News Update :
Home » » KELAPA MAWAR : WAJARKAH TSPA DI BERI PELUANG KUASA SEMULA?

KELAPA MAWAR : WAJARKAH TSPA DI BERI PELUANG KUASA SEMULA?

Penulis : Datu pitung on Nov 2, 2011 | 10:35 PM

Trek rekod politik Tan Sri Pandikar di Sabah sungguh berliku. Likunya lebih besar dari likuan sungai Tempasuk di mana YDP Dewan rakyat ini pernah menjadi ADUN di kawasan berkenaan. Di Kuala tempasuk inilah juga kerajaan Iranun yang dipimpin oleh Raja Ismail pada tahun 1781 bertapak' malahan menurut catatan Sejarah Raja Ismail mempunyai hubungan intim dengan raja Mahmud, penguasa kesultanan Riau-Johor. sebab itulah apabila Tan Sri Pandikar Amin yang juga dari suku Iranun menjadi YB Pertama Iranun di Tempasuk, ada ahli sejarah tempatan yang sengaja menimbulkan propaganda suku, kononnya Tan Sri Pandikar Amin berjaya 'meneruskan 'legasi' politik Iranun di kawasan berkenaan setelah lebih 200 tahun keruntuhan empayar penguasaan Iranun di Tempasuk.

Merupakan anak iranun pertama bergelar "peguam" Tan Sri Pandikar Amin dilihat oleh kebanyakkan pemerhati politik sebagai 'terjebak' dalam kancah politik ekoran daripada penglibatan ayahnya Hj Mulia dalam kongres politik Sabah yang ketika itu berada pada perjuangan kemerdekaan dan tokoh paling menonjol ialah Tun Mustapha dengan beberapa orang lagi rakan beliau termasuk Tun Mohd Stephens.

Pernah menyertai USNO, kemudian pernah menjadi Presiden AKAR yang kemudiannya dibubarkan untuk 'meraih' kesetiaan kepada UMNO apabila UMNO dikembangkan di Sabah. Beberapa kali menyertai kabinet negeri, dengan beberapa kementerian penting, menjadikan Tan Sri Pandikar Amin sebagai politikus Iranun yang paling unggul dalam sejarah perjuangan sezamannya. terkenal sebagai ahli politik "panas baran" tetapi mempunyai pemikiran jangka panjang dalam percaturan politik peribadinya, Tan Sri pandikar 'lenyap' seketika dalam persada politik Sabah apabila menjadi ahli biasa UMNO setelah hampir 3 bulan menunggu permohonan keahliannya diterima oleh UMNO Pusat.

Saat itu TSP dilihat sudah 'berkubur' politiknya, kerana masakan boleh bersaing dengan DSSK yang telahpun menjadi "hero' dalam politik UMNO KB. tetapi ketangkasan politik TSP menjadikan beliau keluar berkelana di Kota Marudu sehingga diangkat menjadi ketua UMNO di Kawasan tersebut. dengan tangkas dan begitu cepat beliau sudah duduk sebarisan dengan ketua-ketua bahagian UMNO di sabah yang suatu ketika pernah telah juah meninggalkan beliau.

Pengguguran pada PRU 12, telah menggemparkan ramai politikus kecil-kecilan Iranun. Politik TSP sudah berkubur kata mereka. Ada yang menangis, ada yang terharu dan tidak kurang juga ada yang merayakannya atas faktor prinsip politik peribadi dan bukan kelangsungan politik Iranun. Namun ketegasan TSP membantu Datuk Musbah Jamli pada kempen PRU 12 di Tempasuk meletakkan TSP sebagai politikus Iranun yang mempunyai kelas tersendiri. Mengenepikan ketidakpuasan hati untuk melanjutkan umur politik beliau.

TSP dilantik sebagai YDP Dewan Rakyat, jawatan ketiga terpenting dalam negara demokrasi ,Raja berperlembagaan dan Berparlimen. Menjadikan politik TSP kembali bersinar. Meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO KOta Marudu sekali lagi meletakkan TSP dikedudukan politikus negara yang berkredibiliti dan berwibawa. Perletakkan jawatan dalam UMNO itu bukan sahaja melambangkan TSP bukan seorang yang rakus dan bernafsu dalam parti dan jawatan tetapi juga memberi lambang baru kepada politkus Iranun itu sebagai pemimpin yang mementingkan integriti dan ikhlas.

Serentetan itu, rakan politik beliau yang juga pernah menjadi kesumat politik pada waktu dulu yakni DSSK kembali mendapat tempat dalam pentadbiran Musa Aman. Jika sesungguhnya Musa Aman dan Najib memberikan peluang kepada Datuk salleh untuk bertanding semula pada PRU 13 akan datang, maka patutkah juag Tan Sri pandikar diberikan peluang semula dalam pesada politkm Sabah ?



sumber : kelapamawar

Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger