News Update :
Home » » CANSELOR UNISEL ROSMAH UNDUR DIRI

CANSELOR UNISEL ROSMAH UNDUR DIRI

Penulis : Datu pitung on Nov 20, 2010 | 1:48 AM

Pengumuman penarikan diri sebagai canselor UNISEL telah di umumkan sempena majlis konvekesyen hari ini oleh datin seri Rosmah Mansor dengan alasan untuk menumpukan kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui program Permata. Permohonan itu telah pun di restui oleh sultan Selangor sultan sharafuddin Idris Shah. dalam pada itu isu yang di gembar-gemburkan, mengatakan Rosmah seorang canselor yang berpuaka akan mula redah selepas pelepasan jawatan itu

Rosmah mula di lantik menjadi canselor UNISEL pada Feb 2006 dan tamat kontrak perkhidmatan pada Feb tahun depan. “Permohonan saya untuk berundur diri sebagai Canselor sehingga tamat tempoh lantikan telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Unisel Kelima di Kampus Bestari Jaya di Kuala Selangor, hari ini.

Dalam upacara berlangsungnya majlis konvekesyen itu, turut hadir menteri besar Selangor Abd Khalid Ibrahim telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Rosmah diatas pengorbanan nya selama memegang jawatan canselor Universiti itu.

Abd Khalid juga sempat menyeruh kepada semua pihak supaya pelantikan canselor baru, tidak membuat sebarang spekulasi-spekulasi yang tidak baik, pengumuman canselor baru itu akan di umumkan oleh pejabat sultan Selangor dan kerajaan Negeri.



sumber : malaysiakini

Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger