News Update :
Home » » KOTA BELUD ADALAH DAERAH PEJUANG

KOTA BELUD ADALAH DAERAH PEJUANG

Penulis : Datu pitung on Nov 28, 2010 | 11:19 PM

Daerah kota belud adalah satu daerah yang di katakan pelahir golongan korporat di negeri sabah mahu pun di peringat nasional. kepimpinan di daerah kota belud awalnya mendapat perhatian dari kerajaan barisan Nasional BN di tanah semenanjung dengan pelibaran sayap kepimpinan parti BN di daerah ini mula nya.

kota belud adalah daerah yang menyenarai banyak kepimpinan kerajaan di negeri sabah. pelbagai jawatan yang pernah di sandang seperti Tun Mustapah bekas ketua menteri dan TYT sabah, DSSK bekas ketua menteri, TSPA pernah di lantik sebagai menteri di jabatan perdana menteri, dan beberapa tokoh lagi. kepimpinan mereka ini semua nya tercetus di bumi daerah ini dengan jaya nya.

penduduk di kota belud sememangnya handal dari segi kepolitikan,pertanian(padi huma), peliharaan ternakan, mahu pun dalam aspek pengurusan. sehinggakan daerah kecil ini di kenali di seluruh negara akan keberanian dan ketangkasan di dalam semua bidang yang di ceburi, walaupun demikian, masalah utama yang di hadapi di daerah ini adalah isu kemudahan asas dan kemiskinan tegar penduduk nya.

ramai di antara penduduk di sini menyuarakan masalah mereka yang masih belum di atasi oleh pemimpin-pemimpin di daerah pejuang ini. satu langkah proaktif harus di buat bagi menangani permasalahan yang sering di bangkitkan. sungguh pun begitu ramai di kalangan penduduk bersuara, ada di kalangan pemimpin di daerah ini mengambil langkah untuk mendiamkan diri dengan masalah yang beberapa kali di bangkitkan ini.

kata seorang blogger, agak-agaknya masyarakat kota belud apa lagi yang mereka tunggu?


Share this article :
 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. DATU PITUNG . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger