News Update :
Home » » MASALAH BERBANGKIT KB BELUM SELESAI

MASALAH BERBANGKIT KB BELUM SELESAI

Penulis : Datu pitung on Nov 9, 2010 | 1:12 AM


Daerah kota belud semakin sesak dengan pelbagai perancangan pembangunan oleh MDKB dan juga pemaju, suatu di luar jangkah bila mana kesesakan terlampau di pusat pekan ini menjadi rumit malah menjadi tekanan kepada pemandu bas, teksi dan lain2. setiap sudut pekan ini di bangunkan dengan begitu padat sehingga kurang nya kawasan tempat kereta yang boleh menampung jumlah kereta di daerah ini. faktor itu adalah sangat menyumbang kesesakan terlampau selain kereta "pairit" meletak kan kereta di tepi gigi jalan sesuka hati. perkara ini mesti di pandang serious oleh pihak berwajib bagi mengurangkan tekanan lalu lintas yang teruk.

pembinaan hotel Tang Dinasty di pekan ini, telah menyumbang satu pendapatan kepada penduduk sekitar daerah kota belud. dalam pada itu, daerah ini juga lebih di kenali dengan wujudnya hotel bertaraf tiga bintang ini. tetapi impak nya kepada penduduk untuk cenderung melakukan maksiat. perkara ini juga adalah suatu yang harus di beri perhatian secukupnya untuk membendung gejala-gejala remaja tanpa sempadan ini.

perkeliaran binatang-binatang ternakan sekitar kampung berdekatan juga, mampu menguris imej baik pekan ini, lambakan sampah yang di burai akan mencacatkan pandangan sekitar pekan ini. bertimbun surat aduan di berikan kepada pihak berkuasa namun masalah masih juga berluasa. jika berlakunya perkara yang tidak di ingini, siapakah yang akan tampil bertanggungjawab?
Share this article :

+ comments + 2 comments

November 9, 2010 at 11:49 PM

Salam,
Kita kena berfikiran positif, pembinaan hotel bertaraf 3 bintang kalau hanya kita fikirkan tentang maksiat, bila nak maju..bagus galakkan pelancung tidur di sulap-sulap, parking kereta adalah masalah pemandu tidak berdisplin, bukan masalah tiada tempat letak kereta, ada tapi kena berusaha utk mencari..

November 10, 2010 at 3:30 AM

saya setuju dengan pendapat sdr, akan tetapi kita seharus nya lebih berfikiran keterbukaan dalam sebarang keberangkalian yang akan bakal berlaku kelak. berfikiran positif itu lah sebaik nya. tapi bukan semua boleh di pandang positif. daerah maju dgn pembangunan mmg kita impikan, tapi jika penduduk mundur dari akhlak itu yg kita runsing kan. sebelum mengutamakan pelancong2 asing, alangkah lebih baik kita utamakan modal insan penduduk. sy bukan menidakkan pembinaan hotel ini atas alasan ada pro dan kontra. yg sy ingin smpaikn, mencegah lebih baik dari merawat penyakit sosial ini.

bilangan kereta di daerah ini melebihi bilangan tempat letak kereta. bagi sy itu juga menyumbang kepada kesesakan, masalah selalu sy lihat adalah "park sembarang" dan "double park" selalu nya berlaku di kawasan-kawasan bank BSN,BANK RAKYAT,PUBLIC BANK,TABUNG HAJI. saya setuju pendudk di sni kurang berdisiplin dalam hal kesesakan ini.


salam hormat
datu pitung

Post a Comment
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger