News Update :
Home » » MEDIA MASSA PERLU BERLAKU ADIL KEPADA PKR

MEDIA MASSA PERLU BERLAKU ADIL KEPADA PKR

Penulis : Datu pitung on Nov 13, 2010 | 7:17 PM


Pemilihan jawatan No 2 dalam parti pakatan rakyat PKR itu telah menarik pelbagai media massa untuk membuat liputan kepada seluruh warga negara. Tercetus nya konflik dalam parti itu bila Datuk Zaid Ibrahim mengundurkan diri dan melepaskan seluruh jawatan nya dalam parti itu. Dalam pada itu, beliau meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Azmin untuk mengundur kan diri dengan alasan kenyakinan terhadap perjuangan parti itu terjejas di sebabkan pelbagai masalah peribadi yang wujud terhadap DSAI dan Azmin.

Pergolakan konflik dalam parti di katakan masih berlarutan dalam hari kedua minggu ketiga ini, mustaffa yang di menyatakan “protes” beliau terhadap parti itu namun beliau tetap meneruskan hasrat untuk bertanding dalam kerusi no 2 parti itu berbanding Datuk zaid yang menarik diri dari pemilihan ini, kini persaingan hanya tinggal dua penjuru dalam pemilihan timbalan presiden parti itu.

Laporan media massa yang pro kepada kerajaan telah mencuba sedaya upaya membongkar segala konflik yang wujud dalam parti itu, dan dalam mempertahan kan hujah maka pihak media membuat sesi temu bual untuk meminta pandangan dari pelbagai Prof Dr Datuk dari pelbagai unversiti tempatan bagi mengukuhkan hujah yang DSAI harus mengundurkan diri dari parti itu. Pemilihan dalam parti PKR ini menampak kan media massa melaporkan bahawa berlaku konflik “tenat” dan “serious” terhadap parti itu dengan menjadikan topik utama dalam laporan mana-mana media yang pro kepada kerajaan. Jika melihat dan meneliti konflik di dalam parti kompenen BN iaitu MIC dan MCA dahulunya, hanya segelintir yang di laporkan oleh media massa terutama saluran berita perdana TV1, TV2 dan TV3.

Sebanyak 41 lagi cabang PKR di seluruh negara mengadakan pemilihannya hari ini, yang melibatkan Sembilan (9) negeri di seluruh negara. Pulau Pinang lima (5) cabang yang terlibat, Terengganu lapan (8) cabang, Perak tujuh (7) cabang , Wilayah Persekutuan enam (6) cabang, Johor empat (4) cabang, Melaka dua (2) cabang ,Selangor satu (1)cabang, Sarawak tiga (3) cabang dan sabah lima (5) cabang. Semoga laporan media massa telus dan tepat untuk pembaca dan pendengar membuat perkiraan sejajar dengan pemikiran yang bebas dari belenggu mana-mana fahaman parti politik.

Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger