 9 hari, kenapa di kota belud yang mempunyai pekan yang tidak begitu besar berbanding dgn kawasan sekitar lembah klang, tidak pula mengadakan suatu hari pemburuan anjing-anjing yang berkeliaran di kawasan awam atau pekan.

Pemburuan burung gagak itu bukan lah pemburuan secara sesuka hati, tapi MBPJ telah banyak menerima aduan tentang masalah sampah berselerak dan lambakan tahi burung itu di sekitar kawasan itu. Hal ini membuat kan pemburuan di lakukan terhadap spesis burung gagak ini.

Jika sekecil burung gagak mampu mengggangu gugat ketenteraman awam, ini kan pula sebesar anjing yang berkeliaran tanpa sempadan di daerah kota belud. sewajarnya perkara ini harus di beri perhatian kerana, bukan sahaja mencacatkan pemandangan sekitar pekan akan tetapi memberi ancaman kepada orang awam.

Sebelum ini operasi menangkap binatang-binatang yang berkeliaran di kawasan pekan di lakukan, namun kebelakangan ini binatang seperti anjing ini terlalu banyak sehingga menimbulkan ketakutan dan ketidakselesaan orang awam yang melihat keadaan ini. justeru itu, perkara ini harus di ambil perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab demi kesejahteraan umum.

Share this article :

+ comments + 2 comments

November 14, 2010 at 2:24 AM

kalau tangkap anjing2 di pekan ini, siapa jaga bangunan mdkb? banyak bilangan anjing di pekan Kb ini, lagi mdkb suka sbb tugas mereka jadi senang. angkut sampah anjing boleh bikin.

November 16, 2010 at 1:05 AM

SALAM SDR PERUT,

binatang ini memang banyak berkeliaran di kawasan pekan, perlu ada tindakan susulan dari pihak berkuasa.


salam hormat
datu pitung

Post a Comment
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger