News Update :
Home » » SPEKULASI KHAIRY DI LANTIK DALAM KABINET

SPEKULASI KHAIRY DI LANTIK DALAM KABINET

Penulis : Datu pitung on Nov 19, 2010 | 4:55 PM

Spekulasi melantik khairy jamaluddin dalam kabinet oleh perdana menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak telah mencetuskan pergolakkan anti khairy yang serius. Najib di katakan akan merombak kabinet dalam menghadapi bahang PRU13 akan datang, nama seperti Khairy jamaluddin sebagai ahli parlimen merangkap ketua pemuda Malaysia di sebut dalam rombakan ini yang konon akan di beri jawatan dalam kabinet sebagai menteri atau pembantu menteri.

Pergerakan “say no to kitol” ini mendapat sambutan yang hangat daripada penyokong umno sendiri, mereka mendakwah sewaktu era kepimpinan Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri, khairy telah mengucar-kacirkan ahli umno dengan membuat pelbagai masalah dalam parti itu. Juga mereka mendakwah khairy jamaluddin sebagai pengkhianat Negara kerana terlibat dalam aktiviti rasuah dan sebagainya.

Jika khairy di lantik dalam kabinet dikatakan akan mendapat sokongan kuat dari golongan muda di kawasan itu, dengan itu, UMNO-BN akan mendapat impak positif dalam PRU13 nanti. Najib juga di lihat akan keyakinan kekuatan dalaman jika khairy di lantik dalam kabinet.

Kini Najib berdepan dengan cabaran untuk mengimbangi tuntutan dan kehendak keperluan bagi memperkemas pasukan dalam UMNO. Dalam masa yang sama, Najib di katakan akan berdepan reaksi negatif ahli dan penyokong dalam situasi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 itu.



sumber ; siasahdaily

Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger